"Aku nak kau langgar orang sampai MATI!" jawab Ji Hyo.
"Oh, perkara kecil je! Ni kan Jae Suk! Memang kau tak salah pilih aku. Tapi kau nak aku langgar siapa?" Rupa-rupanya orang yang Ji Hyo telefon itu ialah Jae Suk.
"Aku nak kau langgar perempuan tak guna ni, nama dia Yoona. Apa-apa , esok kita jumpa dekat K-Cafe pukul 3 petang, aku bagi gambar dan maklumat dia dekat kau," habis berkata, Ji Hyo pun meletakkan telefon.
"Ek eleh, matikan pula phone ni," kata Jae Suk keseorangan.
**********
Keesokan harinya, di K-Cafe...
"Mana la pula dia ni," kata Ji Hyo yang tidak senang duduk itu.
Tiba-tiba, datang seorang lelaki duduk di hadapan Ji Hyo.
"Nah, ni gambar dia, laki tu BF dia. Sebelum kau banyak soal, aku nak cakap yang aku nak kau langgar dia sebab dia rampas laki tu dari aku!" kata Ji Hyo sambil menahan marahnya.
"Okay, aku setuju, tapi sebagai bayarannya,"
"Apa?" jawab Ji Hyo ringkas.
"Kau kena ikut aku pergi kelab malam Yoona kena langgar! Okay?" kata Jae Suk sambil mengeyit matanya.
Ji Hyo tanpa memikir panjang, terus menjawab "Okay!"
**********
Yoona dan Luhan berada di rumah masing-masing. Mereka telah menghantar mesej dan ingin berjumpa pada esok hari, di Star Garden. Tempat kegemaran mereka. Kalau sebut je, Star Garden, memang ramai yang kenal. Dengan makanan yang sedap, harga yang murah, memang terbaik la.
"Okay, esok I datang jemput you dekat rumah you." "Okay, see you tomorrow♡" Itulah mesej terakhir mereka berdua.
**********
Pada masa yang sama, Jae Suk sedang meneliti maklumat dan gambar Yoona.
"Hurmm, boleh tahan cantik dia ni," kata Jae Suk keseorangan.
"Nama penuh Im Yoon Ah, pelajar Universiti Seoul, BFnya Luhan, mereka selalu pergi ke Star Garden untuk menikmati makanan, mereka selalu pergi ke sana pada Hari Sabtu. Manakala Hari Ahad, mereka akan pergi ke Korea Mall atau lebih dikenali sebagai Mall terbesar di Korea," satu persatu yang dibaca oleh Jae Suk.
"Yoona, Yoona, aku minta maaf lah ye, aku lakukan semua ni sebab aku dah lama cintakan Hyo!" itulah ayat terakhir yang keluar dari mulut Jae Suk sebelum dia tertidur.
YOU ARE READING
Baby Luhan, It's Not Your Fault
RomanceTittle English, story Malay :) #TakeNote Tajuk Baby Luhan tu bukan Luhan dalam poster, tapi nanti akan muncul seorang bayi yang bernama ' Luhan '