Bab 18

507 25 6
                                    

"Kamu dengan Sehun macam mana? Appa tengok rapat semacam je," Suk Jin tersengih.

"Ermmm, tadi.... Sehun nak katakan sesuatu dekat Yoona, tapi ayat dia tergantung sebab jururawat telefon dia,"

Yoona tersipu malu.

Omma dan appa saling berpandangan lalu tersenyum. "Ada makna la tu," appa berbisik kepada omma.

"Haa! Apa bisik-bisik tu?" soal Yoona. Omma dan appa sekadar tersenyum.

**********

Yoona naik ke biliknya. Dia membaringkan dirinya dia atas katil.

"Sehun suka aku ke? Tak kan lah.. Tapi apa yang dia pegang tadi erk?" Yoona bermonolong sendirian.

"Yoona! Buka pintu sekejap," omma mengentuk pintu.

"Masuklah," kata Yoona selepas membuka pintu.

"Macam ni, tadi appa dapat call, rupa-rupanya oppa kena outstation, dekat U.S. tapi tak tahu berapa lama. Dan omma akan ikut. Jadi kami harap kamu tak apa-apa ye," Yoona terkejut sebaik sahaja mendengar penjelasan omma.

"Tapi omma...." Yoona sudah mula menangis lalu memeluk ommanya.

"Dan flight kami esok, tak pa, Yoongie kan kuat, lagipun Sehun kan ada," omma mengenyitkan matanya. Yoona tersenyum lemah.

**********

Keesokan harinya, di lapangan terbang..

"Sehun, jaga Yoona ye," kata appa kepada Sehun. Sehun sekadar mengangguk dan bersalaman bersama.

"Omma...." Yoona masih lagi menangis teresak-esak.

"Jangan risau nak, kami okay, Sehun jaga Yoona ye" kata omma lagi.

Mereka saling berpelukan. Lalu omma dan appa bersedia untuk menaiki kapal terbang itu.

Yoona dan Sehun pulang.

Baby Luhan, It's Not Your FaultWhere stories live. Discover now