"Weh korang, nak tak hujung minggu ni kita pergi chill." kata Hariz.
"Tanya aku ke? Aku join je." jawab Aliff.
"Yelah aku tanya kau lah ni."
"Nak, nak. Aku nak join, tapi boleh tak percutian kita ni in budget?" Sampuk Ariff sambil mengecilkan sebelah mata simbol meminta simpati.
Hariz dan Aliff ketawa kerana sudah tahu jawapan itu akan ditanyakan oleh rakannya itu. Tetapi mereka tidak kisah kerana sudah tahu keadaan rakanya itu sedang dilanda ujian ketika ini.
"Hurm, boleh sangat. Aku pun nak kumpul duit ni nak kawin."kata Hariz sambil gelak terbahak bahak bersama Aliff.
"Okey, cun." kata mereka bertiga serentak.
Masing-masing ralit bersama handfon selepas membuat perbincangan sekejap tadi.
"Weh aku gerak dulu, ada apa-apa roger ye." kata Aliff.
"Ha, okey kiteorang pun dah nak gerak ni. Kan lunch hour dah nak habis." jawab Ariff.
"Okeylah malam ni kita bincang lagi pasal benda yang kita bincang tadi." seloroh Aliff.
Hariz dan Ariff hanya menganggukkan kepala sahaja tanda faham lalu terus bangun untuk masuk ke pejabat semula untuk menyambung tugas mereka.
Masalah yang dihadapi oleh Ariff
"Weh korang boleh tak aku nak pinjam duit sikit, aku sangkut lah bulan ni. Banyak pakai duit adik perempuan aku sambung belajar, tu yang aku bayar pendahuluan yuran dia." kata Ariff kepada dua orang rakan yang dipercayainya.
"Ehh, boleh je . Kau nak berapa? Aku boleh tolong selagi aku mampu."jawab Hariz sedih dengan kisah rakannya.
"Aku pun boleh tolong, tapi tak sebanyak Hariz boleh tolong kau."
"Apa kau cakap ni, aku tolong dia setakat aku mampu jelah." ucap Hariz terkilan dengan kata-kata Aliff itu.
"Ehh korang, terima kasih . Gaji bulan depan aku ganti balik."
"Okey!" jawab mereka berdua.
YOU ARE READING
Jangan Main-Main
HorrorMenceritakan tiga orang sahabat yang akrab yang ingin bercuti bersama-sama untuk melepaskan tekanan akibat kesibukan di kota. Negeri Sembilan menjadi pilihan mereka bertiga kerana negeri ini terkenal dengan pemandangan pantai yang menarik iaitu Po...