"Korang jangan lepas tangan. Aku tak nak nanti ada antara kita yang hilang, faham?" ujar Hariz kepada rakan-rakannya.
Mereka pun berjalan menuju ke halaman belakang rumah tersebut. Kelihatan kotak yang di maksudkan oleh Nadia. Mereka pun menghampiri kotak itu. Dan bersama-sama menolak untuk menterbalikkan kotak itu.
"Aku kira 1,2,3 kita tolak ke depan tau. 1 , 2 ,3 tolakkkk!" teriak Hariz sambil mengeluarkan kudratnya untuk menolak kotak itu .
Alangkah terkejutnya mereka, didalam kotak itu terlihat sekujur tubuh badan yang amat menyayat hati dan amat dikenali.
Aqilah dan Nadia menagis dan meratap rakannya itu.
"Weh, ni Athirah, ni Athirah. Kenapa dia dekat sini. Sapa yang buat ni?""Hariz report polis and call ambulance sekarang!" seloroh Aqilah kepada Hariz.
Hariz yang terpaku melihat tubuh badan rakannya itu yang penuh dengan kaca dan luka menjadi lumpuh seketika .
"Aku tak boleh nak buat apa-apa sekarang, suruh yang lain. Aku tak boleh." kata Hariz.
"Biar aku yang call. Ehh , wait phone korang ada line tak? Aku tk line ni, sejak bila tak de line ni?" tanya Aliff kepada rakan-rakannya.
Masing-masing memeriksa telefon bimbit untuk mencari connection .
Mereka semua mengelengkan kepala tanda handphone masing-masing tiada line.
"Hadui...!siapa punya kerja ni? Kau keluar sekarang. Kau ni menyusahkan kitaorang lah. Apa salah kitaorang dekat kau?!" tengking Aliff , dia sudah hilang sabar dengan semua ini.
"Shuttt....Aliff diam Aliff, benda-benda macam ni kita jangan cabar." celah Hariz untuk menenangkan Aliff.
"Ehhh, kau diam. Entah-entahnya kau punya plan kam semua ni. Sebab kau yang book tempat bodoh ni. Kau mengaku sekarang. Kau memang nak bunuh kita semua kan. Apa yang kitaorang buat dekat kau ha?!" tengking Aliff lagi.
"Kau apasal nak tuduh-tuduh aku ni, kau ni memang tak reti jaga mulut ke? Kau ingat aku ni kejam sangat ke nak bunuh korang semua ha ?" tempelak Hariz.
"Semua , coll down dulu. Kita kena settlekan benda ni dengan baik, kita kena buat sama-sama. Takkan sebab benda macam ni kita nak gaduh." kata Ariff cuba menenangkan 2 orang rakannya.
YOU ARE READING
Jangan Main-Main
HorrorMenceritakan tiga orang sahabat yang akrab yang ingin bercuti bersama-sama untuk melepaskan tekanan akibat kesibukan di kota. Negeri Sembilan menjadi pilihan mereka bertiga kerana negeri ini terkenal dengan pemandangan pantai yang menarik iaitu Po...