Bab 13

296 11 0
                                    

"Woi! Korang tunggu apa lagi, cepatlah call hospital!" sergah Seohyun dari belakang. Baru sahaja tadi dia berjumpa dengan Luhan, tetapi apa nak kata, takdir Tuhan tak dapat dibantah.

"Yoona, awak bersabar ye," Seohyun juga turut menitiskan air mata.

"Aik, mana awak tahu nama saya? Sedangkan kita baru berjumpa," Yoona cuba menguatkan dirinya dan menyapu air matanya itu.

"Tadi, sebelum Luhan menyarungkan cincin dekat jari awak dia baru je beli cincin tu dekat kedai saya," Seohyun tersenyum.

"Oh, kiranya Luhan lama sangat sebab dia beli cincin," kata Yoona dalam hati.

Yoona tersenyum.

Tidak lama kemudian, ambulans pun tiba...

**********

"Yoona, dah la jangan menangis, kuatkan semangat," Seohyun cuba memberi semangat kepada Yoona.

Dari jauh, kelihatan Omma Yuri dan Appa Suk Jin juga menitiskan air mata dan berjalan ke arah Yoona dan Seohyun.

"Yoona, macam mana dengan keadaan Luhan?" tanya Suk Jin dengan penuh berharap.

"Yoo...na... takk ta...huu a..p...pa.. Dok...tor takk ke..luaarr lagi.." kata Yoona teresak-esak.

Mereka semua menangis di situ.

Sedang asyik menunggu, Seohyun keluarkan sepucuk surat kepada Yoona.

"Nah," Seohyun tersenyum.

"Apa ni?" Yoona kehairanan.

"Tadi masa dia beli cincin ni dia ada kata...

Kata apa? Jom kita flashback...

-Flashback-

Selepas Luhan membayar wang kepada Seohyun, Luhan sempat lagi mengeluarkan sepucuk surat dan berkata : "Cik Seohyun, kejap lagi saya akan menyarungkan cincin ini dekat Yoona, saya harap Cik Seohyun boleh pergi ke tengah-tengah mall selepas 30 minit. Saya dapat rasakan hidup saya tak lama dah," Luhan mula menitiskan air matanya. Belum sempat Seohyun menjawab, Luhan telah pun pergi. "Baiklah," Seohyun berkata sendirian sambil memandang ke arah pintu keluar itu.

-Flashback End-

Baby Luhan, It's Not Your FaultWhere stories live. Discover now