Troublemaker

2K 206 1
                                    

Taehyung pov

"Aish....mana ni. Aku yakin benda tu ada dekat sini. Semalam aku nampak Areum simpan." laci kabinet dapur aku buka.

Segala isi di dalamnya aku selerakkan.

"Hyung, lama lagi ke? Ada ke tak benda tu?" Jungkook menyoal dengan cemas.

"Sabarlah. Kau suluh betul betul sikit. Aku tak nampak ni.." aku mengeluh apabila benda yang aku cari tiada dalam laci tu.

Aku membuka laci terakhir. Jungkook menghalakan lampu suluh membantu aku mencari

"Tolonglah ada." tangan aku makin cemas menyelongkar isi laci tersebut.

Keadaan dapur yang gelap mengundang perasaan takut. Sudahlah jam menunjukkan angka 3 pagi.

"Hyung cepatlah sikit! Aku takut Arem terbangun." gesa Jungkook.

"Ah! Dah dapat! " aku menjerit kecil apabila benda yang aku cari ada di dalam laci itu.

Sebuah botol kecil berwarna putih aku tarik keluar. Dengan perlahan, laci aku tutup.

Jungkook hanya diam. Tanpa banyak soal. Tangannya aku tarik dan kami berlari perlahan ke bilik.

"Hyung , apa benda tu? " soal Jungkook selepas dia menutup pintu.

Botol putih kecil yang aku campak di atas katil dia ambil dan belek.

"Pil tidur." aku membalas selamba.

Aku lihat Jungkook tercengang. Riak wajahnya berubah.

"Hey, jangan pandang aku macam tu. Aku tahu mesti kau fikir aku nak buat benda tak elok dengan pil ni kan?"  aku merampas botol putih itu dari tangan Jungkook.

"Habis tu, apa hyung nak buat dengan pill tu?"

"Benda ni akan tolong kita keluar esok. Aku dengar Areum oncall dengan Himi tadi. Mungkin dalam beberapa hari ni, Himi tak balik. So, ni lah peluang kita sementara singa betina tu tak ada kat rumah. " jelasku.

Wajah Jungkook berubah ceria.

"Jadi, kita dapat keluar dari sini dan aku dapat melawat Seokjin hyung?"

"Yup! That's true my boy. Amacam happy tak?" aku tersengih.

Jungkook terus memelukku erat. Aku tersenyum sebelum membalas pelukannya.

Aku tahu dia gembira.

"Jadi apa rancangan hyung? " Jungkook melepaskan pelukan.

Tidak sabar dia menunggu jawapan aku.

"Kita akan buat macam ni ....."



___





"Yuhuuu ,dalam kolam ada berudu,
Areum tengah buat apa tu? " Jungkook menyapa gadis itu dengan ceria.

Berkerut hebat dahi Areum dengan mood Jungkook hari ni. Lelaki itu nampak gembira semacam.

"Awak dah kenapa? Sakit? Tiba tiba berpantun segala." Areum menggeleng perlahan.

Kerja yang tergendala sebentar tadi disambung .  Malas dia nak melayan karenah Jungkook. 

"Err..hehehe. Salah ke kalau aku nak berpantun. Bukan selalu. " Jungkook duduk bersila di hadapan Areum.

Matanya memerhati gadis itu yang kelihatan agak sibuk.

"Saya tengah buat kerja. Pagi esok saya kena hantar laporan ni ke maktab." jelas Himi.

Matanya melekat pada laptop sementara jarinya lincah menaip.

"Jungkook , Areum. Nah air. " Taehyung yang baru tiba dari dapur menghulurkan dua buah mug.

"Ouh thanks hyung. Tahu tahu je orang tengah haus " Jungkook tersengih sambil menyambut huluran Taehyung.

Selepas mendapat isyarat mata dari Taehyung , Jungkook pantas bertindak.

Mug biru ditangannya dia letak dihadapan Areum yang masih sibuk menaip.

"Areum. Ni Taehyung ada buatkan air. Minumlah dulu. Nanti kau sambung lah kerja kau balik." kata Jungkook.

"Ah, terima kasih Taehyung." Tanpa banyak soal Areum terus meneguk rakus air itu.

Dia pun dah haus sebenarnya tapi malas nak bergerak ke dapur .

"Takde hal lah. Setakat air je. Apa lah sangat .." balas Taehyung.

Taehyung memandang Jungkook.

Kedua lelaki itu berbalas senyuman. Rancangan berjalan lancar. Cuma tunggu masa untuk pil itu bertindak ke atas tubuh Areum.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now