Kisah Seorang Penghidap Kemurungan 2

678 48 7
                                    


Harapkan pegar, pegar makan padi

Peristiwa ni sangat sesuai dengan kes yang berlaku ni. Apabila kita menaruh kepercayaan kepada seseorang untuk berkongsi masalah tapi dikhianati.

Ini yang berlaku kepada seorang gadis yang kini berusia 17 tahun. Hanya ingin dikenali sebagai Ayu (Bukan nama sebenar)

Kesnya berlaku pada tahun yg lalu iaitu pada waktu umurnya 16 tahun. Dia disahkan menghidap kemurungan.

Simptomnya sudah ada sejak dia tingkatan satu. Namun x menyangka keadaannya semakin teruk dia terpaksa mengamalkan ubat-ubatan.

Namun pada tahun yg sama, Ayu membuat cubaan untuk membunuh diri sehingga badannya berparut akibat luka. Ayu semakin bimbang dan akhirnya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan guru kaunselor di sekolahnya.

Ayu menceritakan segalanya kepada guru kaunselor. Bermula daripada simptom sejak tingkatan 1 sehingga cubaan membunuh diri serta turut menunjukkan kesan luka hasil cubaan bunuh dirinya.

Namun malangnya guru kaunselor tu mengkhianati amanah yg diberi dan mula menjaja cerita tentang Ayu kepada semua guru dan staf di sekolahnya.

Episod hitam Ayu berlaku apabila ustazah yang mengajar agama di kelas Ayu memanggil Ayu di hadapan kelas dan memaksa Ayu mengaku yang dia pernah buat cubaan bunuh diri pada semua kawan-kawan sekelasnya.

Rakan-rakan sekelas Ayu semuanya terpinga-pinga kerana mereka langsung tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mereka semua bingung.

Ayu terpaksa mengaku di hadapan rakan2 sekelasnya. Dia cuba menahan diri untuk menangis tapi suaranya sudah serak dan matanya mula bergenang.

Selepas Ayu mengaku, ustazahnya menuduh Ayu tidak solat dan lemah iman selain memberitahu satu kelas bahawa Ayu wajib membuat solat taubat.

Selepas ustazah itu keluar daripada kelas, rakan2 sekelasnya turut keluar kerana kelas seterusnya perlu pergi ke makmal. Namun Ayu tidak pergi. Ayu terduduk di tempat yang sama, menangis teresak-esak.

Sejak hari itu, semua orang memandang serong kepada Ayu. Mereka mengatakan Ayu lemah iman, malah ada yang mengatakan Ayu bakal ahli neraka.

Keadaan Ayu semakin teruk. Menyebabkan dia perlu lebih kerap mengambil ubat dan kadang-kadang ponteng kelas sebab dia mula mempunyai simptom anxiety disorder akibat perbuatan guru kaunselornya yang menjaja ceritanya.

Kemurungan Ayu asalnya daripada masalah keluarga dan persekitarannya sendiri selain mempunyai masalah belajar dan bergaul. Namun keadaannya semakin lama semakin teruk dek kecaman rakan-rakan dan guru.

Akhirnya Ayu mengambil keputusan untuk berpindah sekolah kerana tidak tahan dengan kecaman tanpa henti.

Mereka sepatutnya membantu Ayu, bukan mencaci Ayu.

Alhamdulillah, kini Ayu semakin pulih dan dia hanya memerlukan ubat untuk kecemasan sahaja.

Tentang Kemurungan [DEPRESSION]Where stories live. Discover now