Part 5

59 1 0
                                    

TERLALU ramai orang yang memandang Bella. Kebanyakannya perempuan yang melontarkan renungan penuh iri, cemburu dengan kecantikan Bella yang tidak langsung dicalit dengan sebarang mekap. Yang lelaki pula memandang Bella dengan penuh keterujaan, terpesona dengan keayuan asli gadis itu. Mata biru Bella melemahkan hati jantan mereka. Semuanya pakat jadi cair.

Bella memandang ke mana dia hendak pandang, membulatkan mata birunya memukau orang ramai. Sedikit pun Bella tidak menyedari keistimewaannya itu telah mengganggu gugat perasaan manusia di sekelilingnya.

'Pasti ada yang menyangka aku ni kekasih Bella,' fikir Haris yang semakin bangga membontoti Bella sambil memerhati gelagat manusia lain. Haris membongkok sedikit dan berbisik ke telinga Bella. "Tengok kat sini dulu, Cik Bella. Kalau takde, kita pergi ke kedai lain."

Bella membeli beberapa barang keperluannya di kedai itu. Kepenatan, dia hendak balik ke kondo Rosni. Hari pun sudah semakin gelap. Namun, Haris mengajaknya ke tempat lain.

"Kenapa tak boleh balik?" soal Bella, naif.

"Tunggu Cik Rosni Whatsapp dulu baru kita boleh balik," terang Haris. "Macam mana Cik Bella kenal dengan Cik Rosni?" Haris tidak dapat menahan rasa ingin tahu yang menggebu dalam hatinya.

Bella dilihatnya sebagai seorang gadis yang baik. Nilai kekampungannya masih tebal. Haris meneka Rosni telah membeli Bella daripada keluarga Bella untuk dijual kepada lelaki hartawan di ibu kota.

Apa yang difikirkannya itu sangat mengganggu hati Haris.

"Dia sepupu saya," jawab Bella.

"Sepupu?" Haris terkejut. Tebakannya tidak mengena. Malah, lari jauh. "Bella ikut dia datang ke sini buat apa?" Tergamakkah Rosni menjaja maruah sepupu sendiri, fikir Haris. Ah, orang zaman sekarang bukan boleh diharap. Mereka fikir keuntungan sahaja. Pertalian darah sudah tidak ada makna lagi.

"Nak cari kerja. Tolong mak. Saya baru habis SPM. Kat kampung takde kerja. Kak Ros bawak ke sini untuk cari kerja."

"Ohhh... Cik Rosni nak tolong carikan kerjalah ni."

Bella menganguk.

"Dia ada cakap tak kerja apa?" Haris menyelidik semakin dalam.

"Tadi dia cakap ada kerja kat kedai bunga."

"Kedai bunga mana?" Di layar mindanya, Haris terus ternampak iklan mencari pekerja di hadapan pintu kedai Jeela Florists.

Bella menggeleng. "Tak tahu. Saya pun nak kerja sekejap je. Lepas dapat result SPM, Kak Ros nak saya sambung belajar."

"Masuk universiti?"

Pipi Bella merona. "Insya-Allah."

"Cik Bella nak ambik course apa?"

"Undang-undang."

"Oh, bakal lawyerlah ni." Haris berpaling. Tersenyum melihat pipi Bella semakin memerah. Bukan mudah hendak melihat gadis blush di KL sekarang ini.

"Insya-Allah." Bella malu, lalu menoleh ke luar tingkap.

"Saya harap, Cik Bella sentiasa berhati-hati semasa buat keputusan," pesan Haris. Entah mengapa, dia berasa bertanggungjawab menasihati Bella.

"Keputusan apa?"

"Keputusan dalam hidup. Nak belajar apa, nak berkawan dengan siapa, nak duduk di mana... kena fikir betul-betul sebelum buat keputusan. Jangan terburu-buru."

"Kenapa?"

"Sebab ini hidup kita. Cik Bella bayangkan hidup kita ni macam pesawat dan kita yang jadi pilotnya. Sebagai pilot, kita kena pandu pesawat kita dengan berhati-hati supaya tak terhempas." Haris memberikan nasihat supaya Bella tidak tersalah langkah seperti Rosni.

LELAKI YANG MENCINTAIKUWhere stories live. Discover now