SP》tiga belas (tangkap cintan)

8 1 1
                                    

Dari ep lepas;😊

#tok.tok.tok.# pintu bilik taehyung diketuk dari luar.

"Sape pulak dah?!" Dengus taehyung. Dengan penuh kemalasan, dia bangun menuju ke pintu. Sebaik sahaja daun pintu dibuka, ulas bibirnya terus mengukir senyuman.

Sambungan... 😘
"Kenapa?" Soal taehyung pada tetamunya.

"Ermm.. kau buat apa sekarang?" Tanya tetamu tu.

"Nothing. Just golek atas katil." Jawab taehyung.

"Oh.. yeke? Tak pelah.." orang tadi dah berkira2 untuk pergi tetapi ditahan taehyung.

"Kenapa kau cari aku?" Soal taehyung ingin tahu.

"Eh! Er... tak de pape lah.. saja je.." dalih orang tu lagi.

"Min... baik kau bagitau aku.." taehyung mengecilkan matanya memandang tae min. Tae min menarik nafas panjang sebelum membuka mulutnya.

"Actually aku nak ajak kau pergi tempat tinggi yang kau tanya haritu. Tapi, kau tengah golek2. Tak nak lah kacau." Jelas tae min.

Taehyung mengangguk tanda faham. Segaris senyuman diberikan pada tae min.

"Kau tunggu sini jap. Jangan gerak sikit pon.!" Arah taehyung lalu menghilang ke dalam biliknya.

"Ok dah!" Taehyung keluar dari biliknya dan mengunci pintu biliknya. Tae min memandang taehyung atas bawah.

'Cepatnya siap!!'

"Jomlah!" Taehyung menarik tangan tae min supaya mengikutinya. Setelah hampir sepuluh minit berjalan, mereka tiba di tempat yang dituju.

"Dah sampai!" Kata taehyung. Dia kemudiannya melepaskan tangan tae min yang dipegangnya sepanjang perjalanan tadi. Kalau ikutkan hatinya, tak nak pon lepas. Tapi dia tak nak tae min rasa tak selesa pulak. Anak matanya tak lepas memandang ulas bibir tae min yang mula mengukir senyuman gembira.

"Woah.. cantiknya!!!" Tae min tersenyum riang. Melihat tae min tersenyum, taehyung turut tersenyum.

"Vous etestres belle.." ucap taehyung perlahan tapi sempat ditangkap oleh tae min.

"Bahasa apa tu?" Soal tae min ingin tahu.

"France." Jawab taehyung sepatah.

"Ye? Apa maksud dia?" Soal tae min teruja ingin tahu.

"Err.. pemandangan kat sini cantik.." taehyung memutar belit maksud sebenar ayat france tadi.

"Wahh.. tak sangka kau pandai bahasa lain..." puji tae min ikhlas.

"Adalah sikit-sikit.." taehyung merendah diri. Padahal dalam hati dah melompat bila tae min puji diri dia.

Tiba2, bunyi letupan bunga api mengejutkan kedua-dua mereka.

"Waahhh!! Bunga api!! Cantiknya!!" Tae min senyum gembira.

'Kan cantik kalau kau senyum macam ni selalu...' desis hati taehyung. Tanpa disangka2, dia tertangkap merenung tae min.

"Kenapa kau tenung aku?!" Soal tae min hairan.

"Tak de pape lah.." taehyung melarikan pandangan matanya menyembunyikan rasa malu apabila tertangkap tenung anak dara orang.

"Tae, cantik dalam bahasa france apa?" Soal tae min ingin tahu secara tiba2.

"Belle." Jawab taehyung ringkas.

"Ouh.. belle.." ulang tae min.

"Tae, cuba kau bagi satu ayat france kat aku. Nak try.." pinta tae min sambil tersengih.

Taehyung merenung ke depan. Nafas dihela lembut.

"Tu es toujours dans mon coeur." Lancar sahaja bibirnya menyebut sebaris ayat tersebut.

"Tu.. tu.. ala.. tu apa? Cepat sangat lah!! Slow la sikit!" Marah tae min apabila dia gagal mengajuk ayat taehyung tadi.

Taehyung memusingkan badannya menghadap tae min. Kedua belah tangannya diletakkan di atas bahu tae min.

"Tu es toujours dans mon coeur, Park tae min." Anak mata bundar milik tae min dipandang tepat

#(Dup,dap)2 # 'ish! Pehal dengan aku ni?' Tae min memarahi dirinya sendiri dalam hatinya. Dia pantas melarikan pandangannya ke arah lain.

"Ehem!.. ap.. apa maksud dia?" Soal tae min sedaya upaya menahan dirinya dari gagap.

"Kau cari sendiri.." balas taehyung lalu memandang ke arah lain. Lama mereka berdiam diri. Masing-masing melayan perasan sendiri.

"Min, bila lagi kau jadi owner resort ni?" Soal taehyung memecah kesunyian.

"6 tahun lepas." Jawab tae min jujur.

"Serius lah?!! BAPAK MUDANYA!! Umur kau baru 10 tahun masatu kan? Macam mana kau urus resort ni?" Soal taehyung terkejut campur teruja plus kagum.

"Dari kecil lagi aku dah dilatih dengan urusan business memandangkan aku ni anak tunggal. Kalau sebelum ni, mendiang omma aku yang selalu teman dan tolong aku. Tapi, bila mendiang omma aku dah meninggal, tae ji je lah yang selalu teman aku." Tae min membuka cerita.

"Ouh.. maaf kalau soalan aku dah buat kau sedih.." laju taehyung meminta maaf apabila riak wajah tae min berubah mendung ketika menjawab soalannya.

-Tak Bayar Cukai- 😂😂

Ok gaiss.. tolonglah aku.. bagi komen sikit. Aku tak tahu apa yang korang rasa ngan cerita ni.. puhlisshh.. ehhehe..

P/s... quarantine korang cane? Share ahh.. huhuhu... nite yallz.. 😘

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Cinderella PromiseWhere stories live. Discover now