Simptom Memalukan Yang Tak Ramai Cakap

744 57 2
                                    


Terdapat banyak simptom Kemurungan yang diketahui namun tak ramai tahu apakah yg difikir boleh mereka apabila menghadapi simptom ini.

Berikut ialah simptom memalukan yg jarang penghidap kemurungan jelaskan:


1. Tak mandi

"Perkara yang paling saya suka buat ialah mandi. Tapi kerana kemurungan saya, saya tak mampu lakukannya dengan baik sebagaimana saya sihat."

2. Minda Kabur
"Walaupun semua org tau saya mempunyai kemurungan, mereka masih belum faham kenapa saya selalu terlupa.  Saya bukan sengaja melupainya. Saya sudah tak mampu ingat dengan baik lagi.."

3. Kesunyian
"Perkara yang paling teruk ialah tidak mempunyai rakan atau tidak mempunyai sesiapa yg dapat menyokong dan dapat memahami sepenuhnya bagaimana sebenarnya yang akan berlaku sekiranya kemurungan saya berterusan."

4. Rosakkan plan
"Saya betul-betul tak berguna. Kerana terlalu letih (tanpa sebab kukuh), kurang keyakinan, takut dan dan overthinking yang saya rasakan, menyebabkan rancangan yang dirancang gagal dilaksanakan."

5. Perubahan Berat Badan
"Semakin saya depress, semakin ketara perubahan berat saya. Kadangkala saya naik 10kg atau turun 8kg hanya dalam masa sehari. Ianya amat dashyat.."

6. Hilang keinginan sex
"Sejak saya depress, saya tak mampu melunaskan keinginan batin walaupun untuk diri saya sendiri, hal ini menyebabkan pasangan saya tinggalkan saya.. "

7. Tak mampu bekerja sepenuh masa
"Walaupun ketika melakukan kerja, saya tiada motivasi untuk meneruskan kerja saya. Ia menjadi lebih teruk dengan masalah overthinking dan anxiety. Jadi saya tidak mampu melakukannya dan saya amat bencikan hal ini."

8. Pemisahan
"Ada beberapa kali saya akan berhenti bercakap secara tiba-tiba dan saya rasakan seolah-olah roh saya mula keluar dari badan"

9. Kurang Penjagaan Kebersihan Gigi
"Semakin lama saya depress, semakin jarang saya berus gigi. Ianya memalukan sekiranya orang lain tahu"

10. Terlalu emotional
"Saya selalu terlampau beremosi atau tiada emosi langsung. Tak pernah berlaku keadaan antara 2 emosi tu"

11. Jarang bersih
"Saya tiada motivasi untuk bersihkan diri, apatah lagi bersihkan rumah. Memalukan jika kawan2 dan keluarga datang ziarah."

12. Rasa penat sentiasa
"Saya sudah tidur 8-14 jam sehari. Tapi masih lagi rasa letih"

13. Kurang keyakinan diri
"Saya sentiasa perlukan jaminan utk melakukan sesuatu perkara"

14. Tidak tahu bila akan menangis
"Kadang2 ramai yang tidak selesa dan menyampah kerana saya akan menangis secara tiba2 walaupun dalam suasana ceria."


Aren't that relatable for u, depressed friends?

Tentang Kemurungan [DEPRESSION]Where stories live. Discover now