💖💧12💧💖

333 51 21
                                    

Wajah Gempa serta-merta bertukar kemerahan selepas mendengar kata-kata daripada Ais. Dia betul-betul tidak menyangkakan bahawa lelaki yang sedang dia pandang sekarang sedang melamarnya.
"T-tunggu! A-awak betul-betul ke ni?! M-maksud saya... Ini terlalu tiba-tiba! K-kita pun baru je kenal, kan?! "

Gempa tidak dapat menyembunyikan gementar di dalam suaranya. Dia sangat terkejut dan teruja pada masa yang sama. Dia terkejut kerana dia menerima kejutan akan berkahwin dari 2 lelaki yang sama pada satu hari. Dan juga teruja kerana yang kedua ini adalah daripada lelaki yang dia sukai selama ini.

Ais cuba mengekalkan wajah datarnya. Tetapi nampaknya ia tidak berjaya kerana wajahnya juga sama merah dengan wajah Gempa sekarang. Dia sendiri tidak sangka bahawa dia akan berkata sebegitu kepada gadis yang dia sukai walaupun mereka baru sahaja beberapa hari kenal.

"S-saya tak paksa. Cuma... Kalau tentang kenal lama tu saya tak kisah sebenarnya. Sebab.. Kita kan boleh berkenalan selepas kahwin? "

Ais bertanya sambil matanya bersinar memandang ke arah Gempa. Seolah-olah seekor anak beruang kutub yang ingin dibela oleh manusia kesukaannya. Dan Gempa pula rasa seperti mahu sahaja peluk Ais pada waktu itu. Dia sangat sukakan Ais sampai tidak tahu macam mana nak kawal perasaannya sekarang.

"Ais... S-saya... Saya tak tahu! Saya nak! T-tapi saya takut kehidupan saya yang tak sempurna ni akan membuatkan awak bencikan saya! "

"Apa maksud awak untuk saya bencikan awak, Gempa? Saya seronok bersama dengan awak. Walaupun kita tak luangkan masa terlalu lama sebelum ni tapi... Saya tertarik dengan awak. "

Ais melirik ke arah Gempa. Dia tidak tahu macam mana untuk mengungkapkan perasaannya melalui perkataan. Sejujurnya Ais sangat bersyukur dan gembira kerana dia dapat berkenalan dan bersama dengan Gempa. Tapi kalau gadis itu tidak menyukainya, macam mana lagi dia nak buat?

"Gempa... Do you hate me? "

"N-no! "

Pantas Gempa menggeleng bagi menidakkan apa yang sedang terlintas langsung oleh Ais. Dia tak nak lelaki di hadapannya itu kecewa kerananya. Kerana sejujurnya Gempa juga mencintai Ais. Tetapi ada sebab kenapa dia terpaksa berdolak-dalih.

"Ais... Tentang ni saya-"

"What you want to talk about, Geum? "

Tiba-tiba sahaja kata-kata Gempa dipotong oleh suara garau milik seseorang. Pantas Ais dan Gempa menoleh untuk melihat empunya suara tersebut.

Betapa terkedunya Gempa tatkala dia melihat wajah serius ibubapanya yang kini sedang berdiri tidak jauh dari dia dan Ais. Ayahnya berpeluk tubuh sambil merenung tajam ke arahnya manakala ibunya di sebelah pula memandang dengan wajah yang serius.

Di belakang kedua ibubapa Gempa, kelihatan Blaze dan Ochobot sedang menghampiri mereka berempat. Jelas terpancar wajah kerisauan daripada 2 lelaki itu ke atas Gempa dan Ais. Manakan tidak? Masing-masing saling rapat dan dekat antara satu sama lain. Sudah tentu mereka risau kalau Ais ataupun Gempa akan diapa-apakan oleh pasangan yang tampak berkuasa ini!

"You. "

Ibu Gempa menuding ke arah Ais. Ibarat seorang raja yang sedang murka ke atas rakyatnya, wajah wanita itu kelihatan begitu serius dan tajam sekali merenung ke arah Ais.

"What are you doing to my daughter?"

"Mother, he is-"

"I'm not talking to you, Geum Charles! "

Pantas mulut Gempa dikunci rapat apabila dia ditengking oleh ibunya. Wajah gadis itu menunduk menghadap ke tanah yang dipenuhi dengan rumput-rumput yang dijadikan sebagai hiasan.

Start with Your Tears [✅✔✅]Where stories live. Discover now