Part 6

65 1 0
                                    

TELEFON bimbit Haris bergetar. Whatsapp daripada Rosni masuk, meminta Haris membawa Bella balik ke rumah. Segera Haris meminta diri untuk membayar harga makanan.

"Jom, Bella," ajak Haris sebaik sahaja dia kembali ke meja mereka.

"Dah boleh balik?" Membulat mata biru Bella, merenung Haris dengan penuh berharap. Tubuh badannya sangat penat. Pagi tadi dia membasuh tiga baldi baju, membersihkan rumah dan membaiki atap yang bocor. Belum sempat berehat, Rosni datang untuk membawanya ke Kuala Lumpur.

"Dah. Ada nak beli apa-apa lagi tak?"

"Cukuplah kut."

"Takpe. Kalau perlukan apa-apa, beritahu saya."

Bella mengangguk. Macam mana dia hendak bagi tahu pada Haris pun dia tidak tahu. Melalui Rosnilah agaknya.

Mereka masuk ke dalam lif. Terlupa yang Bella tidak biasa menaiki lif, Haris masuk dahulu dan terus menuju ke belakang tetapi Bella tersekat di tengah-tengah. Semasa lif membawa mereka turun ke tingkat bawah, banyak mata yang mencuri pandang ke arah Bella. Ada yang berani menghimpit, menyentuh bahagian empuk pada tubuh badan Bella dengan sengaja. Naik rimas Bella dibuatnya. Dia hanya mampu berpeluk tubuh untuk melindungi dadanya tetapi dia tidak berdaya berbuat apa-apa untuk melindungi bahagian punggung dari diraba.

Kebetulan yang masuk ke dalam lif itu lelaki semuanya. Sudahlah Bella seorang sahaja perempuan, terkepung dan dicabul pula. Haris entah di mana, Bella tidak berani berpusing untuk mencarinya.

Haris nampak semuanya. Mendidih darahnya melihat perbuatan dua orang lelaki yang berani mencabul Bella di tempat awam.

"Bro! Tepi sikit, bro." Haris hilang sabar. Dengan kasar dia menarik bahu salah seorang lelaki yang menghimpit Bella.

Semua mata beralih ke arah Haris pula. Haris tidak peduli. Dia terus merangkul bahu Bella dan menarik Bella agar gadis itu berdiri di hadapannya. Bila pintu lif terbuka di tingkat Haris memarkirkan keretanya, dia terus menggenggam tangan Bella dan menarik gadis itu keluar. Bella yang masih tergamam sejak dari tadi, tidak berkata apa-apa, malah dia bersyukur kerana diselamatkan oleh Haris dari terus dicabul oleh dua orang lelaki miang tadi.

"Sorry saya pegang tangan Bella tadi," ujar Haris sambil mengundurkan keretanya dari kotak parkir.

Bella sekadar tersenyum sambil menggenggam tangannya yang bersatu dengan tangan Haris tadi. Tidak pernah lelaki yang bukan mahram memegang tangannya sebelum ini. Dia berasa lain. Seperti ada aliran elektrik yang mengalir di dalam saluran darahnya.

"Saya juga nak minta maaf sebab lambat tolong Bella kat dalam lif tadi," ujar Haris dengan perasaan kesal.

Bella diam. Tidak tahu apa yang patut yang dikatakan untuk membalas permintaan maaf Haris. Lagipun, rasa terperanjat masih belum hilang. Dia tidak menyangka di dalam lif yang penuh orang pun ada manusia yang berani membuat onar. Mujur dia bersama Haris.

"Bella marah ke?" Haris menoleh sekilas. Bella diam sahaja. Risau pula dia.

"Eh, taklah."

"Bella diam je. Ingatkan Bella marah."

"Tak." Bella menggeleng. "Saya tak marah."

Mereka diam seketika.

"Berapa orang adik-beradik Bella?" Haris mengorek cerita. Entah bila dia akan mendapat peluang untuk berbual dengan Bella lagi selepas ini.

"Tiga."

"Semua mata biru ke?"

Ketawa Bella mendengar soalan Haris. "Saya sorang je. Yang lain mata macam mata Encik Haris."

LELAKI YANG MENCINTAIKUWhere stories live. Discover now