💖💧8💧💖

474 57 30
                                    

Ais memandang pasangan tadi dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Dia melihat setiap pergerakan yang mereka lakukan, mendengar setiap apa yang mereka berdua bicarakan dan mengingat apa yang sedang terjadi di hadapannya.

Hati Ais sakit.

Rahang Ais mula menegang. Dia dapat merasakan bahawa ada yang tidak kena dengan hubungan antara Gempa dengan lelaki itu dan dia mahu bertanya akannya. Tetapi seketika kemudian Ais tersedar. Siapakah dia untuk bertanya akan hal itu? Lagipun dia dan Gempa tidak mempunyai hubungan apa-apa dan ditambah pula dia baru sahaja mengenali Gempa untuk beberapa hari. Jadi dia tidak boleh sesuka hati untuk bertanya akan hal itu pada gadis itu. Dia tidak mahu hubungannya antara Gempa akan berakhir begitu sahaja.

"Weyh, Ais! Kau dah kenapa termenung seorang diri tu? "

Blaze tiba-tiba menepuk bahu Ais yang membuatkan lelaki itu terkejut. Ais segera menoleh ke arah kawannya dengan pandangan yang terkejut.

"Kau pahal weyh, Ais? Macam nampak Solar je aku tengok. "

"Uuhh... Tak. Takde apa. Kau dah jumpa meja? "

"Sejak tadi lagi weyh! Aku dah siap pesan makanan dah! Kau je belum lagi. Cepat lah! Aku dah kebulur macam orang koma 3 tahun dah ni! "

Ais hanya mengangguk akur sambil mengekori Blaze dari belakang sebaik sahaja kawannya itu beredar. Namun Ais masih lagi sempat untuk menjeling ke belakang untuk melihat Gempa bersama lelaki tadi buat kali terakhir. Dia dapat melihat Gempa sedang menyuap lelaki itu dengan senyuman yang manis di bibirnya sama seperti Ais selalu tengok. Dan lelaki tadi pula menawarkan minumannya kepada Gempa yang mana gadis itu meminumnya dengan senang hati.

Ais terus memalingkan wajahnya. Dia dapat merasakan hatinya dikoyak dan dicarik dengan teruk sekali selepas melihat apa yang terjadi di depan matanya tadi. Jari-jemarinya terasa seperti kesejukan dan kakinya bergetar hebat. Dia rasa seperti mahu menjerit dan melambung kesemua barang yang ada di sekelilingnya tetapi dia tidak berani.

Wajah Ais berkerut. Dia tertanya akan dirinya. Kenapa dengan hatinya? Apa perasaan yang sedang dirasai olehnya sekarang? Kenapa perasaan ini muncul? Apa reaksi Ais sekarang? Begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran lelaki itu tetapi Ais memutuskan untuk diam sahaja. Dia tidak mahu mengganggu hubungan mesra Gempa dengan 'lelaki' itu. Oh, Ais. Seandainya kau tahu siapa lelaki itu.

.
.
.

Ais termenung ke arah makanannya yang masih berasap itu. Dia mengabaikan Blaze yang duduk di hadapannya sedang makan dengan lahap sekali. Memang betul macam orang kebulur 3 tahun.

"Weyh, Ais? Apahal kau tak makan-makan lagi tu? Makanan cina tu weyh! Kau jangan Ais! Kau dapat makan dengan aku pulak! Artis terkenal dunia! Kau tak nak hargai ke?"

Blaze bertanya diselang kerutan di wajahnya. Hairan pula dia tengok kawannya seorang itu duduk diam sahaja sambil melihat ke arah makanannya. Diet ke apa?

"Tak... Aku cuma rasa... Takde selera lah. "

"Pffttt--!!! "

Habis terkeluar segala isi yang di dalam mulut Blaze saat dia menikmati ice lemondenya tadi sebaik sahaja dia mendengar kata-kata kawannya itu. Blaze mengelap mulutnya dengan tangannya sambil menatap Ais dengan pandangan menakutkan.

"Kau dah kenapa, Blaze? Ada tak kena ke?"

"Tak! K-kau cakap apa tadi? "

Blaze bertanya sambil meminum kembali ice lemonadenya. Dia yakin. Ya, dia yakin bahawa tadi dia tersalah dengar. Dan dia meminum airnya seolah-olah ingin menenangkan dirinya itu.

Start with Your Tears [✅✔✅]Where stories live. Discover now