25

118 18 0
                                    

Hari Sabtu. Maknae line tinggal bertiga di rumah. Kerja? Boss dorang bagi cuti. Hyung line pulak dah pergi kerja. Malam baru balik.

"Yah! Aku boring la." Rungut Taehyung. Mana taknya dah lebih 2 jam dorang duduk kat ruang tamu. Aku tengok muka kau,kau tengok muka aku.

"Haah la. Dah la boring. Lapar pulak tu. Hyung,kau gi masak." Ujar Jungkook pada Taehyung.

"Banyak tantek muka kau. Ada kaki ada tangan,pergi masak sendiri. Masak untuk aku sekali alang2 tu." Ujar Taehyung.

"Senang cerita. Kita pergi masak sekali." Ujar Jungkook. Diheretnya Taehyung dan Jimin ke dapur.

"Nak masak apa ni?" Soal Jimin. Peti ais dibuka. Kosong. Cuma ada telur je.

"Aduh lapar ni. Jin hyung tak beli barang dapur ke?" Rungut Taehyung. Perutnya diusap tanda lapar.

"Kita makan luar je lah." Cadang Taehyung.

"Kau ada duit ke hyung? Gaji tak masuk lagi. Kita semua ni tengah pokai." Ujar Jungkook. Rak dapur dibukanya.

"Boleh la ni dari takde kan." Ujar Jungkook. Satu bungkus besar ramen ditayangkan pada Taehyung dan Jimin.

"Boleh la tu. Aku kebulur ni." Ujar Taehyun.

Maka bermulalah sesi memasak ramen.

Mereka bertiga makan sambil menonton tv.

"Lepas ni kita keluar nak tak?" Ajak Jimin.

"Nak pergi mana je petang2 ni?" Soal Taehyung.

"Kita lepak dah la kat taman depan tu." Ujar Jimin.

"Ni mesti kau rindu nak tukar jadi kucing pastu kau nak lari2 kat taman tu kan hyung?" Soal Jungkook.

"Hehe." Jimin tersenyum menunjukkan eye smilenya.

Di taman

Setibanya di taman,Jimin terus bertukar menjadi kucing.

Taehyung dan Jungkook pula hanya duduk di tepi dan berbual.

Sedang seronok Jimin bermain,dia ternampak seekor anak kucing sedang melintas jalan. Terus dia berlari untuk menyelamatkan anak kucing itu. Namun nasib Jimin malang. Sebuah kereta yang laju telah melanggarnya.

Jungkook dan Taehyung terdengar bunyi kereta brek mengejut. Mereka berdua pergi melihat apa yang telah terjadi.

"Hyung.." Jungkook memegang tangan Taehyung.

"Kenapa?" Soal Taehyung.

"Tu Jimin hyung kan." Jungkook menunjuk pada kucing yang tidak bernyawa itu.

Perlahan-lahan Taehyung menghampiri kucing itu. Rantai pada kucing itu dibelek. Tertera nama Chimmy. Ya itu Jimin.

Taehyung hanya mengangguk mengiakan soalan Jungkook tadi. Jungkook terus menangis memegang Jimin.

"Kook dah la. Kita bawak Jimin balik ye." Taehyung mengusap perlahan belakang Jungkook.

Taehyung mengambil telefonnya dan mendail nombor hyungnya dan memberitahu mereka supaya balik awal kerana ada hal kecemasan. Dia tak sanggup beritahu mereka bahawa Jimin sudah mati.

TBC

[√] Jimin Si Kucing Jadian | PJMWhere stories live. Discover now