BAB 4

19 3 1
                                    

Selepas pelayan mengambil order mereka.  Hariz menanyakan tempat homestay yang mereka sudah tempah.  Tetapi pelayan itu mengatakan bahawa dia tidak tahu tentang kewujudan homestay itu kerana dia baru bekerja di restoran ini selama 3 hari.  Lalu mereka bertiga mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut.

Setelah semua hidangan telah dihabiskan.  Aliff sendawa dengan kuat lalu mengucapkan Alhamdulilah.

"Tak senonoh gila.  Dah lah sendawa kat muka aku." kata Ariff sambil menepuk bahu Aliff dengan kuat tanda marah.

"Sorrylah bro, ni tindakan refleks bro." jawab Aliff selamba.

Hariz hanya tertawa melihat telatah dua orang rakan baiknya itu.

"Berapa Pak Cik?" tanya Hariz.

"Semuanya RM58.40 je, ehh awak ni dari  mana nak ke mana? Tak pernah nampak pulak sebelum ni?" tanya Pak Cik itu dengan penuh hairan.

"Ohh, kiteorang dari KL, datang sini nak chill-chill kejap 2 hari 1 malam je." jawab Hariz sambil menghulukan sekeping not RM100.

"Ohh ye Pak Cik boleh saya tanya, Pak Cik tau tak homestay ni dekat mana?

"Apa nama homestaynya" tanya Pak Cik itu semula kepada Hariz sambil memulangkan baki duitnya.

"Hurm, Tropical Homestay Pak Cik." jawab Hariz bersungguh-sungguh.

"Ha! Kamu biar betul nak menginap di situ? Homestay tu jauh lagi dari sini, lagi satu homestay tu jauh dari penduduk kampung sebab ramai yang dah berpindah ke ibu kota." seloroh Pak Cik itu.

"Betullah Pak Cik kami nak menginap disitu untuk 2 hari 1 malam. Terima kasih ye Pak Cik, esok kitaorang nak breakfast dekat sinilah, ada roti canai en dekat sini.  Jumpa esok Pak Cik, Assalamualaikum." kata Hariz kepada Pak Cik itu sambil tersenyum manis.

"Waalaikumsalam, hati-hati ye masa memandu.  Jangan laju sangat." kata Pak Cik itu dengan muka yang agak risau.



Jangan Main-MainWhere stories live. Discover now