💖💧2💧💖

939 86 8
                                    

Mata sayu Ais berkelip-kelip memandang ke arah gadis itu. Gadis itu juga memberikan pandangan yang terkejut dan kaku. Walaupun dirinya tidak kedengaran isakannya, namun aliran air matanya masih mengalir. Dan hal itu terus disedari oleh gadis itu lalu dia pun terus mengelap air matanya. Ais yang memandang hanya diam sahaja.

"M-maaf, encik. S-saya minta izin beredar dahulu... "

Dengan tergesa-gesa gadis itu bangun dari posisi duduk mencangkungnya dan membetulkan keadaan bajunya serta beg tangannya. Surai rambut panjangnya diselak ke tepi telinga lalu dia pun berjalan dan terus beredar.

Ais memandang sahaja pemergian gadis itu dengan wajahnya yang datar. Fikirannya mula teringatkan peristiwa tadi. Dan tiba-tiba dia teringatkan dirinya yang terpandang ke arah iris gadis tadi.

Kuning keemasan.

"Cantik... "

Monolog Ais dalam diam. Dan seketika kemudian senyuman pun terukir di wajahnya.

"Semoga kita bertemu lagi, ya? "

.
.
.

"Fwaaahh~…"

Ais menutup mulutnya yang sedang menguap lebar menggunakan tapak tangannya sendiri. Dia sedang berjalan menuju ke sebuah bilik yang tertulis, 'Staff Only' lalu dia pun menolak pintu tersebut dan masukinya. Dari dalam ruang bilik itu, terdapat beberapa buah loker dan 2 buah bangku panjang yang diatasnya terdapat beberapa buah beg pakaian.

Ais melangkah maju ke arah kawasan loker lalu dia berhenti di hadapan sebuah loker berwarna biru suram yang tertulis namanya di situ. Arjuna Ais.

"Huuhh... Keknya aku makin senang sama namaku sendiri. Yah, walaupun nama Ais itu seperti terlalu dingin buatku. "

Ais menggaru-garu wajahnya tidak gatal sambil menatap loker yang tertulis namanya itu. Ais sama sekali tidak terlalu mempersoalkan namanya kerana dia tahu bahawa keturunannya adalah campuran darah Pakistan dan Indonesia. Tambahan pula dia sudah biasa dengan bahasa natif nya sendiri iaitu bahasa Indonesia. Jadi tidak hairanlah jika dalam sesetengah waktu dia akan terkeluar sendiri bahasa Indonesia. Atau mungkin lebih parah dia sengaja bercakap dengan bahasa Pakistan.

Ais tidak membuang terlalu banyak masa untuk berkemas kerana waktu shiftnya di aquaria itu telahpun tamat. Dia mengemas beg pakaiannya atau lebih tepat beg kerjanya lalu dia pun memikulnya di belakang. Baju yang berhoodie dipakainya lalu hodiee itu disarung ke atas kepalanya. Setelah memastikan segalanya sudah cukup dan sempurna, barulah Ais melangkah keluar dari bilik tersebut dan tidak lupa untuk menguncinya.

Ais berjalan menelusuri kawasan belakang tangki akuarium gergasi untuk menuju ke pintu belakang bangunan besar tersebut. Walaupun gelap dan sunyi, namun ia bukan satu masalah besar bagi Ais kerana dia memang sukakan suasana sebegitu. Tambahan pula ia disinari dengan cahaya akuarium yang berwarna biru laut yang cukup terang untuk menyuluh jalannya. Dan ditambah pula dengan suhu kawasan itu cukup sejuk kerana pendingin hawa yang bertaraf tinggi untuk menyejukkan ruang tersebut.

"Sstt... Andai bisa suatu hari nanti aku bisa tidur di sini... "

Ais tersenyum sendirian kerana membayangkan keadaannya yang dapat tidur dengan nyenyak sekali di ruang yang sunyi dan gelap itu namun amat bersih. Sekali dua sebelum ini dia pernah lakukan apa yang difikirkannya itu namun dengan mudah dia ditangkap basah kerana di kawasan itu juga lengkap dengan CCTV, siren dan alat canggih yang mengawal sekuriti kawasan tersebut. Takut-takut terjadinya sesuatu yang tidak diingini, sudah tentu sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya lebih baik.

Start with Your Tears [✅✔✅]Where stories live. Discover now