"Saya dah balik. Abang?"
Gempa melilau mencari kelibat abangnya yang seingatnya pagi tadi abangnya itu sudah bangun. Gempa berjalan menelusuri kawasan ruang tamu rumah banglonya sambil melilau melihat kawasan sekitar ruang tamu tersebut.
"Abang? Abang kat mana? "
Gempa memanggil abangnya sambil terus mencari. Perasaan risau mula menerpa dirinya di saat dia masih tidak menemui kelibat abang kandungnya itu.
"Geum? "
Terdengar suara serak basah seorang lelaki menerpa indra pendengaran Gempa. Dengan pantas gadis itu menoleh untuk menemui pemilik asal suara itu dan dia dapati seorang lelaki dewasa yang sedang duduk di atas kerusi roda sedang memandangnya risau. Helaan nafas dilepaskan oleh Gempa. Betapa leganya dia apabila dapat melihat wajah abangnya itu.
Gempa segera menghampiri abang kandungnya dan duduk berlutut di hadapan abangnya itu sambil menggenggam erat tangannya.
"Abang Ocho pergi mana? Tadi adik panggil tak menyahut pun? "
"Abang pergi laman belakang rumah tadi. Saja ambil angin. "
"Oohh... Abang dah makan? "
"Belum. Abang nak tunggu adik abang sorang ni. Nak makan sama-sama. "
Gempa memandang ke arah abangnya yang bernama Ochobot itu. Terharu rasanya apabila dia mendengarkan bahawa abangnya itu sanggup menunggu dirinya pulang semata-mata ingin makan bersamanya.
Namun, pada masa yang sama dia juga agak risau akan abangnya. Bagaimana abangnya boleh menahan lapar sedangkan waktu dia keluar sangat lama.
Bukan kerana Gempa tidak menghidangkan makanan. Gempa malah sudah masak pelbagai hidangan untuk abangnya itu dan diletakkan dj tempat yang sesuai untuk abangnya ambil. Air minuman juga sudah dibuat dan diisi ke dalam botol khas dan diletakkan di dalam peti sejuk. Segala peralatan elektrik untuk memanaskan lauk-pauk juga diletakkan pada kadar ketinggian yang rendah semata-mata ingin memudahkan abangnya memasak atau memanaskan lauk.
Tetapi apabila mendengar abangnya sanggup menunggu dirinya, rasa serba salah menerpa diri Gempa.
"Abang ni... Tak payah lah tunggu Geum. Kesian abang lapar. "
"Takpelah. Lagipun abang sunyi makan sorang-sorang. "
"Haih... Hari tu Geum nak upah orang gaji abang tak nak! "
"Bukan tak nak. Abang nak rasai kasih sayang adik abang sorang je. Bila lagi boleh bermanja dengan adik sendiri? Nanti bila kamu dah kahwin, siapa nak jaga abang dah? "
Gempa memuncungkan bibirnya tanda geram dengan kata-kata Ochobot. Dirinya cukup anti apabila mendengar perkataan 'kahwin'. Bukan kerana dia menolak sekeras-kerasnya daripada bernikah. Tetapi Gempa ingin fokus pada kariernya dan yang paling penting kepada abangnya. Dia mahu menjaga Ochobot selama mana yang dia mampu kerana baginya, Ochobot adalah satu-satunya keluarga yang dia ada.
"Abang ni... Jangan cakap macam tu. Geum tak suka tau kalau abang nak Geum kahwin. "
"Kenapa tak suka pula? Kamu kan wanita berkerjaya? Bukan tu je, dah lah lawyer, lepastu cantik dan sopan pula tu. Haih, kalau abang ni bukan abang kamu, dah lama abang kahwin dengan kamu tau! "
"Hahaha! Abang ni pelik-pelik lah! Tapi kalau betul lah, kan. Geum ok je! Sebab Geum suka dengan iris abang tu! "
Gempa tersenyum manis sambil menunjukkan ke arah iris milik abangnya. Sepasang iris biru neon yang bersinar dan cantik sekali.
"Kenapa pula? "
Ochobot memandang adiknya sambil berkerut kening.
"Sebab iris abang cantik! Geum suka warna iris yang biru macam ni. Tak kisahlah macam mana pun asalkan biru! Sebab warna biru tu buatkan Geum tenang je. Rasa macam hanyut dalam lautan yang sangat cantik! "

YOU ARE READING
Start with Your Tears [✅✔✅]
Fanfic[COMPLETE] Ais x Fem! Gempa Bermulanya pertembungan antara mereka berdua di sebuah aquaria di pusat bandar, keduanya sedang mengalirkan air mata. Ais menemui Gempa di bahagian hujung dinding akuarium gergasi dan kelihatan Gempa sedang menangis. Ma...