bab 35

176 18 2
                                    


Sampai je kat rumah. Mum and dad peluk aku. Aku tak terkejut dah sebab aku dah tau semuanya.

Mum dengan dad pon terkejut sebab jumpa abang farhan. Dia terus memeluk abang farhan. Anak sulung kan

Farhan mikafle tu dia kena culik dengan Q dan sebenarnya Q tu baik je cuma dia mula² berdendam dan dia dah insaf tetapi umur dia tak panjang. Dia sempat meminta maaf kepada farhan dan menyuruh farhan menyampaikan kepada keluarga aku.

So diorang ingat abang farhan dah mati.

Dan akhirnya keluarga sebenar aku telah dijumpai.. Ya Allah terima kasih!!

Dengan adanya keluarga angkat dan keluarga sebenar aku, memang semakin meriah laa.

Tapi sayang, kalau kakak aku masih hidup, mesti dia ada kat sisi aku. Tolong aku, selalu bagi nasihat dekat aku. Macam kakak² orang lain. Adik beradik dengan kawan tak sama.

Malam ni ade majlis makan² dekat rumah mom dan dad aku. Sempena sambutan menyambut kehadiran aku sebagai anak. Dan juga abang farhan. Nak kenal² kan aku dan abang farhan kepada kawan² diorang. Semua laa datang. Fanapaz, fffapaz dan keluarga angkat aku.

"wah cantiknya kau fatin!! " Tegur puteri kepadaku

"eleh kau pom ape kurangnya yunk!!"

Kami pon berborak dan ketawa kuat². Tak kisah dengan orang yang memandang kitorang. Yang penting kita happy!!!

Letih jugak aku. Mom and dad tak letih ke kenalkan aku kepada kawan² dia. Gi sana, gi sini, gi situ. Haishhh layankan je!!

Abang farhan pulak datang dengan
Seorang perempuan. Aku tak nampak sebab perempuan tu ade kat belakang abang.

Semua menyuruh kami berkumpul. Semua dah balik kecuali keluarga angkat aku dan kawan² aku

"sape tu abang farhan?? Awek ehh??" Tanyaku sekaligus mengusik dia.

"kau diam ahhh. Bising je!!"  Kata farish. Aku menjelir lidahku kepadanya. Dia kelihatan geram tapi tak boleh buat dekat aku sebab aku dah pon berada dekat mom. Ahahaha

"Fatria mikaysha."

Dengan hanya menyebut dua perkataan itu, mom and dad menangis dan memeluk perempuan itu. Farish dan firash pon sama. Dia memeluk perempuan tu. Aku je hanya memandang sebab aku xtau ape².

"mari sini baby. Ni kakak fatria sayang!! " Ajak mom. Aku pon menurut dan tak tau kenapa air mata aku ni keluar. Eeee malunya.

So sekarang ni memang keluarga aku dah lengkap. Video yang dulu Q bagi tu sebenarnya edit je. Pandai giler orang tua tu edit macam betul² je. Diorang cakap si Q tu tak sampai hati membunuh budak. So dia tipu.

So meh sini aku jelaskan adik beradik aku.

Farhan mikafle merupakan abang sulung aku dan sekarang berumur 22 tahun.

Fatria mikayha merupakan anak kedua dan berumur 20 tahun

Farish mikael dan firash mikael merupakan twin. Berumur 18 tahun

Dan aku fatin mikayla yang cantik cun meletuo kebaboom ni berumur 17 tahun.

Get it??

Sweety 'JOUFFLU' 💖Where stories live. Discover now