Bab 5

381 16 0
                                    

Mereka sedang berlatih. Tetapi Yoona, matanya tidak berkelip-kelip memandang Luhan dan Ji Hyo. Ji Hyo yang terhegeh-hegeh itu bukan main gembira dapat jadi pesakit. Waktu itu, kumpulan Yoona sudah berlatih 3 kali, manakala kumpulan Luhan baru berada dalam posisi mereka.

"Hishh, aku lagi sanggup tak dapat markah dari kena buat macam ini. Yoona, maafkan I, I pun tak nak buat macam ni," kata Luhan, dalam hati.

"Okay, masa berlatih dah tamat!" kata Prof.Jessica.

Yoona membiarkan air mata yang mengalir keluar.

"Wow, betina tu menitiskan air mata kot!" kata Ji Hyo, seakan-akan dengar tidak dengar itu.

Luhan pun pergi ke arah Yoona, dan mengesat air matanya.

"Dah dah jangan menangis, kalau you nangis I pun nangis nanti. Kan you pernah kata tak nak tengok I nangis kan? I pun tak nak tengok you nangis" kata Luhan lalu mencium pipi gebu milik Yoona itu. Untung waktu itu Prof.Jessica keluar bersama Jong Kook dan Kwang Soo untuk mengambil benda, kalau tidak, boleh mati Luhan kena marah dengan singa jadian tu! Ji Hyo hanya memerhati sambil mendengus.

**********

Beberapa minit kemudian, Jong Kook dan Kwang Soo masuk kembali ke dewan kelas mereka itu, sambil membawa rangka manusia dan diikuti dengan Prof.Jessica di belakang yang memegang sarung tangan.

"Okay, saya dah fikir. Saya rasa macam melampau sangat kalau nak bagi CPR dekat jantina yang berbeza, kalau bagi dekat jantina yang sama, tak panggil 'gay', panggil 'lesbian' pula kan?" kata Prof. Jessica sambil ketawa kecil.

Yoona dan Luhan saling memandang dan tersenyum.

"Okay, oleh kerana dah tukar, saya nak kamu berenam buat CPR dekat rangka manusia ni, jangan risau, saya dah 'spray' minyak wangi!" kata Prof. Jessica sambil tersenyum.

"Arghhh!! Kenapa?? Kenapa Prof. Jessica tukar fikiran dia! Baru je aku nak ambil peluang!" kata Ji Hyo,dalam hati.

"Okay, jadi kita mulakan dengan Ji Hyo. Ji Hyo ke depan," Ji Hyo pun pergi ke depan selepas namanya dipanggil oleh Prof. Jessica. Banyaknya kesilapan Ji Hyo. Mana taknya, dari tadi asyik fikir benda lain je.

"You, I tak berlatih lagi you, macam mana ni?" kata Luhan yang agak risau itu kepada Yoona.

"Ala, I rasa lepas ni mesti cikgu panggil I, nanti you perhatikan I, okay! Cuba bayangkan rangka manusian tu muka I, aww, so sweet," kata Yoona sambil mengeyit-geyit matanya.

"Hishh you ni, ke situ pula! Okay la!" pipi Luhan sudah kemerah-merahan.

"Ala ala, ada orang punya pipi merah, wow! Kata ke situ ke sini, sekarang siapa yang gedik lebih?" kata Yoona menjelirkan lidah lalu segera ke hadapan kerana namanya sudah dipanggil oleh Prof. Jessica.

Baby Luhan, It's Not Your FaultWhere stories live. Discover now