"Jangan ganggu tempat aku!" kata susuk tubuh yang berbaju putih kotor dan lusuh itu.
Dengan gagah Hariz membalas "Tiada siapa yang takut dengan kedatangan kau syaitan!"
Susuk tubuh itu mendekati Hariz dengan pantas lalu mengeluarkan lidahnya yang terbelah dua serta berbau busuk seperti bagkai itu.
Hariz menutup hidung serta mulutnya untuk menahan bau busuk dari susuk tubuh. Hariz tetap tidak mampu untuk menahannya lalu muntah.
"Pergi kau dari sini!" kata Hariz dengan tegas.
"Ini tempat aku! Pergi kau dari sini! Tidak serik ke atas kehilangan rakan kau! Hahahaha." kata susuk tubuh itu sambil mengilai lalu menghilang.
" Wehh ! Mana korang!" jerit Hariz yang baru sahaja sedar ketiadaan rakan-rakannya itu.
"Korang pergi mana?" teriaknya lagi.
Hariz tersedar dari mimpinya, lalu mengusap mukanya yang sudah basah berpeluh.
"Astagfirullahhalazim, apa aku mimpi ni."
Seperti yang dijanjikan, hari Sabtu pun tiba. Aliff serta Ariff yang terlebih exited itu sudah pun mempacking pakaian mereka dari semalam lagi. Hariz yang tidak sedap hati dengan mimpi yang pernah menghantui tidurnya berkali-kali itu langsung tidak teruja untuk mempacking pakaianya terlebih awal seperti rakan-rakannya.
"Come on bro, apesal muka kelat macam buah ciku ni. Happy happylah nak pergi holiday ni." sampuk Aliff dalam kesunyian secara tiba-tiba.
"Haah bro, apesal muka macam tu. Ada apa-apa tertinggal ke? Kalau ada apa-apa aku patah balik." sambung Ariff pula yang tidak senang dengan riaksi Hariz itu.
"Nothing bad guys. Kenapa aku nampak lain ke?" kata Hariz dengan muka controlnya dari sebarang kebarangkalian yang akan berlaku.
"Dah-dah jangan sedih lah bro, kita layan lagu boy with luv ni . Lagu baru ni BTS yang nyanyi yang penting ada awek lawa dalam tu. Sape nama dia? kau tau tak Ariff." kata Aliff lalu menanyakan soalan kepada Ariff yang sudah terang lagi bersuluh tidak menyukai k-pop.
"Tau, Halsey yang nyanyi. Aku tak minat ye, tapi sebab korang berdua suka lagu tu, aku jadi terminat sekali." seloroh Ariff untuk berdalik.
"Ehh, kawan kita minat jugaklah." usik Aliff sambil mentertawakan rakannya itu bersama Hariz.
Ariff hanya menjeling mereka berdua dengan jelingan yang tajam.
![](https://img.wattpad.com/cover/192456918-288-k846599.jpg)
YOU ARE READING
Jangan Main-Main
HorrorMenceritakan tiga orang sahabat yang akrab yang ingin bercuti bersama-sama untuk melepaskan tekanan akibat kesibukan di kota. Negeri Sembilan menjadi pilihan mereka bertiga kerana negeri ini terkenal dengan pemandangan pantai yang menarik iaitu Po...