"rina, bangun-" ibu rina membuka pintu bilik rina untuk mengejutkannya, hanya untuk melihat rina yang sedang mengikat rambutnya dihadapan meja soleknya . dia sudah siap mandi dan berpakaian kemas . rina menoleh sambil tersengih ke arah ibunya sekilas, sebelum dia bangun dan mencapai beg-begnya yang banyak .
dia menarik bagasi-bagasi keluar dari biliknya sambil ibunya menunggu di hadapan kamar . ibunya turut menjinjing beberapa beg nya yang kurang berat dan turun ke bawah bersama rina . rina yang baru hendak melangkah ke ruang memakai kasut, terlihat encik yum yang sedang menunggu di dalam kereta di balik pintu rumah yang terbuka .
ibunya memanggil beberapa orang gaji untuk mengangkat bagasi-bagasi rina masuk kedalam kereta . rina menoleh kearah ibunya, "ayah ikut ?" tanyanya dengan riak muka yang sedikit terkejut . "ibu dah suruh dia tinggal di rumah, tapi dia degil sama macam anaknya" rina hanya tersenyum kosong sebelum menyarungkan kasut bertali .
dia bergegas masuk ke dalam kereta selepas selesai dengan halnya . "semua dokumen ada tak bawak ?" rina hanya mengangguk pada pertanyaan ayahnya yang bersahaja . kereta mewah milik encik yum meninggalkan perkarangan rumah tidak lama selepas itu, dipacu laju ke arah st.ambrose school yang terletak agak jauh dari rumahnya .
"kenapa ayah ikut ?" tanya rina, masih membuang pandangan keluar tingkap . ayahnya yang duduk di seat hadapan tidak menoleh walaupun anaknya bertanya sedemikian .
encik yum membuka cermin matanya dan menggosok-gosok kelopak matanya beberapa kali . "kenapa ? tak boleh ke ?" tanya ayahnya pula . rina tergelak dengan cara ayahnya mengelat dari menjawab soalannya .
selepas setengah jam lebih perjalanan, mereka tiba di pintu gerbang st.ambrose school . rina dengan lagak bersahaja walaupun dalam hatinya dah bergetar macam jantung nak keluar berlari satu padang pastu masuk balik dalam badan . tangannya terketar-ketar angkat bagasi-bagasinya . tekaknya dah kering teruk, selalunya cakap pun menyembur, ini dah tak ada air liur nak telan .
dia mengambil kesemua barang-barangnya turun dari kereta, kemudian berdiri tegak di sebelah kereta tersebut sebelum menunduk hormat kepada ibu dan ayahnya yang terus bergerak pergi kerana dipaksa oleh rina .
rina menarik bagasi-bagasinya yang banyak nak mampus tu masuk ke kawasan sekolah . dia berjalan menuju ke ruang tengah, terdapat sebuah kolam ikan dengan pancutan air di tengah-tengah perkarangan lobby sekolah tersebut . ianya sangat besar sehinggakan rina tidak nampak apa yang ada di sebaliknya, dah macam roundabout . rina ternganga sedikit, di sekolah lamanya tiada perkara sebegini walaupun sekolahnya agak ditakuti ramai keran pencapaian akademik yang cemerlang .
rina meninggalkan bagasinya di sebuah bangku besi dihiasi dengan kerawang, dia mengambil dokumen-dokumennya dan masuk ke lobby utama st.ambrose . kelihhatan beberapa orang pekerja wanita sedang kalut membuat kerja di stesen masing-masing . rina teragak-agak untuk memanggil mereka .
"kau pergi la sana sibuk betul la" seungyoun menolak yuvin jauh darinya menggunakan penyapu yang dipegangnya . yuvin mengerang sebelum merempuh yohan yang sedang membersihkan kolam ikan sekolah mereka . "woi ! kau nak aku jatuh ke macam mana" yohan menjerit apabila seungyoun dan yuvin main tolak-tolak ditepinya .
"wei dah la tu . kita dah la kena denda, nanti cikgu nampak, bertambah lagi benda kena buat" yunseong berkata sambil mengelap patung hiasan serigala yang memancutkan air keluar dari mulutnya kedalam kolam . junho di satu suduk sedang memegang bulu ayam, membuang habuk-habuk dan daun-daun kering dari bangku-bangku di koridor . "mana datang beg banyak-banyak pulak ni ?"
YOU ARE READING
❁ 𝐦𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞 ᵒⁿ⁻ᵍᵒⁱⁿᵍ
Фанфикthere's always that one stupid mistake that changes everything