Bab 12

302 13 0
                                    

"Ye, itu oppa tahu Yoongie. Tapi kekadang kita kena juga fikir macam tu," kata Luhan lagi. Yoona terkedu, tidak tahu apa yang patut dikata.

"Look Yoongie, kalau oppa meninggal suatu hari nanti, oppa harap Yoongie akan mencari lelaki lain," Luhan mencium pipi gebu Yoona itu.

"Oppa.... Tapi,.... kalau itu yang oppa nak, Yoona akan cuba. Mungkin Yoona akan terima kenyataan oppa dah tak ada, tapi kalau nak cari lelaki lain Yoona tak janji Yoona boleh," Yoona cuba senyum. Lalu dia menyapu air matanya, begitu juga Luhan.

"Okay dah la, jangan nangis lagi. Ingat tak semalam oppa mesej apa? Kan oppa kata, kita kena selfie kan," Luhan mengeluarkan telefonnya dan menangkap gambar mereka.

Yoona ketawa.

**********

"Lamanya lah diorang ni, bila nak keluar!!" Jae Suk mula marah.

Kelibat Yoona dan Luhan telah kelihatan.

"Yesss!!" Jae Suk tersenyum.

"Mana kereta tadi? Lupa pula," Yoona menanya Luhan lalu Luhan menunjuk ke arah kereta dan Yoona terus berjalan diikuti dengan Luhan di belakang.

Luhan ternampak sebuah kereta yang sedang memecut laju...

"Yoongie!!" Luhan menolak Yoona ke tepi dan akhirnya " Arghh!! " Luhan sendiri yang dilanggar.

Jae Suk terus memecut laju. Dia tahu bahawa orang yang dia langgar itu bukan Yoona, tetapi Luhan.

"Ji Hyo, ingat janji awak malam ni, Yoona dah disettlekan," Jae Suk menelefon Ji Hyo.

"Great job! Okay, kau jemput aku," jawab Ji Hyo.

"Pakai cantik-cantik ye!" Jae Suk tersenyum.

"Aku tahu lah," Ji Hyo mematikan panggilan tersebut.

**********

Yoona menangis. Baru sahaja Luhan menanyakan apa yang Yoona akan lakukan jika Luhan meninggal dunia. Tangisan Yoona semakin kuat, melihat darah yang mengalir keluar, lagi lah..

Ramai yang melihat keadaan Yoona dan turut rasa simpati.

Baby Luhan, It's Not Your FaultWhere stories live. Discover now