Salah faham tentang kemurungan

973 75 7
                                    


Antara mitos2 dan salah faham tentang kemurungan ialah;

• Ianya tidak boleh dirawat

Kemurungan ni boleh dirawat. Ada cara dia nak rawat. Seperti yg telah dinyatakan sebelum ni. Tiada penyakit yang tiada penawar kecuali mati.


• Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya

Ia salah sama sekali. Kemurungan sekiranya tak dirawat dan dicegah lebih awal akan menyebabkan kesan lebih buruk. Kemurungan pun antara punca kematian yg tinggi. Jangan pandang remeh.


• Ianya sesuatu yang memalukan

Kemurungan bukan satu penyakit 'pilihan'. Jangan malu untuk membuat rawatan.

• Ianya petunjuk seorang yang mempunyai karakter yang lemah.

Sedangkan Nabi yang maksum pun pernah mengalami kemurungan selepas kematian Sayidatina Khadijah R.A dan bapa saudaranya Abu Talib. Apatah lagi kita manusia biasa. Kemurungan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Tentang Kemurungan [DEPRESSION]Where stories live. Discover now