Kisah Seorang Penghidap Kemurungan

2.7K 84 53
                                    

Cr : Azzeeda Azleen Adnan


Triggered Warning!

DEPRESI BUKAN GILA

Hai. Aku seorang survival mental illness. Aku penghidap MAJOR DEPRESSION DISORDER (MDD) atau dalam bahasa kita mudah fahami iaitu KEMURUNGAN. Aku masih lagi dalam pemantauan dan menerima rawatan pakar psikiatri, pakar rehabilitasi dan pakar kaunseling. Masih bergantung pada ubat ESCITALOPRAM setiap malam untuk kurangkan mood sedih dalam diri. Masa awal awal doktor bagi ubat SENTRALINE tapi tak memberi kesan apa apa jadi doktor tukar kepada ubat yang dos tinggi sikit untuk membantu aku. Boleh dikatakan fighter jugak lah. Fight dengan mental dan emosi sendiri. Orang lain berperang dengan senjata. Aku berperang dengan diri sendiri untuk sihat macam orang lain.

Aku tak malu nak mengaku yang aku pesakit mental. Sebab sakit mental tak semestinya gila. Penyakit mental ni meluas dan banyak jenis. Stress pun boleh dikategorikan sakit mental. Niat aku sebenarnya just nak share dan sedikit sebanyak dapat membantu membuka mata dan minda masyarakat kita ni. Pada yang tak suka jangan teruskan membaca. Dan pada yang nak tambah sedikit ilmu berkaitan dengan DEPRESSION boleh teruskan membaca. Memang panjang posting aku ni. Tapi aku janji memang berbaloi kalau korang baca sampai habis. Aku ni tak banyak sangat ilmu berkaitan DEPRESSION ni tapi aku boleh cerita dari pengalaman aku sendiri. Maaf kalau ada tersalah cakap, terkasar bahasa dan tersalah info.

Penghidap MDD ni sebenarnya tak semuanya sama. Berbeza situasi, keadaan dan cara menghadapinya. Dan DEPRESI BUKAN GILA! Mentaliti orang kita selalu beranggapan kalau dah sampai jumpa PAKAR PSIKIATRIK atau orang cakap PAKAR SAKIT JIWA ni mesti orang anggap dah gila. BUKAN! Depression ni sebenarnya dia lebih kepada MOOD DISORDER. Maksudnya mood sedih akan datang secara tiba tiba tanpa sebab. Masa tu kau rasa hopeless and lifeless. Kau rasa hidup kau tak berguna. Takde orang yang sayang kau dan kau rasa tak berbaloi untuk hidup kat dunia lagi. DEPRESSION BOLEH DATANG BILA BILA MASA JE. Bayangkan kau tengah happy dengan kawan kau tengah gelak gelak, then mood sedih kau datang dengan tiba tiba dan masa tuu kau rasa sunyi sangat. Padahal kawan kawan kau ada kat sekeliling kau masa tu. Itu yang aku boleh gambarkan kepada anda semua.

Sebenarnya aku hidap MDD ni dari kecil lagi. Disebabkan dulu info berkaitan "mental illness" tak meluas macam sekarang. Lebih kurang dekat 20 tahun aku hadap sorang sorang. Bayangkanlah kecik lagi taktao apa pon pasal ni. Masa sekolah lah impak sangat teruk bila selalu kena body shaming dengan budak budak lelaki. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai laa ke kolej. Tahun ni lagi berapa hari birthday aku cukup 25 tahun baru officially diagnosed MDD oleh pakar. Macam mana aku tahu? Sini aku cerita satu persatu. Aku sendiri yang serah diri ke hospital sebab aku rasa aku teruk sangat dah. Sebelum ni memang aku asyik rasa sedih dan menangis berkurung dalam bilik. Aku lebih suka bersendirian dari berjumpa dengan orang. Satu hari aku scroll fb ada orang share cara untuk check kesihatan mental kita. Aku pon tekan link UJIAN SARINGAN KESIHATAN MENTAL atau bahasa scientifiknya DEPRESSION ANXIETY STRESS SCALE (DASS) (boleh rujuk link kat bawah). Jadi keputusan ujian tuu sangat sangat teruk. 2 3 kali jugak aku try and yes sangat sangat teruk. Aku bincang dengan membe baik aku. Dan dia suggestkan aku pergi check. Dan tak semudah itu ya untuk terus jumpa pakar. Dia ada step by step sebelum jumpa pakar.

Kita kena refer ke klinik kesihatan dulu. 24/1 aku jumpa dengan doktor cerita dekat dia apa yang hang rasa, apa yang hang fikir. So aku tunjuk result ujian online aku tu. Doktor suruh aku buat lagi ujian tu. Kali ni jawab dalam kertas pulak. Nervous dia tuu macam nak jawab spm nuhhh. So lagi sekali memang result sangat teruk. Doktor cakap lepas seminggu datang balik untuk buat ujian tuu lagi nak tengok ada perubahan tak. Aku angguk je. Lepas tu doktor tanya apa yang aku rasa sekarang (time tu laa) then aku just cakap "saya nak mati". Doktor tu terus call bahagian pakar psikiatri untuk refer aku ke sana. So esok tu aku p ambek appointment untuk jumpa dengan pakar. 21/2 tarikh aku jumpa pakar psikiatri. Takut tu tak payah cakap lah. Masa tuu macam macam dalam kepala otak ni. Aku fikir yang aku ni dah gila. Yelaa first time jumpa doktor pakar sakit jiwa kot. Masa tuu aku fikir apa pandangan orang sekeliling terhadap aku. Tapi disebabkan aku nak sihat punya pasal, aku beranikan diri jugak. So haritulah aku disahkan penghidap MDD.

Tentang Kemurungan [DEPRESSION]Where stories live. Discover now