Hari Ahad pun tiba. Tepat jam 2 petang, Luhan sudah menunggu Yoona di hadapan pintu rumah Yoona. Yoona pun keluar dengan gaunnya yang berwarna putih itu.
"Woah, bidadari ke ni?" Luhan menggosok-gosok matanya.
"You? Kenapa?" tanya Yoona kehairanan.
"I rasa I nampak bidadari" Luhan mengenyitkan matanya.
"Hahaha, tah pape je la you ni, jom masuk kereta," ajak Yoona.
"Orang cakap benda betul tak nak percaya pula perempuan ni! Yoongie, Yoongie." Luhan tersengih lalu dia terus masuk ke kereta.
Mereka langsung tidak bercakap di kereta itu.
**********
Jae Suk, pukul 12 tengah hari sudah berada di mall itu, tetapi dia hanya menunggu mereka di dalam kereta.
Tidak lama kemudian, kelibat kereta Luhan telah pun kelihatan.
"Misi memerhati," Jae Suk terus memakai cermin mata hitamnya.
**********
Yoona dan Luhan masuk ke kedai untuk membeli baju kekasih. Yoona dengan gaunnya dan Luhan dengan suitnya, memang padan. Mereka pun meneruskan aktiviti mereka di mall itu dan Jae Suk terus memerhatikan mereka.
"Alamak! You dah pukul 6petang la! Macam mana ni! Kalau I sampai selepas pukul 7malam, memang teruk I kena marah nanti,"
kata Yoona, risau.
"I kan ada," jawab Luhan sambil mengeyitkan matanya lalu mereka berdua menuju ke lot parking kereta.
**********
Lagi 5 minit jam dinding akan menunjukkn tepat pukul 7 malam, Yuri, ibu kepada Yoona mulai risau kerana Yoona tidak sampai lagi. Ayah Yoona telah lama meninggalkan dunia yang nyata itu, ketika Yoona berumur 10 tahun. Manakala Luhan, dia mempunyai seorang ayah yang bernama Suk Jin dan ibunya telah pun lari bersama lelaki lain tahun lepas. Selepas bercinta dengan Yoona, Luhan barulah berani untuk berhadapan dengan perempuan.
"Omma!!" jerit Luhan. Luhan sudah biasa memanggil Yuri sebagai ommanya, begitu juga dengan Yoona, Yoona memanggil Suk Jin dengan panggilan Appa. Mereka pernah cuba menjodohkan ibu bapa mereka, tetapi sehingga kini, tetap tidak berhasil.
"Hishh, anak omma ni, yang perempuan ke yang lelaki ke dua-dua sama je, kenapa tak kahwin je terus?" kata Omma Yuri dengan tujuan memerli mereka berdua.
Luhan dan Yoona saling memandang dan hanya tersenyum. Lalu, Luhan meminta diri untuk pulang ke rumah.
"Eh, Luhan, jemputlah makan dulu. Omma masak lebih ni," kata Omma Yuri kepada Luhan.
"Kalau macam tu, biar Luhan mesej appa dulu, nantikan dia risau," jawab Luhan.
"Tu la omma kata kenapa tak kahwin je terus, tak payah nak risau apa-apa," sekali lagi Omma Yuri memerli mereka berdua lalu meninggalkan mereka dan masuk ke rumah.
"Omma ni tak habis-habis kahwin kahwin" Yoona mengeluh.
"Betul la apa yang omma cakap tu, apalah you ni,"kata Luhan.
"Gatai la you ni," pipi Yoona sudah kemerahan.
"Gatai gatai pun pipi siapa yang merah?" Luhan memerli Yoona lalu meninggalkan Yoona sendirian di depan pintu rumah dan masuk ke ruang tamu.
Mereka pun makan bersama-sama.
**********
Keadaan yang senyap itu telah menjadi sedikir riuh-rendah ketika Omma Yuri berkata : "Luhan, bila kamu nak meminang Yoona ni?" Luhan dan Yoona tersimpul malu apabila mendengar itu.
"Hurmm, Luhan okay je, tapi tak tahu la anak perempuan omma ni macam mana, lagipun appa pun dah selalu tanya, tak sabar nak dapat menantu katanya," kata Luhan selamba lalu sambung makan.
"Ermm, Yoona sebenarnya dah ready! Cuma Luhan je yang tak confess kat Yoona lagi! Dah lama Yoona tunggu!" jawab Yoona lalu memandang wajah Luhan.
"La, kiranya sekarang ni salah I la? Okay lah, will you marry me Yoongie?" kata Luhan, suaranya itu sedikit pun tidak menandakan bahawa dia sedang bergurau, Omma Yuri hanya tersenyum memandang mereka.
"Yes, I will," jawab Yoona memandang tepat ke arah anak mata Luhan.
"Yes! So start from now, you must call me oppa! Full stop!" Luhan tahu pasti Yoona tidak akan setuju sebab dia pernah cuba Yoona panggil dia oppa, tapi Yoona asyik tolak je.
"Iyelah Lu... eh, ermm, oppa" tergagap-gagap Yoona ingin katakan.
YOU ARE READING
Baby Luhan, It's Not Your Fault
RomanceTittle English, story Malay :) #TakeNote Tajuk Baby Luhan tu bukan Luhan dalam poster, tapi nanti akan muncul seorang bayi yang bernama ' Luhan '