Mata Gempa dan Ais saling bertemu antara satu sama lain. Tiada yang keluar dari mulut mereka melainkan hanya saling melihat wajah masing-masing sahaja.
"Oh, that is not him. "
Gempa terus menoleh ke arah maknya semula. Dia juga ikut terkejut mendengar apa yang mak dia katakan. Bukan Ais? Jadi Ais bukan calonnya? Jadi siapa?
"Aahh!! Sorry because I'm late, aunty! "
Gempa menoleh semula ke arah tempat Sis berada. Dan tidak lama selepas itu, muncuk pula Blaze di sebelah Ais. Wajahnya penuh dengan peluh dan nafasnya begitu tercungap-cungap sekali. Seperti baru selesai lari marathon 3 kilometer pula.
"Oh my god! Blaze?! "
Gempa dapat mendengar suara teruja abangnya dari belakang. Dia tahu abangnya pasti sedang tersenyum kegembiraan.
"So, you know him too, Ochobot? "
"Of course! Mom, this is superstar! Dad, he also my favourite artist! "
"That's good to hear then. "
Tidak. Tidak sama sekali! Gempa sama sekali tidak suka dalam mengetahuinya. Macam mana semua ini boleh terjadi? Kenapa dalam banyak-banyak orang dia harus dijodohkan dengan orang yang ada kaitan dengan Ais? Dan ia pula berlaku betul-betul di depan Ais!
Gempa sudah mula takut akan apa yang bakal difikirkan oleh Ais. Adakah Ais akan membencinya? Adakah Ais sudah tidak mahu berkawan dengannya.
"Come here, Blaze. Let's have a talk together. Ask you friend to come and join us too! "
"Sure! Jom, Ais! "
Belum sempat Ais berbuat apa-apa, dia pun sudah ditarik oleh Blaze dan mengekorinya dengan paksa untuk mendekati keluarga Gempa. Hati Ais sudah pun terasa sakit hanya dengan mula membayangkan apa yang bakal berlaku seterusnya.
.
.
."So, Geum. This is Blaze. And I bet you already know him, right? He is the top idol here! "
"Hi, Geum! It is very pleasure to meet you! "
"Ah, kamu tak perlu bercakap bahasa Inggeris. Saya boleh faham bahasa Melayu."
"Oh? Baguslah! Saya ni sebenarnya bukannya pandai sangat speaking. Hahaha!"
"....dan mak ayah saya juga faham. "
"...."
Terdiam Blaze jadinya. Dia tak tahu adakah dia ada tersalah cakap tapi dia memang dapat rasa bahawa dia patut malu sekarang.
"Umm... Sorry... "
"It's ok, Blaze. Lagipun kami mahu kamu terbiasa dengan keluarga kami. "
"Betul tu. Supaya nanti senang Blaze boleh suaikan diri di sini tak lama lagi, kan? "
Senyuman Blaze tiba-tiba pudar. Wajahnya pula yang berkerut. Tunggu, adakah dia ada terlepas sesuatu yang penting?
"Tunggu... Apa maksud aunty dan uncle? "
"Oh, your parents did not tell you, dear? Kami mahu jodohkan kamu dengan anak perempuan kami. Geum. "
"It is a little bit cliche but we know it is the best for both of you. "
Wajah Blaze mula menegang. Dia ingat lagi bahawa ibubapanya ada menelefonnya untuk segera pulang dan memberitahu sesuatu. Yang melibatkan hal kekeluargaan sudah tentunya. Tapi selepas itu ibubapanya menyuruhnya untuk ke rumah kawan mereka yang mana iaitu adalah ibubapa Gempa. Blaze tidak bertanya banyak dan hanya akur tetapi dia tersilap kerana dia tidak bertanya terlebih dahulu tentang sebab kenapa dia perlu ke sana.

YOU ARE READING
Start with Your Tears [✅✔✅]
Fanfic[COMPLETE] Ais x Fem! Gempa Bermulanya pertembungan antara mereka berdua di sebuah aquaria di pusat bandar, keduanya sedang mengalirkan air mata. Ais menemui Gempa di bahagian hujung dinding akuarium gergasi dan kelihatan Gempa sedang menangis. Ma...