BAB 3

17 3 0
                                    

Setelah tiba di destinasi mereka iaitu Port Dickson. 

Ariff dengan segera menanyakan kepada dua orang rakannya.  "Korang nak singgah tengok pantai dulu tak, ke nak pergi makan dulu ke apa ke?"

"Wehh, aku tahan kecing dari tadi wehh.  Wehh stop! aku nak pergi toilet dulu." jerit Aliff dengan mukanya yang merah menahan rasa nak terkencing.

"Sabar-sabar  jap, ehh kau ni kenapa  tak cakap dari tadi.  Station minyak dah lepas do, kau kencing tepi semak jelah." usik Hariz dengan muka yang agak serius.

"Wehh aku aku memang nak kencing betul ni, kalau meletup sapa nak bertanggungjawab."

"Yelah-yelah kita patah balik." kata Ariff sambil membelokkan kenederaankan kenderaannya.

Setelah Aliff melepaskan hajatnya, mereka menyambung perjalanan untuk mencari homestay yang sudah ditempah oleh Ariff.

"Weh jauh lagi ke? Aku dah lapar do, perut aku dah menyanyi dah  ni." kata Aliff sambil menunjukkan perutnya yang sederhana buncit.

"Haah lah, dah nak petang ni.  Tengahhari dah lah tak makan ni perut aku tengah nyanyi lagu doremi ni." seloroh Hariz pula.

"Yelah, aku pun lapar sebenarnya.  Hariz cuba kau search kedai-kedai makan yang berdekatan."

"Ha, okey. Weh korang apa kata kita makan ikan bakar, alang-alang dekat PD ni kita makan lah ikan fresh. Nak tak ? Aku belanja." jawab Hariz.

"Boleh sangat!" jawab mereka berdua.

Jangan Main-MainWhere stories live. Discover now