"Kau dah kenapa ajak kitorang keluar hyung? Selalunya kita keluar time kau nak beli barang dapur je." Ujar Yoongi di seat belakang. Seokjin hanya memandang melalui cermin pandang belakang.
"Aku nak cari phone untuk Jimin. Kesian dia takde phone." Ujar Seokjin namun matanya masih fokus pada pemanduannya.
"Jap jangan cakap 'kau' nak belikan phone untuk dia?" Soal Yoongi lagi. Jimin disebelahnya di jeling. Entah kenapa,dia dingin dengan Jimin.
"Ye la. Dia kan tak kerja lagi,duit pon takde." Ujar Seokjin.
"Err..nanti kalau aku dah ada duit,aku bayar balik yer hyung?" Ujar Jimin pada Seokjin. Rasa bersalah pula. Dia baru kenal diorg tak sampai seminggu,Seokjin nak belikan phone pula.
"Tak pe. Nanti kau cari kerja dulu." Ujar Seokjin. Tak lama kemudia mereka pon sampai di mall.
"Wah! Arcade la! Taehyung hyung! Jom!" Taehyung ditarik Jungkook. Dasar maknae.
Taehyung juga sempat menarik tangan Jimin menyuruhnya mengikut mereka.
"Yah! Korang pergi dua je dah la. Tak payah tarik Jimin tu. Aku nak beli fon untuk dia!" Laung Seokjin persis mak² kepada dua ekor malaun itu.
"Biar la hyung. Kau beli je fon apa² pon kat Jimin. Asalkan dia boleh contact kita nanti." Ujar Namjoon menepuk bahu Seokjin.
Oleh itu,hyung line biarkan saja maknae line di arcade dan mereka menuju ke kedai telefon.
Maknae Line P.O.V
"Hyung! Sikit lagi." Jungkook dan Taehyung terkinja² bermain claw machine. Cuba untuk mendapatkan anak patung.
Jimin hanya memerhatikan mereka. Nak join? Dia bukannya reti main pon natang tu.
"Alaa..kenapa dapat beruang ni? Aku nak arnab tu." Jungkook merengek. Segera Jimin pergi mendapatkan mereka.
Patung beruang animasi Line Town yang bernama Brown itu diambil oleh Jimin.
"Comel." Ujar Jimin.
"Hyung. Kau ambil je la patung tu, Taehyung hyung boleh tangkapkan patung arnab tu untuk aku kan?" Ujar Jungkook lalu memujuk Taehyung untuk mendapatkan patung arnab yang dia inginkan.
"Haish ye la²." Taehyung mengalah lalu misi menangkap patung arnab bermula.
Jimin hanya tersenyum melihat patung Brown yang berada dalam pegangannya.
TBC
YOU ARE READING
[√] Jimin Si Kucing Jadian | PJM
HumorMengisahkan 6 orang pemuda yang masih menuntut di universiti terjumpa seekor kucing yang terbiar dan mereka mengambil keputusan untuk membela kucing tersebut. Tanpa mereka sedar kucing tersebut adalah seekor kucing jadian. -Kim Namjoon -Kim Seokji...