Tabiat mereka yg menyembunyikan kemurungan

912 76 26
                                    


Ada antara yg menghadapi kemurungan ni bertindak menyembunyikan kemurungan mereka kerana mereka menganggap ;

- ianya perkara leceh utk diberitahu

- takut menyusahkan org lain

Tabiat mereka yg menyembunyikan kemurungan

1. Overthinking (Berfikir keterlaluan)
Orang yang mengalami kemurungan tidak dapat mengawal cara mereka berfikir. Mereka akan terbawa2 dengan emosi dan pemikiran yang negatif. Bagi mereka mereka cuma berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tapi sebaliknya semakin banyak mereka berfikir, mereka akan menjadi pelupa.

2. Obses utk memenangi hati org lain
Mereka yg mempunyai kemurungan mempunyai gerak hati yang mengatakan;
"Aku tidak normal"
"Mereka tak akan berkawan dengan aku"
Maka mereka akan melakukan sedaya upaya mereka untuk memastikan mereka sentiasa ditemani. Biasanya dengan org yg sudah sedia ada rapat, dia akan menjadi lebih rapat.

3. Tabiat makan abnormal
Berat badan naik turun secara mendadak. Samada mereka makan terlalu banyak atau tidak makan langsung.

4. Tabiat tidur abnormal
Sukar tidur atau terlebih tidur daripada waktu sepatutnya.

5. Selalu menyembunyikan perasaan sebenar
Mereka yg mempunyai kemurungan selalu menyembunyikan perassan sebenar mereka. Mereka kerap menunjukkan sisi yang girang dan ceria tetapi sebaliknya sebenarnya dia sedang terseksa dengan kesedihan.

6. Selalu hilang tiba2
Samada mereka enggan keluar rumah/bilik mereka langsung atau keluar tanpa pengetahuan sesiapa tanpa arah tuju.



Sekiranya kalian menjumpai tabiat pelik ini dikalangan org yang dikenali, tanya khabar mereka dan bantulah sebanyak mana yg kamu mampu.

Tentang Kemurungan [DEPRESSION]Where stories live. Discover now