Jimin pulang ke rumah selepas dia mengambil angin pada malam itu. Kelihatan kereta milik Seokjin tiada. Begitu juga dengan kasut rakan²nya yang lain. Keluar agaknya.
"Hmm sampai hati dorg tinggal aku sorg²." Bebel Jimin sambil membuka pintu rumah.
Sebaik sahaha dia masuk ke dalam rumah. Kedengaran bunyi televisyen terpasang. Takkan dorg lupa tutup tv kot.
"Aik dorg ni lupa tutup tv ke?" Jimin mengatur langkahnya ke arah televisyen. Kelihatan Yoongi yang sedang tidur di atas sofa.
"Hyung. Bangunla. Kalau nak tido pon,tido la dalam bilik. Sakit badan kau nanti tido atas sofa." Badan Yoongi digoncang perlahan.
Muka Yoongi berkerut sedikit. Kelihatan mukanya pucat. Jimin yang sudah risau menyentuh dahi Yoongi. Panas.
"Hyung. Bangun kau demam ni." Jimin tidak putus asa. Dia masih mengejut Yoongi bangun.
"Ish..kau nak apa?" Soal Yoongi.
"Bangun la..kau demam ni. Tunggu jap aku pergi ambil ubat kat dapur." Ujar Jimin lalu dia bergegas ke dapur.
Jimin kembali dengan sebungkus roti,ubat dan segelas air kosong. Plastik roti dibuka lalu diberi pada Yoongi.
"Hyung kena makan sikit. Baru boleh makan ubat." Ujar Jimin.
Yoongi hanya ikut saja apa yang disuruh lagipun dia tiada tenaga untuk marah Jimin.
"Dah kau pergi la tido kat atas hyung." Ujar Jimin.
Yoongi hanya menurut. Baik dia rehat lagipon esok dia ada kelas pagi.
Setelah memastikan Yoongi sudah pergi,dia duduk di sofa menonton televisyen. Tak lama kemudian kedengaran bunyi enjin kereta di luar.
"Kitorg dah balik." Laung Hoseok.
"Korg pergi mana?" Soal Jimin. Dah la tinggal dia dengan Yoongi dekat rumah.
"Kitorg pergi beli barang dapur. Semua dah habis." Ujar Seokjin lalu menuju ke dapur untuk menyimpan barang yang dibeli tadi.
"Dah² semua masuk tido. Dah lewat ni." Arah Namjoon.
"Nae." Semua mengikut arahan Namjoon kerana ada antara mereka ada kelas pagi esok.
Sedang asyik Jimin dibuai mimpi,dia terdengar sesuatu yang membuatkan dia terjaga.
"Ugh....ugh...ugh..."
Kedengaran bunyi seperti orang sedang meracau. Jimin memerhati seluruh biliknya. Bunyi tu macam datang dari arah Yoongi.
Perlahan² dia bangun dan berjalan ke arah Yoongi. Kelihatan Yoongi sedang meracau dan sedang menggigil.
Tangan diletakkan pada dahi Yoongi. Masih panas. Demamnya belum surut.
Jimin mengambil tuala kecil dan mangkuk kecil yang berisi air. Diperah sedikit air pada kain kecil itu dan diletakkan pada dahi Yoongi.
Yoongi terjaga akibat terasa benda sejuk pada dahinya. Dia nampak Jimin sedan meletakkan kain pada dahinya. Yoongi tidak bersuara. Badannya lemah tambah pula dia pening kepala. Tak lama kemudia dia terlelap semula.
Pada malam itu,Jimin berjaga semalaman menjaga Yoongi. Dia berdoa agar Yoongi cepat sembuh.
TBC
YOU ARE READING
[√] Jimin Si Kucing Jadian | PJM
HumorMengisahkan 6 orang pemuda yang masih menuntut di universiti terjumpa seekor kucing yang terbiar dan mereka mengambil keputusan untuk membela kucing tersebut. Tanpa mereka sedar kucing tersebut adalah seekor kucing jadian. -Kim Namjoon -Kim Seokji...