Ego

1.7K 172 0
                                    


"Hyung berhenti!!" Jungkook menjerit apabila tendangan Taehyung semakin kuat.

Dia yang memegang punching bag itu hampir terpelanting ke belakang. Kini , mereka sedang berlatih di bilik latihan.

Taehyung menghela nafas kasar. Dia mengelap peluh di dahi.

"Kau okay ke hyung? Semacam je aku tengok kau sejak kebelakangan ni. Tadi kau tendang, macam nak pecah  punching bag tu." tegur Jungkook.

Jungkook hulurkan botol mineral pada Taehyung lalu duduk disebelah lelaki itu.

"Aku okay jelah." balas Taehyung dengan malas. Air dia teguk rakus.

"Aku bukan budak mentah yang boleh kau tipu. Sejak Areum tetiba ajak aku keluar , balik tu aku perasan kau terus berubah. Ada apa apa yang tak kena ke?" bahu Taehyung dia tepuk perlahan.

Perubahan dalam diri Taehyung nampak ketara. Lelaki itu lebih dingin dan kadang kadang akan mengamuk teruk hanya disebabkan perkara kecil.

Semalam, Taehyung dan Himi bergaduh besar apabila Himi secara tidak sengaja tertumpahkan air.

Jungkook dan Areum hanya mampu diam melihat pertengkaran itu. Tiada apa yang mereka boleh bantu, pasangan itu bagaikan api yang membakar diri masing masing.

Sudah 2 hari hubungan Taehyung dan Himi tidak baik. Areum dan Jungkook pun gagal nasihatkan mereka yang keduanya sama keras kepala.

"Boleh tak kau jangan sibuk? Kau tak tahu apa apa. Jadi berhenti busybody hal aku." Taehyung merengus kasar.

Rimas dengan sikap Jungkook. Dia berdiri mahu melangkah keluar dari bilik latihan. Mood nak berlatih dah terbang.

"Kau ada masalah dengan Himi kan? Sebab tu kau macam ni. Betul tak hyung?" soal Jungkook.

Terhenti langkah Taehyung. Matanya dipejam rapat apabila nama gadis itu disebut.

"Jangan sebut nama perempuan tu lagi!"

"Kenapa tak boleh? Kau cintakan dia kan? Kenapa kau tiba tiba berubah? Kau ingat aku dengan Areum tak tahu apa kau dah buat pada dia? Kau rogol dia, hyung! Manusia jenis apa kau ni?"

"Aku tak pernah cintakan dia! Aku bencikan dia! Sampai mati aku takkan maafkan dia. Aku hanya anggap dia seolah perempuan simpanan untuk lepaskan nafsu aku! Perempuan macam dia tak layak untuk dapat secebis pun cinta aku!" Taehyung menatap tajam wajah Jungkook yang sudah terkedu dengan kata katanya.

"Setelah apa yang Himi dah buat selama ni? Sehingga ke hari ni, dia masih setia ada dengan kau semata nak lindungi kau. Tergamak kau anggap dia macam tu?" jujur Jungkook kecewa dengan lelaki yang berdiri di hadapannya ini.

Wajah beku Taehyung dia tatap lama.

"Aku dah tahu semua pasal omma kau. Areum dah cerita pada aku. For god sake , kau sendiri pun tahu Himi tu siapa. Dia perisik rahsia Brisden. And datuk kau, Pengarah Kim sendiri yang bagi misi ni pada dia untuk lindungi kau. Semua ini bukan salah Himi, tapi salah omma tiri kau sendiri." kata Jungkook.

"Buka lah mata kau dan terima kenyataan. Himi bercakap jujur. Kim Yora memang dalang yang cuba jatuhkan keluarga kau. Aku taknak kau menyesal belakang hari." pesan Jungkook.

Taehyung tersenyum sinis.

"Apa lagi perempuan tu dah hasut kepala otak kau ni Jungkook? Kalau dah anggau dengan Areum sekali pun janganlah sampai bersubahat untuk tipu aku. Aku takkan percaya dengan apa yang korang  cakap. Kalau dah pembunuh, pusing fakta macam mana pun tetap pembunuh."

"Fuck off  Taehyung! Aku dah malas nak cakap dengan kau. Kau menangkanlah ego kau tu sampai kau mampos." Jungkook dengan geram terus melangkah keluar.

Sempat dia tolak bahu Taehyung dengan bahunya tanda tidak puas hati.

Bengang dengan lelaki itu yang masih ego dan keras kepala.




___




"Nah." Himi meletakkan sebuah beg dihadapan Areum.

"Apa benda ni?" Soal Areum dengan kerutan di dahi. Wajah Himi yang beku dia pandang.

"A little piece of shit." balas Himi.

"Eh, orang tanya elok elok dia buat main pula." bebel Areum.

Tangannya pantas membuka zip beg itu untuk melihat isi di dalamnya.

"Yah, apa ni Himi? Mana kau dapat semua duit ni? Kau rompak ke apa. Dah tu kau bagi aku pulak. Aku taknak terlibat dengan jenayah kau." Areum terkejut dengan isi kandungan beg itu yang penuh dengan duit.

Himi rolling matanya ke atas apabila Areum mula merepek yang bukan bukan.

"Aku tak merompak okay. Duit tu semua Koperal Lee yang bagi. Dia kata mungkin kita akan perlukannya nanti. Tapi aku rasa aku tak perlukan duit tu. Jadi, kau ambil lah semua. Aku malas nak simpan." terang Himi.

"Ouh, tapi betul ke kau bagi aku semua ni?"

"Iya. Ambil semua. Gunakan untuk kehidupan baru kau nanti. Tak lama lagi kita kan dah nak bebas dari Brisden."

Sejujurnya Himi memang tidak mahu sentuh langsung duit itu. Dia ada simpanannya sendiri.

Lagipun duit itu adalah dari Brisden dan Himi yakin Pengarah Kim yang minta Koperal Lee beri pada dia.

Himi tidak mahu ada kena mengena lagi dengan Taehyung. Dia bencikan lelaki itu sepenuh hati.

"Kau nak pegi mana?" soal Areum menyentak lamunannya.

Areum pandang Himi atas bawah. Gadis itu berpakaian santai dengan sweater hitam dan jeans serta cap biru tua.

"Nak keluar ambil angin kejap. Lagipun dah lama aku tak keluar berjalan waktu petang." kata Himi sebelum berlalu pergi

"Ouh, hati hati. Jangan balik lambat yaa." pesan Areum sebelum tubuh Himi hilang.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now