chapter five

43 6 4
                                    

"ketua dorm ?" rina yang sedikit terkejut terkuatkan suaranya dengan pertanyaan . sunho malu-malu dengan rina yang tidak sangka dia sedang bercakap dengan ketua dorm . rina menunduk dengan penuh hormat kepadanya .

gelabah sunho dibuatnya, lalu cepat-cepat dia menarik bahu rina untuk berdiri tegak semula . "awak tak perlu formal sangat dengan saya, lagipun kita sama umur" .

rina yang sedikit ternganga itu hanya mengangguk faham sambil mengumam di bawah nafasnya "tapi awak still ketua" .

"jom masuk dalam" sunho membuka pintu utama dengan luas . kelihatan ramai pelajar lelaki yang sudah mengambil apa-apa sahaja yang sempat disambar untuk menutup badan mereka .

mata mereka membulat apabila melihat rina dibelakang sunho . rina juga tidak galak untuk menunjukkan mukanya, malah cuba bersembunyi dibelakang sunho kerana segan dipandang oleh ramai orang .

tidak lama kemudian, bunyi pelajar-pelajar disitu sedang berbisik-bisik sesama sendiri, membuatkan rina menjadi tidak selesa . dia memandang kiri dan kanan dengan ekor matanya . mata mereka tidak lepas dari memandang rina . sunho yang perasan akan hal itu segera bertindak dengan berdehem kuat .

serta merta seluruh pelajar di dorm itu sunyi . mereka menunggu apa yang akan dikata oleh sunho .

"perkenalkan, ini dormmate kita yang baru, yum rina dari gyeonggi . dia adalah pelajar pindahan, so tak payah nak tanya banyak sangat hal dia . nanti aku uruskan hal lain"

"selamat pagi, saya yum rina" rina memperkenalkan dirinya  dengan cepat sambil tertunduk, malu untuk mengangkat muka . dia berada sangat dekat dengan sunho kerana badan sunho yang tinggi lampai itu dapat melindung dirinya 90% dari pandangan manusia-manusia ni .

yang lain hanya mengangguk, berbagai ekspresi muka ditayangkan oleh mereka, tetapi rina tidak sanggup melihatnya . matanya menangkap satu susuk tubuh manusia  yang sangat hensem mukanya ya Allah tak penat ke jadi hensem .

rina tersedar dari lamunannya apabila sunho berjalan mendahuluinya, rina berlari anak mengikut belakang sunho dengan bagasi-bagasinya .

mereka masih lagi bercakap-cakap di belakangnya, tanpa menghiraukan mereka, rina terus mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas seperti yang ditunjukkan oleh sunho .

"sini" sunho menolak tangan rina dengan lembut dari pemegang beg dan tolong mengangkat dua bagasi berodanya naik ke tingkat atas . merah seperti buah ceri pipi rina lalu menjadi gelabah sebab rasa menyusahkan sunho pulak . dia berlari mengikut sunho dan tiba di sebuah koridor di tingkat atas .

"20" ngumam sunho sendirian . mereka berjalan melintasi 2 bilik hadapan sehingga tiba disebuah bilik yang bernombor 20 tertampal pada pintunya .

hwang yun-seong . nama itu juga tertulis pada pintu tersebut, dibawah plat nama itu, terdapat ruang kosong tanpa plat . "roommate awak yunseong, dia baik so jangan risau" rina mengangguk-angguk faham .

sunho membuka kunci pintu dan masuk ke dalam bilik diikuti dengan rina . rina meletakkan beg galas dan beg jinjingnya ke atas sebuah rak kosong .

bilik tersebut mempunya dua katil single, 2 almari dan dua rak buku . setiap satunya telah berisi barang . milik yunseong mungkin . "ini katil awak" rina mengangguk lagi dan membantu sunho mengambil bagasi-bagasinya .

❁ 𝐦𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞 ᵒⁿ⁻ᵍᵒⁱⁿᵍWhere stories live. Discover now