"Ehh, jauhnya homestay ni. Aku harap homestay ni berbaloi dengan usaha kita nak sampai sini." kata Aliff.
"Dah nak sampai ni, sabar jap. Ha tu, itulah homestay nya." jawab Ariff.
Hariz hanya memerhatikan kawasan sekeliling homestay itu tanpa sebarang riaksi.
"Like seriusly? Ni ke yang kau tempah?" tanya Aliff kepada Ariff.
"Yess, nilah homestay kita. Kejap ye, aku call Encik Naim kejap." jawab Ariff.
"Assalamualaikum Encik Naim, saya Ariff Haqeem yang membuat tempahan tempoh hari."
"Waalaikumsalam, ye. Encik dah sampai ke?" tanya Encik Naim.
"Ye, saya dan kawan-kawan saya dah sampai di hadapan pintu pagar homestay ni."
"Tunggu sebentar ye, saya dalam perjalanan ke sana."
Tiba-tiba seseorang mengetuk pintu tinggkap pemandu, mereka bertiga yang tertidur tersentak dengan ketukan itu terus bangun.
"Weh, terkejut aku." latah Aliff.
Ariff menurunkan cermin tingkap, lalu menyapa geragan itu.
"Assalamualaikum, ni Encik Naim ke?"
"Waalaikumsalam, ye saya. Saya dah buka pintu pagar pakirlah kereta di garaj."
"Baik, terima kasih."
Ariff memakir kereta Produa Myvinya di garaj yang ditujukan oleh Encik Naim tersebut, lalu terus keluar dari perut keretanya untuk menyapa Encik Naim serta mengambil kunci homestay tersebut.
"Maaf ye Encik Naim, kami sampai lewat sebab jem teruk tadi dekat KL." kata Ariff tanpa ditanya.
"Takpe saya faham."
"Encik, seperti yang dijanjikan kami bertiga akan duduk disini selama 2 hari 1 malam. Boleh saya bertanya, dimana kedai makan yang berhampiran? Yelah , tak delah susah kalau kitaorang lapar nanti." seloroh Ariff sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Sebelum saya menjawab soalan kamu tu, saya nak cakap syarat-syarat dalam rumah ini. Pertama, jangan lupa tutup sliding door pada waktu malam sebelum tidur takut ada binatang buas masuk ke perompak. Kedua, jangan buat sepah atau merosakkan barang dirumah ini. Ketiga, jangan terlalu riuh-rendah sangat sebab kita ni hidup berjiran. Dan yang keempat,...." kata-kata Encik Naim itu terbatas secara tiba-tiba kerana ada pangilan.
"Nanti saya bagitau kemudian, Assalamualaikum." sambung Encik Naim lalu membuat isyarat meminta diri.
Mereka bertiga dengar dengan khusuk dan mengangguk tanda faham.
"Baik Encik, kitaorang akan cuba buat yang terbaik. Waalaikumsalam." jawab Aliff sambil senyum sinis yang memaparkan giginya yang putih serta tersusun itu.
"Eh Encik, tadi kawan saya tanya Encik tak jawab lagi. Dekat sini mana kedai makan yang terdekat, nanti kalau kitaorang lapar nak pergi beli." tanya Aliff lagi dengan spontan.
"Ohh ye lupa pula saya, kedai makn jauh sikit dari sini. Kamu kena keluar sikit dari kawasan ni baru jumpa satu warung ni dari pagi sampai malam dia buka." jawab Encik Naim dengan tenang.
YOU ARE READING
Jangan Main-Main
HorrorMenceritakan tiga orang sahabat yang akrab yang ingin bercuti bersama-sama untuk melepaskan tekanan akibat kesibukan di kota. Negeri Sembilan menjadi pilihan mereka bertiga kerana negeri ini terkenal dengan pemandangan pantai yang menarik iaitu Po...