bossy bos

2.5K 163 116
                                    

Rosé International School.

Pintu kereta dibuka lalu kaki melangkah keluar. Bangunan besar gedabak yang tersergam indah dipandang.

"Jom." Arah Mika serentak menarik tangan Hana menuju ke belakang pintu sekolah.

Hana mengerutkam dahi. "Kita nak pergi mana ni?" Soalnya cemas.

"Siam." Hana membulatkan mata.

"Awak sumpah lah?!"

Mika berhenti daripada berjalan sebelum memandang Hana tajam.

"Cuba kau tengok jam sekarang pukul berapa?" Hana menilik jam tangan yang dipakainya, "9:10 pagi?" Soalnya kembali.

Mika memutarkan mata serentak dahi Hana dijentik lembut. "Kau fikir kita nak selamba badak masuk ikut main gate ke? Sekarang ni dah waktu rehat tahu tak?" Hana tersengih tidak bersalah.

"Habistu, kita nak lalu mana?"

Mika kembali mencapai tangan kanan Hana. "Ikut dan diam." Arahnya mendatar.

Hana memuncungkan mulut, garang nau gigit kang.

kaki terus ikut melangkah serentak mata ligat memandang sekeliling. Mika berhenti di hadapan pintu kecil sekaligus langkah Hana juga terhenti.

"Back door?" Soal Hana.

"Middle door, masuk." Hana memandangnya jengkel. Bangang lah mamat ni.

"Aku kata masuk." Lambat lambat kaki Hana melangkah masuk juga ke dalam diikuti Mika.

Mika perlahan lahan menutup pintu. Matanya memandang sekeliling. Telefon bimbit yang terletak di dalam poket seluar dikeluarkan.

Mata Hana membulat sebulat oreo, "Barang larangan! Bagitahu cikg-" Mika terus menutup mulutnya sambil memutarkan mata.

"Shut up." Ujarnya mendatar. Hana menelan air liur.

Tangan diturunkan daripada mulut Hana serentak telefon mendail nombor seseorang.

"Bro! Rindu kau!" Jerit Marco dari hujung talian. Sesungguhnya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa aku rindu padamu wahai Mika.

Mika mendengus, "Kau diam lah, ambil aku dekat pintu belakang ni, aku lupa nak bawa kunci stor."

Kedengaran decitan dari hujung talian, "Ye lah ye lah, kejap, aku tengah makan ni."

"Se. Ka. Rang." Ujar Mika sepatah sepatah serentak mematikan panggilan.

Marco memandang skrin telefon bimbitnya yang sudah gelap itu, "What the.."

Mika menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket semula, Hana yang hanya memandang sekeliling bilik stor lama itu dipandang.

"Pandang apa?" Bahu Hana terjongket sedikit. Tangan kanannya naik mengurut dada perlahan. Terkejut mak.

"Ni bilik apa?" Soalan dibalas soalan. Mika mengambil sebuah kerusi plastik sebelum melabuhkan punggungnya.

"Stor lama. Cuma beberapa orang je yang tahu pintu dekat sini boleh tembus keluar." Terang Mika ringkas dan padat. Beg sandangnya di tarik kedepan lalu sebatang rokok dikeluarkan sebelum dinyalakan. Asap putih yang tebal mula keluar berkepul kepul dari mulutnya.

Hana mengangguk serentak mata memandang tajam tingkah laku Mika.

"Sekolah dekat sini memang tiada peraturan eh?" Soalnya pedas.

Mika menghembuskan beberapa kepul asap, "Kenapa kau cakap macam tu?"

Hana memeluk tubuhnya,"Ye lah, boleh bawa telefon, boleh guna telefon, boleh hisap rokok, macam tiada peraturan je." Bahu diangkat mengejek.

Mika tergelak sinis, "lama lama kau tahu lah juga nanti." Balasnya pendek.

Hana memutarkan mata. Sepak kang mandul kau.

Kedengaran beberapa ketukan pintu, "Ini jabatan agama islam! Anda telah ditangkap!" Hana mengangkat sebelah kening. "Siapa tu?"

Mika bangun serentak rokok yang telah habis dihisap itu dicampak sebelum dipijak. "JAIS." Jawabnya sepatah.

"Assalamualai.." Pintu terbuka. Dua orang lelaki memandang Hana dan Mika bersilih ganti.

"Waalaikumusalam." Hana membalas selamba. Dua lelaki itu memandang sesama sendiri.

"Kau bawa bunian mana ni Dam?" Soal salah seorang lelaki itu kepada Mika.

"Bunian lawa gini? Ini macam jadian je." Bidas salah seorang lagi.

Mika menggelengkan kepala. Beg disandang sebelah.

"Nanti aku cerita, aku lapar sekarang ni." Balasnya serentak terus melangkah pergi dari bilik itu.

Hana ternganga. Dia tinggalkan aku?

"Hi, intro." Arah salah seorang dari lelaki itu.

Kawannya menyiku perlahan, "Kau duduk zaman mana intro intro ni babi?"

"oh ha ah lah, hahahaha!" Hana hanya memandang pelik. Seram sial.

"Gf Adam eh?"

"Ha?" Soal Hana kembali.

"I mean, Mika.Gf baru dia?" Soal salah seorang sekali lagi.

"Er.." Hana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku nak jawab apa setan

"Woi korang buat apa ha?" Soal Mika yang tiba tiba muncul kembali di muka pintu.

"Takde apa, saja tanya dulu lahir hospital mana." Jawab salah seorang sambil tersengih selamba.

Mika memutarkan mata, pandangan terarah kepada Hana.

"Jom. Makan." Ajak nya yang lebih kepada arahan.

Hana mengangguk serentak terus menyandang beg nya.

"Bye!" Lambainya kepada kedua dua lelaki yang masih berada di dalam bilik itu.

Mereka memandang satu sama lain. "Dah ada awek lupa member."

"Ini namanya.."

"Ke-bullshit-an." Jawab mereka serentak.

Corona memang merbahaya tetapi yang lebih bahaya adalah.. Carlota teneng nenene ~

Stay safe and take care yall, muah.

Dont forget to vote and comment!

QnA : do yall like this new title?

Badboy's Angel Where stories live. Discover now