13

150 18 0
                                    

"Anak²,dah² la main game tu. Jom pergi makan." Kedengaran suara Namjoon memanggil mereka bertiga yang sedang bermain game. Dah macam ayah² pulak.

Terkedek² mereka bertiga berlari mendapatkan hyung line.

Food court dituju untuk mengisi perut yang kosong. Mereka membuat keputusan untuk makan jjangmyeon saja.

"Jimin nah phone kau. Kalau tak reti guna suruh je Taehyung ke Jungkook yang ajar." Seokjin menyerahkan beg kertas yang tertera jenama iPhone pada Jimin.

"Kau beli phone mahal² kat dia buat apa hyung? Bukannya dia reti guna pon." Yoongi bersuara. Buat kali yang kedua,dia menjeling Jimin.

"Gomawo hyung. Nanti ada duit,aku ganti balik." Jimin membelek phone yang baru dibeli oleh Seokjin. Tertera iPhone 8 pada kotak tersebut.

Setelah itu,mereka menjamu selera sambil berborak.

"Jimin,masa kau pindah,kau tak bawak banyak baju kan?" Soal Taehyung.

"Tak." Ujar Jimin.

"Takpe lepas ni kita pergi be-" Belum sempat Seokjin menghabiskan kata²nya Jimin mencelah.

"Tak payah la hyung. Baju aku tu semua cukup." Ujar Jimin. Dia tak mahu menyusahkan rakan²nya yang baru saja dikenalinya.

"Hmm yela. Lepas makan ni kita terus balik." Ujar Seokjin pada mereka.

Di Rumah Bangtan

"Jimin,esok lepas habis kelas,ikut aku eh?" Ujar Taehyung pada Jimin yang sedang membelek phonenya. Dia masih kekok untuk menggunakan phone.

"Nak pergi mana?" Soal Jimin.

"Kita pergi cafe tempat aku dengan Jungkook kerja. Rasanya boss kitorang nak pakai orang." Ujar Taehyung pada Jimin.

"Ouh okay." Ujar Jimin.

Maka bermulalah kehidupannya sebagai seorang manusia.

TBC

[√] Jimin Si Kucing Jadian | PJMWhere stories live. Discover now