"Hello! Ada orang kat rumah tak?!"
Himi terkejut dengan jeritan kuat itu. Segera dia bangun dari duduk ingin melihat siapa yang menjerit di depan rumahnya.
"Eh?" dahi Himi berkerut sebaik pintu dibuka.
"Anyeong Himi ah." sapa lelaki itu dengan ceria.
"Yoongi oppa. Bila balik sini? Ada apa tiba tiba datang?." tanya Himi sambil membuka pagar untuk membenarkan Yoongi masuk lalu mereka berdua duduk di bangku.
"Oppa baru je balik minggu lepas. Maaf sebab baru ada masa nak datang jenguk Himi kat sini. Ouh satu lagi, omma kirim benda ni pada Himi dah alang alang oppa nak datang."
Yoongi menghulurkan beg plastik yang dikirim oleh ommanya, Ahjumma Min.
"Gomawo. Akhirnya dapat jugak seafood yang Himi nak. Ah oppa cuti ke? Selalunya jarang oppa balik sini." Himi menyambut huluran itu lalu membelek isi di dalamnya.
"Haah, oppa ambil cuti seminggu. Lagipun, penatlah asyik shooting je. Sekali sekala oppa nak juga rehat." kata Yoongi.
Wajah Himi dia pandang dari sisi. Jantungnya berdebar kuat melihat gadis itu makin berseri dan cantik.
Terasa tenang hatinya saat menatap wajah bersih itu. Semua masalahnya terbang pergi dengan adanya Himi di sisi.
"Biasalah tu penat, dah nama pun bekerja. Kenalah tabah sikit kalau nak hidup. Apalah oppa ni, penat sikit dah merungut." Himi menjeling sekilas pada lelaki itu.
Pekerjaan Yoongi sebagai photographer memang agak sibuk. Lebih lagi apabila lelaki itu bekerja di syarikat permodelan.
"Eh, sukahati dia je nak perli orang. Siapa ajar ni? Amboi, makin hari makin nakal eh." Yoongi mencuit hidung mancung gadis itu.
"Baby macam mana? Okay?" soal Yoongi saat melihat perut gadis itu yang makin besar.
Himi hanya mengangguk dan senyum nipis.
Sejujurnya, Yoongi memang mempunyai perasaan terhadap gadis itu sejak pertama kali berjumpa.Cinta pandang pertamalah katakan.
Walaupun Himi tidak pernah bercerita tentang kisah hidupnya, Yoongi langsung tidak peduli. Dia ikhlas menerima masa lalu Himi dan Yoongi juga bersedia menjadi ayah kepada anak gadis itu.
"Eh, kaki tu kenapa?" soal Yoongi dengan risau apabila matanya terpandang pengelangan kaki Himi yang berbalut.
"Ouh ini, ermm terseliuh semalam. Oppa jangan lah risau. Himi okay."
"Berapa kali oppa nak pesan? Himi kena selalu berhati hati. Cuba lah jangan aktif sangat. Rehat tu pastikan cukup-"
"Ya ya. Orang tahulah. Oppa janganlah membebel. Dah macam pakcik bawang dah rupa. Hodoh tau tak." cantas Himi.
Terbeliak mata sepet lelaki itu.
'Kau kata aku hodoh. Like seriusly? Kau tahu tak ramai perempuan dekat Seoul tu gilakan aku.' Yoongi merungut dalam hati.
"By the way, pokok apa yang Himi tanam tu? Macam pelik je." soal Yoongi sambil menunjuk ke arah pokok besar berdekatan mereka.
"Itu pokok Manzanita and bukan Himi yang tanam okay. Entah siapa tah letak pokok tu kat sini. Buat semak je mata memandang." balas Himi.
Himi bangun dari duduk. Beg plastik dipegang kemas.
"Okaylah oppa. Himi masuk dulu. Tak sabar nak masak. Oppa dah boleh balik kot. Semak je duduk sini lelama." halau Himi.
YOU ARE READING
√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]
ActionPark Himi. Gadis yang tidak percayakan cinta. Jiwanya kasar. Hatinya keras. Menjadi secret agent bagi Brisden memang kemahiran gadis licik ini. Angkara salah faham dan dendam. Park Himi dan Jung Areum, sahabat baiknya ingin menarik diri dari agensi...