"bodoh tunggu apa lagi lari la wei !" seungyoun orang pertama yang meninggalkan tempat itu tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang lain yang masih tercari-cari suara yang memekik memanggil nama mereka . junho dengan mulutnya yang penuh dengan daging bakar cuba untuk bertanya kenapa mereka perlu berlari sambil makan, tetapi rotan yang hinggap di belakangnya telah menjawab segala persoalan .
yuvin menepuk dahi apabila melihat rakannya yang lambat pickup itu disebat oleh guru disiplin, dalam restoran pulak tu . kalau dalam bilik guru ke okay la jugak . yunseong hanya memerhati tanpa berkata apa-apa, apa boleh buat, junho dahla duduk sebelah dia . tak lepas tu dia pulak yang kena .
orang yang bergelar guru itu menarik kolar baju belakang junho seperti anak kucing, kalau dah dapat satu, yang lain mesti la ikut, takkan nak tinggal member . seungyoun yang sudah lepas jauh mula melangkah berpatah balik pada rakan-rakannya sambil menunduk .
yuvin menepuk punggung yohan dengan kuat sehingga yohan menjerit kesakitan . "member kau la tu" tambahnya dengan nada sindiran, menjuih mulut ke arah junho yang sudah ditarik keluar dari restoran oleh guru mereka . mereka berjalan mengikut di belakang guru mereka setelah membayar makanan yang mereka order tadi .
membazir amalan syaiton .
+
"saya dah balik" laung rina seraya membuka pintu depan rumahnya . dia menanggalkan kasutnya dan susun di rak kasut . selipar nipis disarungkan ke kaki sebelum kakinya lemah melangkah ke tingkat atas, menuju ke biliknya .
sayup tak sayup, kedengaran suara bapanya yang sedang menengking seseorang di dapur, langkahnya terhenti . perasaan ingin tahu menguasai dirinya . dia membelok dan menuju ke dapur pula . kelibat ayahnya dengan telefon bimbit di telinga menjegah di balik gerbang dapur .
tidak lama kemudian, encik yum meletakkan panggilan dan menjeling sekilas ke arahnya . "ada apa ?" tanya ayahnya sambil menuangkan air ke dalam sebuah gelas . rina teragak-agak untuk bercakap dengan ayahnya . air di dalam gelas itu diteguk dengan rakus, "kenapa ayah marah-marah tadi"
encik yum tidak menjawab pertanyaan rina, malah menanyakan kembali soalan kepadanya . "apa jadi dekat sana tadi, diorang kata apa ?" suaranya kembali tenang, encik yum mengambil tempat duduk dan menatap muka anaknya .
" diorang kata nanti diorang uruskan, tolong bagi masa sikit dekat diorang" kata rina sambil menunduk, dia takut yang ayahnya akan melepaskan amarah kepadanya . tapi encik yum hanya mengeluh berat dan berfikir sejenak .
"kalau rina nak, masuklah choate rosemary, ayah boleh uruskan semua dokumen kamu" rina tidak berkata apa-apa . kalau boleh, dia memang nak sangat tukar dan masuk ke choate, ye lah, takkan dia nak pegi sekolah st.ambrose tu, semua lelaki kot .
"tapi, kalau rina masuk choate, mesti agensi pertukaran pelajar tu akan lepas tangan kes ni, lepas tu, choate mesti takkan benarkan rina pindah branksome hall . rina nak sangat pegi sekolah tu"
encik yum terdiam, sejak kecil lagi rina memang nak masuk branksome hall, itu cita-cita dia . sebab, kalau dia graduate dekat branksome, secara automatik dia disedut masuk ke yonsei university . peluang tu hanya wujud di branksome sahaja . anggukkan setuju encik yum berikan kepada rina . "habis tu, sementara nak pindak ke branksome, rina takyah sekolah ke ?" tanya nya lagi .
"yang itu.. diorang kata rina kena masuk st.ambrose"
membulat mata encik yum mendengar perkara yang keluar dari mulut rina . dia terbangun dari duduknya dengan mulut yang ternganga . "st.ambrose ? for real rina ? no !" encik yum menjerit dengan muka yang tidak percaya, dia menentang idea ini 100% dan tidak akan pernah setuju dengan benda ni . rina hanya mendiamkan diri .
"tapi, branksome" kata rina dengan nada yang rendah . "ayah tak kira lah branksome ke apa ke, rina tak boleh masuk sekolah tu, penegtua sekolah tu nam sugi ! biar betul rina ! nak ayah mati ke apa ?"
rina terdiam, dia ingatkan yang ayahnya tidak bersutuju kerana sekolah st.ambrose tu sekolah lelaki, rupa-rupanya sebab musuh ketat ayahnya adalah pengetua sekolah itu . "if you aren't going to support my dream just because of your personal problems, you shouldn't bring me back from canada . i came here for branksome, then i will go to branksome, no matter what the conditions are, i will pursue my dream, even if you're not on my side"
tegas kata-kata yang dilemparkan oleh rina . ayahnya mengurut kepala, apahal tiba-tiba anak aku cakap omputeh ni . "rina, rina !" jerit ayahnya memanggil dari belakang apabila dengan laju rina melangkah anak tangga untuk naik ke tingkat atas . bila sampai ditingkat atas, dia terlihat ibunya yang sedang curi-curi mendengar perbualannya dengan ayahnya sebentar tadi .
tangannya di pegang lembut oleh ibunya, dia menunduk, tidak mampu untuk melihat muka ibunya . sejak kecil dia menetap di canada, bersama dengan ibu saudaranya di sana, 2 tahun lepas ayahnya mengambil keputusan untuk membawa dia pulang ke korea kerana impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke yonsei university .
"apa gunanya rina duduk di sini, kalau rina tak boleh capai rancangan masa depan rina . baik rina duduk dengan aunty dekat sana, at least rina suka apa yang rina buat dekat sana"
tangan ibunya yang bersuhu suam itu membelai pipinya dengan lemah lembut, dia hanya sempat berkenalan dengan anaknya selama 2 tahun . dia tidak mahu berpisah dengan anaknya . "rina masuk bilik, kemas beg baju and buku semua . esok kita pergi daftar dekat st.ambrose ya ?"
rina panggungkan kepalanya, melihat mata ibunya yang sudah berkaca . dia menarik ibunya kedalam pelukan . tangisannya membasahkan bahu baju ibunya . belakang rina rina ditepuk dengan manja, memujuk agar rina berhenti menangis . "rina akan masuk yonsei, jangan risau ya sayang"
rina mengangguk-angguk . dalam sekat tangisnya, dia berterima kasih dengan ibunya . bersyukur dikurniakan ibu yang memahami dan menyayanginya . walaupun itu bukanlah ibu kandungnya . air mata yang membasahi pipinya dikesat dengan tangan baju, dia membawa diri masuk kedalam bilik .
sebuah bagasi beroda dibawa keluar, zipnya dibuka dan dihamparkan ditengah-tengah kamarnya yang agak besar . segala baju t-shirt dan seluar panjang dilipat dan dimasukkan ke dalam beg dengan kemas, kasut-kasutnya juga diletak didalam beg yang sedikit kecil, sekali dengan pakaian dalamnya .
apabila sudah siap, dia mengemas buku-bukunya dan beg sekolahnya pulak . dokumen-dokumen yang perlu dibawa esok dimasukkan ke dalam sebuah fail . "macam ada yang tak cukup ni" . jenuh dia memunggah beg silangnya dan fail dari agensi yang dibawanya pagi tadi, borang peribadinya lesap tidak tahu kemana .
dia menyelak rambutnya kebelakang, naik angin dengan perkara remeh yang sering terjadi dua menjak tiga menjak ini .
apa la bala yang menimpa aku ni
YOU ARE READING
❁ 𝐦𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞 ᵒⁿ⁻ᵍᵒⁱⁿᵍ
Fanfictionthere's always that one stupid mistake that changes everything