Di tengah-tengah pusat bandar, terdapat sebuah akuaria yang terbesar di bandar itu. Setiap hari pasti akan ada beratus hingga ke beribu pelawat datang melihat hidupan-hidupan akuatik di dalamnya kecuali di hari minggu dan pada cuti umum.
Di akuaria inilah terdapatnya berjuta hidupan laut yang diberi kesempatan untuk diteroka dan dikenali oleh berjuta rakyat jelata. Tidak kira dari kecil sehingga dewasa, pasti ia dapat menarik perhatian mereka.
Di dalam akuaria besar ini, dapat dilihat bahawa suasana di dalamnya sungguh gelap dan hanya dipenuhi oleh warna biru gelap dan muda sahaja.
Di setiap penjuru dan lorong di dalam bangunan besar ini, terdapat pelbagai spesis ikan dan hidupan lain di dalamnya. Warna-warni daripada hidupan ini dapat menarik minat pelawat yang datang ke sini.
Semua pelawat yang datang sedang menikmati saat indah mereka di dalam bangunan yang dipenuhi air ini. Malah para pekerja juga ikut menikmati saat mereka melakukan pekerjaan mereka.
Kecuali seorang ini.
Kelihatan dirinya sedang berjalan tanpa hala tuju bersama hoodie di kepalanya dan earphone di telinganya. Irisnya jelas berkilauan warna biru laut persis warna air di dalam setiap akuarium di sekitarnya.
Kadang-kala lelaki ini akan melihat hidupan-hidupan akuatik di dalamnya dan tersenyum. Seolah memahami apa yang dibualkan oleh hidupan akuatik tersebut.
Ais.
Pemuda yang amat dikenali oleh setiap pekerja dan pelawat tetap akuaria ini. Dia cukup terkenal dengan sifat peribadinya yang pendiam dan tidak suka bergaul rapat dengan sesiapa pun. Namun begitu, mereka senang dengan Ais kerana Ais merupakan salah seorang pekerja akuaria ini yang bertanggungjawab walaupun kerjanya hanya menguruskan di bahagian penguin sahaja. Katanya sejuk dan selesa di sana.
"Ais! "
Ais menoleh ke arah sisi kirinya apabila namanya dipanggil. Dan terlihat rakan sekerjanya sedang berjalan menghampirinya.
"Tadi abang kau telefon. Dia kata minta belikan sardin. "
Ais tidak membalas apa-apa melainkan hanya menganggukkan kepalanya. Mulutnya masih terkatup. Mukanya datar. Dan matanya kuyu.
Rakan sekerja Ais hanya mengeluh dan tersenyum geli melihat telatah Ais yang seolah-olah acuh tidak acuh kepadanya.
"Haizz... Kau ni. Suka hatilah. Shift kau ada 30 minit lagi. Kau buatlah apa yang patut sampai waktu shift kau habis. Lagipun semua kerja dah beres. "
Sekali lagi anggukkan yang diberikan oleh Ais. Rakan sekerjanya mengeluh kesal lalu beredar dari situ untuk menyambung kembali tugasannya. Ais berbalik kembali menghadap ke arah akuarium gergasi di hadapannya.
Dalam akuarium yang dipenuhi dengan segala jenis ikan, Ais melihatnya seekor per seekor dengan tenang. Dari saiz yang besar hingga saiz kecil. Dari yang pantas hingga yang perlahan. Dari yang berenang di kawasan air yang tinggi hinggalah kawasan yang dasar.
Dalam Ais sedang memerhatikan setiap ekor ikan tersebut, iris biru oceannya tertacap pada seekor ikan yang sederhana saiznya di dalam tangki besar tersebut. Ikan yang masih kelihatan kecil kerana berada di selit-selit batu karang dan perhiasan akuarium. Ia keseorangan di situ.
Ais menjadi lebih tertarik akan ikan tersebut. Entah kenapa ikan itu tidak dapat mengalihkan perhatiannya dari ikan lain. Mungkin warnanya?
Ya, warna kuning keemasan yang berkilauan.
.
.
.Setelah puas memerhatikan ikan-ikan tersebut. Ais terus beredar dari situ. Dia sambil-sambil itu sedang melihat ke arah layar telefonnya. Ternyata Ais sempat menangkap gambar ikan tadi dan menjadikannya sebagai wallpaper.
YOU ARE READING
Start with Your Tears [✅✔✅]
Fanfiction[COMPLETE] Ais x Fem! Gempa Bermulanya pertembungan antara mereka berdua di sebuah aquaria di pusat bandar, keduanya sedang mengalirkan air mata. Ais menemui Gempa di bahagian hujung dinding akuarium gergasi dan kelihatan Gempa sedang menangis. Ma...