Penyebab/ Punca Kemurungan

2.1K 118 24
                                    


Antara punca2 kemurungan ialah;

• Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia
(Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) 

Neurotransmitter Serotonin ialah utusan kimia ke sel saraf.

Neropinephine ialah adalah serupa dengan adrenalin.  Ia berfungsi dengan mengatasi (menyempitkan) saluran darah dan meningkatkan tekanan darah dan kadar glukosa darah (gula).  Norepinephrine digunakan untuk merawat tekanan darah yang rendah (hipotensi) yang boleh berlaku dengan keadaan perubatan tertentu atau prosedur pembedahan.


• Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya 

• Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial

 • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan.
Walaubagaimanapun,ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan 

• Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan

 • Corak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan.
Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri,kehidupan dan dunia keseluruhannya. 

• Stressor :stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal. 

• Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak,menghidapi penyakit serius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut. 

• Kehilangan orang yang disayangi

• Baru melahirkan anak

Tentang Kemurungan [DEPRESSION]Where stories live. Discover now