Sudah seminggu mereka menetap di rumah itu. Masing masing sudah mula membiasakan diri malah Taehyung dan Jungkook sudah dapat memberikan kerjasama.
"Baik koperal. Saya datang sekarang" panggilan ditamatkan.
Kunci dan helmet dicapai. Himi tergesa gesa menuruni tangga.
"Eh Himi, nak kemana?" soal Areum apabila mereka bertembung di anak tangga.
"Panggilan dari maktab. Aku kena pergi sekarang. Katanya ada hal penting koperal nak bincang. Mungkin kita akan ada misi baru. Kau jaga rumah ya. " pesan Himi lalu dia terus melangkah keluar.
Bunyi deruman motosikal menarik perhatian Taehyung yang baru menuruni tangga.
"Dia pergi mana? " soal Taehyung.
"Ada urusan sikit " balas Areum ringkas.
Taehyung mengangguk sebelum menyertai Jungkook di ruang tamu. Lelaki itu seperti termenung.
"Kau tengok tv ke tv yang tengok kau? Termenung jauh nampak. Cerita apa kau bukak ni? Bosanlah " Taehyung mencapai remote lalu mula menukar siaran.
"Hyung.."
"Kau nak apa? "
"Aku rindu dia." kata Jungkook perlahan.
Taehyung memandang Jungkook dengan hairan. Dahinya berkerut memikirkan maksud Jungkook.
Ah! Taehyung memetik jari. Dia dah faham!
"Ouhh...kau rindu girlfriend kau ye? Alolo siannya. Biasalah tu dalam percintaan, perasaan rindu tu wajib ada. Tanpa kehadiran rindu, cinta tiada maknanya. " Taehyung mula merepek.
"Ish! Bukan lah. Aku mana ada girlfriend. "
"Dah tu siapa lagi kalau bukan girl-"
"Aku rindu Seokjin hyung. Aku nak jumpa dia." cantas Jungkook.
Sudah beberapa malam dia bermimpi tentang Seokjin. Perasaan rindu mula mencengkam dada. Kali terakhir dia melawat kubur Seokjin adalah 2 bulan yang lalu.
Taehyung terdiam.
Dia tahu kisah keluarga Jungkook. Kim Seokjin juga merupakan salah seorang rakan kongsinya dan dia mendapat berita tentang kematian lelaki itu ketika berada di luar negara.
"Ouh, hmm tapi kau tahu kan diaorang tak bagi kita keluar. Setakat merayap dekat taman luar rumah tu bolehlah. Lebih dari tu aku tak rasa dorang bagi. Lagi lagi Areum. Kau bawah tanggungjawab dia. Bahaya kalau nak keluar." Taehyung melihat sekilas lelaki di sebelahnya.
Dia mula kesian melihat wajah Jungkook yang sayu.
"Tapi dah seminggu kita kat sini. Tak ada apa pun jadi. " Jungkook mengeluh.
Taehyung mula berfikir.
Dia mahu membantu Jungkook keluar. Tapi dalam masa yang sama dia takut sekiranya ada perkara buruk terjadi.
Perkara yang paling Taehyung takutkan ialah Park Himi.
Sekiranya Himi dapat tahu tentang ini, pasti dia akan mati di tangan gadis itu.
___
Himi hentikan motosikalnya di hadapan banggunan lama yang terletak jauh di tengah hutan .
Keadaan sekeliling sunyi dan hanya bunyi cengkerik kedengaran.
Dia melangkah masuk ke dalam. Tiada seorang manusia kelihatan kecuali dirinya. Punat lif ditekan. Sebaik ia terbuka, Himi melangkah masuk.
Himi mengakses kad miliknya untuk ke tingkat bawah tanah.
Sebaik pintu lif terbuka, kelihatan ramai manusia di ruang itu. Semua kelihatan sibuk.
"Himi.." bahunya ditepuk. Himi menoleh sebelum tersenyum.
"Prof Lia . Lama tak jumpa." Himi memeluk erat tubuh wanita berkot putih itu.
"Sudah sudah. Nanti kita bersembang lagi. Koperal dah lama tunggu. Mari."
Himi mengikut langkah Prof Lia sehingga mereka tiba di satu bilik. Selepas mendapat kebenaran, mereka melangkah masuk.
"Apa khabar Park Himi? Gembira dapat berjumpa lagi. Silakan duduk. " sapa Koperal Lee.
"Baik." Jawap Himi ringkas.
"Himi , saya panggil awak ke sini sebab ada perkara penting yang awak perlu tahu. " Koperal Lee memandang wajah Himi.
Himi hanya diam menanti kata seterusnya.
"Oh Hyusyik. Dia hilang dua hari lepas. Dan yang paling serius sekarang ni, penyiasat kita tak dapat jumpa apa apa petunjuk langsung. Saya risau sekiranya kehilangan dia ada agenda tersembunyi. "
"Apa? Dia Hilang? Macam mana benda ni boleh terjadi? Koperal Lee, kita perlu buat sesuatu. Kita tak boleh hilang jejak lelaki tak guna tu." tegas Himi.
"Bersabar Himi. Kami pun buntu sekarang. Selama ni, Brisden tak pernah gagal untuk dapatkan maklumat. Tapi sekarang, semuanya makin kusut. Tiada satu clue pun yang kami dapat. " Koperal Lee bangun dari duduknya lalu sebuah beg hitam diserahkan pada Himi.
Tanpa ragu, Himi terus membuka beg itu dan matanya terbeliak sebaik melihat isi dalamnya yang penuh dengan duit."Apa ni? " soal Himi hairan.
"Ambil lah Himi. Awak akan perlukannya nanti. Sejak kebelakangan ni , saya rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang teruk akan berlaku. Saya harap awak dapat lindungi mereka. Park Himi, saya berharap pada awak. " Bahu Himi ditepuk lembut.
"Oh ya satu perkara lagi. Oh HyunSyik. Adalah orang yang sama dalam percubaan membunuh Kim Taehyung.."
"Wow, lelaki tu betul betul gila. Kenapa dia sasarkan mereka berdua serentak?" Himi terkejut.
"Hmm mungkin kerana dendam?"
YOU ARE READING
√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]
AksiPark Himi. Gadis yang tidak percayakan cinta. Jiwanya kasar. Hatinya keras. Menjadi secret agent bagi Brisden memang kemahiran gadis licik ini. Angkara salah faham dan dendam. Park Himi dan Jung Areum, sahabat baiknya ingin menarik diri dari agensi...