Buk!"Lembik! Tumbuk kuat lagi!"
Buk! Buk!
"Kuat lagi! Bayangkan itu musuh kau. Tumbuk dia sampai lunyai!"
Buk! Buk! Buk!
Taehyung menumbuk punching bag sekuat hati. Berkali kali dia menumbuk.
Melepaskan perasaannya.
Setelah puas,dia berhenti. Taehyung mencari nafas. Peluh yang menitis di dahi tidak dia hiraukan. Bajunya juga sudah basah dengan peluh.
"Meh sini.." Himi menarik lelaki itu supaya berhadapan dengannya.
Himi mengelap wajah Taehyung yang berpeluh dengan tuala kecil. Kedudukan mereka yang agak rapat mendebarkan hati wanitanya.
"Aku boleh buat sendiri." Taehyung menepis tangan Himi.
Tuala kecil dia rampas kasar dari gadis itu. Lalu dia bergerak keluar dari bilik latihan.
Inilah rutin terbarunya, hampir setiap hari dia akan berlatih dengan gadis itu tentang teknik mempertahankan diri.
Walaupun hubungan mereka semakin keruh, namun Taehyung abaikan sahaja. Lagipun, dia sendiri yang meminta Himi untuk mengajarnya.
Bam!
Himi terkejut dengan hempasan pintu yang kasar dari lelaki itu. Taehyung sudah keluar.
Himi mengeluh.
Sikap Taehyung terus berubah sejak mereka bergaduh tempoh hari. Lelaki itu lebih suka berdiam diri dan bersikap dingin.
Kadang Himi terasa dengan sikap Taehyung tapi dia malas nak peduli.
Baginya, lebih baik hubungan mereka begitu. Lambat laun dia akan pergi juga dari hidup lelaki itu selepas semuanya berakhir.
"Aish...kenapa aku kena fikirkan dia. Dia tak penting pun untuk aku. Dia lelaki tak guna, ingat tu. " bisik Himi pada dirinya sendiri.
"Aku benci, tapi aku rindu." luah Himi perlahan.
Egonya kian runtuh dengan perasaan rindu. Perlahan air mata mula mengalir.
Emosinya tidak mampu dikawal. Dia keliru dengan perasaannya sendiri.
Dia buntu!
___
"Apa awak buat tu? Kan saya dah pesan jangan banyak bergerak. Kaki awak masih tak baik lagi. Degil lah awak ni! " Areum membebel sebaik dia mendekati lelaki itu.
Dengan pantas , dia merampas pasu bunga kosong yang dipegang Jungkook.
Jungkook mencebik lalu mengajuk ayat Areum dengan muka menyampah.
"Ha,mengutuk saya lah tu. Awak ni memang keras kepala kan? Patutlah cari kat atas tak ada. Rupanya duduk dekat taman belakang rumah."
"Kau tak perlulah membebel. Aku bukan budak kecil tau. Lagipun kaki aku dah makin sembuh. Suka hati aku lah nak buat apa. Aku bosan terperap dalam bilik." balas Jungkook dengan malas.
Dia merampas kembali pasu bunga dari pegangan Areum lalu diisi dengan tanah.
Areum hanya memerhati Jungkook melakukan kerjanya. Dia masih tidak puas hati dengan lelaki itu.
"Awak nak buat apa ni?" soal Areum.
"Tengah nak kambus tahi. Tak nampak?"
"Ish! Betul betul lah." Areum mula geram lalu bahu Jungkook dia tampar.
Jungkook ketawa kecil. Sikap Areum yang jenis upside down sangat mencuit hatinya.
Areum yang suka membebel.
Areum yang mengambil berat.
Areum yang comel.
Areum yang garang.
Hari Jungkook berseri kerana sikap tunggang terbalik gadis itu.
"Aku nak tanam pokok lah. Apa punya soalan. Takkan kau tak nampak semua barang atas meja ni?" kata Jungkook .
Dia muncungkan bibirnya pada beberapa alatan berkebun di atas meja yang dia jumpa dalam stor.
"Awak nak tanam pokok apa?"
"Pokoknya aku cinta padamu." balas Jungkook dengan selamba.
Areum tergamam.
Dia mula geram dengan perangai Jungkook. Melihatkan Jungkook sudah tersengih nakal membuatkan Areum lebih sakit hati.
Jungkook jahat! Suka buli orang!
"Ish! Malaslah layan awak. Otak tak betul." Areum merengus lalu dia angkat kaki ingin beredar dari situ.
"Jeon Jungkook lelaki yang gagah,
Hanya satu dalam beribu,
Pipi Areum dah merah merah,
Dia malulah tu. "Jungkook ketawa jahat apabila gadis itu terus berlari laju selepas mendengar pantunnya.
Jungkook tersenyum kecil dengan gelagat Areum.
Comel!
Jung Areum.
YOU ARE READING
√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]
ActionPark Himi. Gadis yang tidak percayakan cinta. Jiwanya kasar. Hatinya keras. Menjadi secret agent bagi Brisden memang kemahiran gadis licik ini. Angkara salah faham dan dendam. Park Himi dan Jung Areum, sahabat baiknya ingin menarik diri dari agensi...