SP》dua (tolong aku boleh tak?)

6 0 0
                                    

Dari ep lepas;

"Pepandailah kau angkut. Bukannya kudung kaki tangan pon." Tae min mencebik. Kemudian dia beredar dari situ.

~continue~♡

Seketika kemudian,

"OMMMMAAAAA !!" Jeritan nyaring kedengaran di dalam rumah agam itu membuatkan sesiapa yang tengah tidur boleh terjaga dengan serta merta. Namun tidak bagi tae min yang sedang nyenyak tidur di tepi mesin basuh akibat keletihan. Mana taknya... kalau dah dia sorang je yang mengemas setiap ruang di banglo 3 tingkat tu. Dari sapu lantai, mop lantai sampailah lap cermin.. APE??! Ingat dia rajin sangatlah? Kalau bukan disebabkan mak tirinya.. eh, salah.. ahli sihir tua tak sedar diri (bak kata tae min), tak de maknanya dia nak buat semua tu sorang diri. Kesihann....

Ok, back to story..

"OMMAA!!" Laung rae ji nyaring dari depan biliknya.

"Ye sayang.." terkocoh2 ahli sihir tua tu berlari mendapatkan anaknya.uppss..

"Ommaa.. tengok ni.." rae ji menudingkan jarinya pada beg2 kertas yang bertaburan di depan biliknya.

"Kenapa kamu lempar barang2 yang omma beli??!!" Marah mrs.park.

"Bukan rae ji la.. budak tak guna tu la.. keluar bilik je tengok dah bertaburan macam ni.." adu rae ji tercebik-cebik.

"Tae min ??!" Soal mrs.park inginkan kepastian.

"Yela.. habistu sape lagi yang tak guna dalam rumah ni?" Rae ji memeluk tubuh.

"Nak kena dah budak sekor ni..." mrs.park menyinsing lengan baju kelawarnya. Acah2 nak jadi gangster la.. mrs.park berjalan laju menuruni anak tangga utama.

"PARK TAE MIN !!" laung mrs.park serupa tarzan. Namun tiada balasan. Dah tu, nak menjawab macam mana kalau dah tertido dalam keletihan.. dalam diam, rae ji mengukir senyum sinis. Yang si ahli sihir tua tu pulak makin hot bila tae min tak menyahut panggilannya.

Seluruh pelosok banglo tersebut diredahnya untuk mencari tae min. Dibuntuti rae ji. Last2, dia jumpa jugak tae min yang tengah sedap mengecas tenaga sambil2 membuat taik mata.. 2 in 1 lah katakan.. tanpa belas kasihan, rambut panjang tae min disentap kuat memaksanya untuk bangun berdiri. Tae min yang masih mamai, terpinga2 dengan kehadiran dua ahli sihir tu.

"Kau memang nak cari pasal dengan aku ke apa hah??!!" Tengking mrs.park. dahi tae min berkerut2 cuba mencerna ayat ahli sihir tua tu.

'Pasal apa yang aku dah jumpa?' Soalnya sendiri dalam hati.

"Apedia?!" Tanya tae min malas.

"Yang kau pergi campak barang2 rae ji yang aku beli tadi tu buat apa hah?!!" Tanya mrs.park marah.

'Aku campak barang anak ahli sihir dia tu?' Tae min kehairanan. Dia memandang rae ji. Melihat senyuman sinis yang terukir buruk di bibir rae ji, tae min tahu dah sape punya kerja. Tae min mengeluh berat.

"Excuse me madam.. x de masa lah aku nak main campak2 barang. Banyak lagi benda yang boleh aku buat selain main campak2 barang." Tae min menidakkan tuduhan tersebut.

Tetapi tak pulak dia memberitahu perkara sebenar. Sebab apa? Sebab peratus untuk mrs.park mempercayai ceritanya ialah 0%. Kosong ok!

"Omma.. tengok tu, dia tak nak ngaku.." rengek rae ji yang sengaja dimengada-adakan.

"Hei budak!, kalau kau nak dengki ngan anak aku baik tak yah la.." mrs.park menunjal dahi licin milik tae min.

"Hello mak cik, x de masa aku nak dengki ngan korang berdua yang asyik cilok duit appa aku la.." balas tae min berani. X semena2 rambut tae min disentap kuat.

"Mulut kau tu, jangan lancang sangatlah. Dah la mak jalang kau tu dah lama mampus.. appa kau pon x heran kat kau.. kalau ikutkan, aku lempar je kau tepi jalan.. sedar diri tu sikit!" Marah mrs.park bersama kata makian.

"Apa? Tak betul ke apa yang aku cakap?" Tae min memeluk tubuh x memperdulikan rasa sakit ditarik rambut.

"Tak GuNa PunYa BuDAK!!" Pipi mulus tae min ditampar kuat menyebabkan dia hilang imbangan lalu jatuh. Belakang kepalanya terkena tepat pada bucu dinding. OUCH!! SAKITNYA!! Namun tae min hanya berlagak biasa. Wajahnya dipamer tanpa riak sakit.

"Dahh.. tak nak berambus lagi ke?" Tanya tae min malas.

"Hei budak, kau dengar sini elok2. Aku haramkan kau keluar rumah ni seminggu! FAHAM!!" Sesedap hati perintah berkurung dikeluarkan. Tae min mencebik.

'Ingat aku nak dengar cakap kau?' Sebaik sahaja dua ahli sihir tu blah dari situ, badannya melurut ke bawah. Dia terduduk. Ditarik lututnya merapat ke dada.

"Omma. . Kenapa appa kawin lain?" Tae min merenung kosong dinding di hadapannya.

"Omma.. min min boleh je hidup sorang.. min min tahu omma selalu ada ngan min min.. sebab tulah min min tahan je ngan sume ni.. omma.. min min rindu appa yang dulu. Appa yang selalu ada dengan min min. Appa yang selalu gurau ngan min min.. ommaa...." rengek tae min bersendirian di ruang lobi tersebut. Mukanya disembamkan pada lututnya. Menghamburkan tangisan di situ. Setelah 5 minit menangis, tangisannya berhenti. Dia bangun berdiri.

"Ingat aku nak hadap muka kau seminggu ni? Mati hidup balik pon aku tak nak!" Lalu kakinya diarah ke biliknya.

-sementara itu-

Jeon jungkook's situation;

"Mak aihh.. kat mana dah aku ni?" Jungkook memandang kiri dan kanannya. Apa yang dilihatnya cuma rumah2 elit milik orang2 kaya.

"Haisyyhhh... rasanya macam sekejap je jogging tadi.. macam mana boleh sampai sini?" Jungkook menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia mengeluarkan iphone miliknya. No yoongi didail.

"Yeoboseyo?" Sapa jungkook.

"Hmmph.. apa kau nak?" Tanya yoongi dengan suara yang serak garau. Confem masih layan mimpi.

"Weh hyung, tolong aku boleh?" Soal jungkook

"Tak nak. Malas. Aku nak tido." Jawab yoongi lalu terus mematikan panggilan. Jungkook terpana.

"Bapak kejam dowh hyung sorang ni... tido lebih penting daripaa tolong aku?" Jungkook mengeluh berat. Kemudian, no taehyung pula didailnya. Kakinya masih belum berhenti mengorak langkah.

"Hello..." kedengaran suara taehyung menyapa dari balik sana.

"Tae hyung, tolong aku boleh tak?" Tanya jungkook.

-tbc-

Fuhhh... penatnya menaip..😥

Jap.. yoongi kijam.. sape punya hubby tuh? Lupa plk? Kumamon punya... hahah... so, sape wife die ...korang ni kumamon yee.. kihkihkih....😆

And, last... thanks for reading.. muahh😙

[OG] Cinderella PromiseWhere stories live. Discover now