Tiba-tiba, ada tangan yang menyentuh badan Yoona.
"Eh, Sehun,duduklah," Yoona terus mengelap air matanya akibat terfikir akan perkara itu.
"Dah lah, awak jangan sedih lagi, jom, saya bawa awak pergi ke satu tempat, special sangat, kalau saya pergi saya, mesti saya akan ceria balik," Sehun mengia-iakan katanya. Yoona mengangguk.
**********
"Ni lah tempat dia. Ermm, saya tinggalkan awak dekat sini, saya masuk balik kereta. Awak jerit lah sekuat hati awak. Nanti dah siap, masuk balik kereta," kata Sehun lagi. Yoona keluar.
Macam-macam yang didengari oleh Sehun. Tapi Sehun tetap tidak dapat kesan apa yang dijerit oleh Yoona. "Kuatnya suara Yoona," kata Sehun seorang diri.
**********
"Apa aku nak buat dengan baby ni!" Ji Hyo menjerit seperti orang gila di rumahnya.
"Yoona!" Ji Hyo ketawa. Dia sudah tahu apa yang patut dia lakukan.
**********
"Eh dah siap?" tanya Sehun sebaik sahaja Yoona masuk ke kereta. "Dah," jawab,Yoona ringkas.
Sehun mengeluarkan sesuatu dari poketnya. "Will you......" telefon Sehun berdering. Ayat Sehun tergantung.
"Baiklah," kata Sehun sebaik sahaja menematkan panggilan.
"Awak, saya ade pesakit ni. Saya hantar awak balik sekarang okay, baru ingat nak pergi makan," Sehun menerangkan kepada Yoona. Yoona mengangguk dan tersenyum.
**********
"Bye-bye," Yoona melambaikn tangannya kepada Sehun.
"Omma, appa, Yoona balik ni," jerit Yoona sebaik sahaja masuk ke rumah.
"Sini sayang," kata omma.
"Kenapa?" Yoona hairan.
"Kamu dengan Sehun..."

YOU ARE READING
Baby Luhan, It's Not Your Fault
RomansaTittle English, story Malay :) #TakeNote Tajuk Baby Luhan tu bukan Luhan dalam poster, tapi nanti akan muncul seorang bayi yang bernama ' Luhan '