"Hyung!" panggil Jungkook saat melihat Taehyung yang sudah berlari cemas mendekati mereka berdua.
"Kook, isteri aku mana?! A..anak aku? Diaorang okay ke?!" Taehyung menyoal dengan cemas.
Bahu Jungkook dicengkam kuat. Dia tidak boleh mengawal diri saat ini.
"Bersabar hyung. Semuanya akan okay. Himi ada dekat dalam. Tadi doktor kata mungkin Himi terpaksa dibedah sebab risau dengan keadaan baby." kata Jungkook. Bahu Taehyung dia tepuk perlahan untuk menenangkan lelaki itu.
Taehyung tolak rambutnya ke belakang. Air mata mula menitis. Sebaik mendapat panggilan dari Jungkook dia terus memecut ke sini.
Nyawanya bagai mahu terbang sebaik mendapat berita itu."Semua ni salah aku. Ka..kalau lah aku tak tinggalkan dia seorang diri. Semua ni takkan jadi." Taehyung raup wajahnya dengan kasar.
Sudah dua kali dia tinggalkan Himi sendiri dan setiap kali itulah benda buruk akan berlaku. Taehyung kesal.
"Jangan cakap macam tu hyung.." Jungkook sebak melihat keadaan Taehyung.
"Siapa suami kepada Puan Kim Himi?"
Soalan itu menyentakkan mereka. Pantas mereka berpaling pada nurse yang baru sahaja keluar.
"Saya suami dia." Taehyung menanti jawapan nurse itu dengan penuh debaran.
"Encik sila turunkan tandatangan pada borang ini. Kami perlukan kebenaran encik untuk melakukan pembedahan ke atas isteri encik dengan segera."
Taehyung tanpa banyak soal terus menurunkan tandatangan.
"Macam mana dengan keadaan isteri dengan anak saya ?" soal Taehyung.
"Keadaan mereka buat masa ini stabil. Doakan lah yang terbaik supaya pembedahan dapat berjalan lancar. Saya minta diri dulu." nurse itu terus berlalu.
"Sabarlah hyung. Kita doakanlah yang terbaik untuk Himi dan baby." pujuk Jungkook.
Taehyung terduduk lemah. Rambutnya diramas perlahan. Dia sangat takut sekiranya perkara buruk terjadi kepada Himi dan anaknya. Dia tidak sanggup kehilangan dua permatanya itu.
Areum hanya diam. Air matanya masih tidak berhenti mengalir. Dia risaukan Himi. Lantas dia pejamkan mata, berdoa supaya semuanya berjalan lancar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Setelah beberapa jam menunggu dengan sabar, akhirnya pintu bilik bedah dikuak dari dalam. Lalu seorang doktor melangkah keluar mendekati mereka bertiga yang masih setia menunggu.
"Encik Taehyung?"
Taehyung yang menunduk terus mengangkat kepala saat namanya dipanggil. Dia bingkas bangun dari duduk. Areum dan Jungkook turut berdiri.
"Macam mana dengan isteri dan anak saya doktor?" soal Taehyung penuh berharap.
"Tahniah. Encik dapat baby boy yang sihat. Sekejap lagi nurse akan bawa encik untuk jumpa dengan baby." kata doktor itu dengan senyuman.
Areum dan Jungkook menghembus nafas lega setelah mendengar khabar itu.
Tapi tidak bagi Taehyung.
"Macam mana dengan isteri saya?" Taehyung memandang lama wajah doktor itu yang sudah berubah.
Dengan senyuman nipis, doktor itu menepuk perlahan bahu Taehyung.
"Kami minta maaf. Kami dah cuba yang terbaik tapi keadaan Puan Himi sangat lemah. Kami hampir kehilangan dia sewaktu pembedahan tadi. Tapi Puan Himi kuat, dia masih dapat bertahan. Cuma buat masa sekarang, dia dalam keadaan koma. Mungkin akan ambil masa untuk pesakit sedar semula."
YOU ARE READING
√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]
ActionPark Himi. Gadis yang tidak percayakan cinta. Jiwanya kasar. Hatinya keras. Menjadi secret agent bagi Brisden memang kemahiran gadis licik ini. Angkara salah faham dan dendam. Park Himi dan Jung Areum, sahabat baiknya ingin menarik diri dari agensi...