chapter six

8 0 0
                                    

"youn kata kira sampai sepuluh ! bukannya sampai tujuh !" budak lelaki yang berumur 7 tahun itu mengetuk-ngetuk kepala budak perempuan di hadapannya berulang kali .

budak perempuan itu melindungi kepala dengan lengannya sambil menangis teresak-esak . "sakitlah seungyoun ! rina tak tahu kira lebih dari tujuh ! jangan la pukul rina !," dia menolak seungyoun jauh daripadanya .

"jangan tolak youn la rina ! apa yang bodoh sangat rina ni ! takkan la rina tak tahu lepas tujuh apa ?!," tengking seungyoun dengan kuat kemudian menyambung memukul rina dengan lebih kuat . dia berasa geram kerana sudah 5 kali mereka mengulangi permainan sorok-sorok tetapi masih tergantung kerana rina tidak tahu mengira .

rina sekali lagi menolak seungyoun dengan kuat . "sudah lah ! rina bagitahu ayah rina yang youn pukul rina !," rina yang baru sahaja mahu berlari pergi ditarik dengan kuat oleh seungyoun sehingga terjatuh . "tak boleh ! rina tak boleh bagitahu ayah rina ! nanti rina kena marah !" .

perbalahan kanak-kanak tujuh tahun itu menjadi semakin serius apabila seungyoun dengan tidak sengaja menarik tangan rina sehingga rina jatuh ke tanah . badan rina kaku, tidak menunjukkan sebarang reaksi . "rina ?," seungyoun menguis-nguis bahu rina .

budak lelaki berumur 7 tahun itu terkejut besar bila dia perasan akan luka yang besar di dahi rina, ia berdarah dengan banyak sehingga mencomotkan muka rina .

seungyoun dengan segera mengendong badan kecil rina di belakangnya . dia berlari sekuat hati dari taman permainan ke rumah rina .

"rina bangun ! maafkan seungyoun ! tolong bangun !"

"cho seungyoun" ujar rina . teringat akan nama itu . sekarang sudah petang . para pelajar sudah memulakan sesi riadah dan sebagainya . rina masih lagi di dalam biliknya, tidak berasa selesa untuk keluar dan menunjukkan muka memandangkan hanya dia seorang sahaja pelajar perempuan di situ .

tetapi, rasa ingin meneroka kawasan dorm itu mula menguasai dirinya . dia juga tertanya-tanya siapa lelaki yang menarik perhatian dia sewaktu dia mula melangkah masuk ke asrama tadi .

dia terus menukar baju yang bersesuaian . sehelai seluar panjang dan baju tangan panjang . dia mengikat rambutnya kemas .

tiba-tiba, ada ketukan di pintu biliknya . "siapa ?," tanya rina dengan kuat sementara berlari anak untuk mendapatkan pintu . muka yang menyambut dia di pintu bilik itu terus bertukar dari senyuman kepada muka terkejut .

"wargh !!" jerit jejaka itu . rina yang juga terkejut melihat dia dengan mata yang terbeliak . "kenapa kenapa ?" tanyanya kalut . "apa awak buat dalam bilik yunseong ?" dia kembali bertanya kepada rina . rina melihat kiri dan kanan koridor, kelihatan banyak mata-mata yang sedang memerhatikan mereka dek kerana pekikkan mamat ni tadi . "diam sikit lah, ramai orang tengok . saya rina, roommate yuseong ? yunseong ? apa je lah nama dia" .

mamat tadi terkebil-kebil tengok muka rina . "asal awak tengok saya macam tu ? tak pernah nampak perempuan ? mind to introduce yourself ?", rina membantu lelaki itu berdiri dengan elok semula . takut benar dia melihat muka rina sebentar tadi . dengan cermin matanya, nerd gila .

"saya cam la awak ni . awak mamat yang pegang bulu ayam pagi tadi kan" . jari telunjuk rina betul-betul di hadapan muka lelaki itu . dia menolak jari rina dan membetulkan cermin matanya . kepalanya pantas menggeleng menafikan pernyataan rina . rina hanya berdiam diri sebelum beralih untuk menutup dan mengunci pintu biliknya . "awak tak ada kelas ke ?" tanya rina seraya hendak melangkah pergi meninggalkan junho .

sekali lagi, dia menggeleng . satu idea tercetus di minda rina, cepat-cepat dia mendapatkan junho . "kalau macam tu, boleh awak bawak saya pusing-pusing sekolah ?", rina bertanya sambil menaikkan sedikit tonnya di akhir pertanyaan . hati junho berdebar, apa aku nak buat ni .

masak aku .

"saya tak dibenarkan keluar waktu ni", kata junho, lama menyusun ayat untuk membalas pertanyaan rina . lama-kelamaan semua pelajar dikoridor itu membawa haluan masing-masing . hanya tinggal mereka berdua sahaja .

rina hanya mengangguk faham . ye la takkan nak paksa pulak kan . "it's okay, saya jalan sorang-sorang la kalau macam tu . nak tengok-tengok" . junho hanya mengangguk lemah . time-time ni la dia kena denda, orang lain semua boleh merayap . dia dengan geng dia je tak boleh .

rina melangkah pergi menuruni anak tangga . lobi yang tadinya sesak dengan pelajar, kini kosong dan lengang . cepat-cepat rina keluar dari bangunan asrama tu, menutup pintunya dengan kemas .

asal senyap sangat, mana pegi semua orang . rina berlari anak untuk pergi ke sebuah taman yang terletak di belakang asrama . mulutnya ternganga sedikit, kerana seni lanskap yang mengambil nafasnya . dia duduk di sebuah bangku, kawasan taman itu dihiasi dengan tugu-tugu seorang lelaki tua yang berjanggut .

mungkin dialah saint ambrose yang dibanggakan tu . tidak jauh dari situ, terdapat sebuah bangunan yang agak tinggi . di satu sudut, ada mesin air tin . rina hanya melihat-lihat kawasan itu tanpa kehadiran seorang pun .

tiba-tiba, sebuah buku latihan terbang di atas kepalanya . "we apabenda do", ligat mata rina mencari gerangan yang membaling buku itu . dicapainya, "apa ni . asal semua benda salah", rina menyelak-nyelak buku latihan itu .

"song yu-vin"

nama yang tertera di hadapan muka buku itu dibaca . "KAU KELUAR DARI KELAS SEKARANG", ya Allah apa benda gegak gempita dibuatnya . yuvin kena denda ke, tanda tanya itu membuatkan rina lebih ingin tahu . terus dia bangun dari duduk dan mecari kelas yuvin .

+++

"tapi cikgu, saya still buat kerja . saya tak tinggal kosong", kepala yuvin dihempuk beberapa kali dengan buku kalkulus milik encik ryu . buku latihannya sudah lama terbang ke bawah dari bangunan 4 tingkat itu . semua murid di dalam kelas itu hanya menahan gelak, satgi kena pulak dengan si ryu ni .

seungyoun yang duduk di belakang yuvin hanya menunduk, tidak berani memandang muka encik ryu . dia lagi lah terus tak hantar buku . "keluar saya kata", encik ryu sudah menaikkan suaranya pada yuvin . "tapi cikgu-" . "KAU KELUAR KELAS SEKARANG" .

dengan jerkahan itu, yuvin ditendang keluar dari kelas matematik . pintu dibelakangnya ditutup dengan hentakan yang kuat oleh encik ryu .

bodoh punya cikgu . aku buat latihan salah, tak buat salah . asal si seungyoun tu elok je duduk dalam kelas . padahal dia bukannya hantar pun . yuvin menggosok-gosok matanya, tangannya dimasukkan kedalam poket baju .

matanya tertangkap satu susuk tubuh yang kecil di koridor, tapi sebab dia rabun jauh . dia hanya memerhati je sampai lah susuk tubuh itu menghampirinya .

"yuvin ?"

aku kenal suara ni .

dengan serta merta yuvin berpaling menghadap dinding . tolonglah jangan datang kat aku, tolong lahhhh . hilang macho aku .

satu tepukkan yang lembut hinggap di atas bahunya . "yuvin ?", panggil suara itu lagi sekali . yuvin dengan perlahan-lahan berpaling ke belakang . kelihatan rina sedang tersenyum di belakangnya . Allah cairnya tengok anak orang ni .

"kau nak apa"

lek ah we . rina tergagap-gagap menyusun ayat . tanpa sebarang bicara, dia menyerahkan buku latihan yuvin . yuvin dengan pantas menyambar buku itu dari tangan rina . "mana kau dapat ni" tanyanya, marah .

"terbang atas kepala saya"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

❁ 𝐦𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞 ᵒⁿ⁻ᵍᵒⁱⁿᵍWhere stories live. Discover now