Bab 1

436 2 0
                                    

"Bukan saya yang buat tu." Ruzana Razali, gadis yang berusia 23 tahun itu sedang membela dirinya. Dia dituduh mencuri duit restoran tempat dia bekerja.

"Saya tak kira. Ini gaji kamu. Esok tak payah datang kerja lagi." Tegas sungguh nada suara Encik Am, pengurus restoran tersebut.

"Tolonglah Encik Am. Percayalah cakap saya." Zana masih cuba memujuk untuk benarkan dia kerja di situ lagi. Dia cuba meraih simpati berulang kali.

"Tak faham bahasa melayu ke? Saya taknak dengar apa-apa alasan lagi." Encik Am berlalu tinggalkan Zana yang masih berdiri seorang diri di situ tanpa menoleh langsung ke belakang.

Duit di atas meja diambil dan disimpan di dalam kocek seluarnya. Dengan berat hati dia melangkah keluar dari restoran tersebut. Rasa hiba dan sedih menyelinap masuk ke dalam hatinya. Nasiblah air mata masih dapat ditahan dari mengalir keluar.

Zana tahu kenapa tiba-tiba Encik Am berubah sikap padanya. Layanan yang tak pernah sama sekali diterima sebelum ini. Ini semua berpunca bila Zana tolak cinta Encik Am. Malam tadi dia luahkan perasaan cintanya terhadap Zana tetapi dengan baiknya Zana menolak. Mana boleh dia menerima cinta dari seorang lelaki yang langsung tidak mendapat tempat di hatinya. Tiada segelumit pun perasaan suka pada lelaki tersebut. Dia hanya anggap Encik Am sebagai ketua dan teman sekerja sahaja. Tidak lebih dari itu.

Zana langsung tak menoleh ke belakang. Dia berjalan terus menuju ke perhentian bas. Tak tahu nak kemana sebenarnya. Nak balik rumah, rasa berat hati pula. Bukannya dia tak tahu yang abang tirinya masih ada di rumah. Mesti sedang tidur nyenyak dek balik lambat malam tadi. Sibuk merempit entah ke mana-mana sampai ke pagi. Itulah kerjanya dari dulu lagi.

Rumah pusaka arwah ayah menjadi sebab utama Zana terus bertahan tinggal di situ. Semenjak kematian ayah enam bulan lepas, Zana terpaksa tinggal dengan ibu dan abang tirinya. Serangan jantung secara tiba-tiba menjadikan Zana kehilangan ayah tersayang buat selama-lamanya. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Zana ketika itu. Sudahlah hilang kasih sayang dari seorang ibu setahun yang lepas. Ini pula ayah yang dikasihi tinggalkan dirinya sendirian. Zana langsung tak bersedia untuk ini semua. Tak terlintas di fikirannya untuk menjadi yatim piatu semuda ini.

"Awal balik hari ni." tegur Taufik, abang tiri Zana semasa dia hendak masuk ke dalam bilik.

"Zana diberhentikan kerja. Nak kena cari kerja lain ni." Zana sekadar kerling pada Taufik yang sedang baring di atas sofa yang diletakkan di ruang tamu. Puas dia masuk senyap-senyap tadi supaya Taufik tak sedar dari tidur. Ikutkan hati dia nak keluar balik, tapi dia betul-betul tiada mood nak buat itu semua. Dia cuma mahu baring atas katilnya seorang diri, Hati tiba-tiba rasa rindu pada ibu dan ayah. Hilang tempat dia meluahkan perasaan dulu.

"Zana masakkan makanan boleh? Aku tak makan apa-apa lagi ni." Mulalah Taufik buat perangai mengada-ngada dia pada Zana.

"MakCik tak masakkan ke?" Panggilan Zana pada ibu tirinya semenjak dia berkahwin dengan arwah ayah.

"Tak." Jawab Taufik ringkas. Dia masih elok berbaring atas sofa sambil memandang Zana yang berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Kejap lagilah Zana masakkan." Zana cuba buang perasaan benci dia pada Taufik. Dia cuba tanam perasaan sayang seorang adik pada abangnya. Mungkin perasaan dia sahaja yang fikir Taufik ada niat jahat padanya.

"Okey." Tersenyum lebar Taufik mendengar kata-kata Zana. Pandangan masih terhala pada Zana sehingga dia hilang di sebalik dinding bilik. Pintu bilik sudah tertutup rapat dan dikunci dari dalam.

Tak sampai sepuluh minit, Zana keluar dari biliknya. Dia berlalu terus ke dapur untuk masak sesuatu.

Taufik sekadar perhatikan sahaja Zana masuk ke dapur. Pandangannya yang terhala pada skrin telefon tadi kini sudah beralih pada Zana. Dia yang lebih menarik perhatiannya kini.

Zana sekadar buat nasi goreng kampung sahaja. Nasi yang dimasaknya malam tadi masih ada banyak lagi di dalam periuk. Luak hanya sedikit sahaja.

"Masak apa?" Terkejut Zana dibuatnya. Mana tidaknya dia sedang khusyuk menumis perencah nasi goreng, tiba-tiba dengar suara seseorang dari belakangnya.

Taufik hadiahkan senyuman paling lebar pada Zana. Zana pula sekadar balas senyuman acuh tak acuh sahaja. Nasib dia takda serangan jantung. Kalau tidak mahu kena bawa ke hospital nanti.

"Nasi goreng. Nasi banyak lagi tu. Membazir je nanti kalau buang." Tangan Zana laju sahaja mencapai bekas yang berisi nasi yang sudah diramasnya tadi.

"Sedapnya bau." Taufik cuba ambil hati Zana. Dia nak rapatkan hubungan antara mereka.

Zana tak balas apa pun. Dia sekadar lempar senyuman dan terus masukkan nasi ke dalam kuali. Dia tak sedap hati sebenarnya bila tinggal berdua sahaja dengan Taufik. Dia sudah rancang dari tadi nak keluar dari rumah selepas habis masak semua ni.

"Abang pergilah duduk kat depan. Nanti dah siap, Zana panggil ya." Zana tak selesa bila Taufik perhatikan dia buat kerja. Jadi serba tak kena semuanya.

"Takpa, kesian Zana masak sorang-sorang kat dapur. Aku temankan ya." Degil pulak tu si Taufik ni. Makinlah Zana rasa nak cepat-cepat habis masak. Biar cepat sikit dia dapat keluar dan jauhi Taufik.

"Eh, Zana tak makan sama ke?" Laju sahaja Zana nak tinggalkan Taufik sebaik sahaja dia siap hidangkan nasi goreng di atas meja makan. Siap dengan pinggan dan sudu sekali disusunnya.

"Tak, Zana kenyang lagi. Jap lagi Zana nak keluar." Jawapan Zana buat Taufik terkejut. Sangkanya Zana tak akan keluar balik. Duduk di rumah bersama-sama dengannya. Bukannya selalu dapat peluang begini. Berdua sahaja dengan Zana.

"Nak pergi mana? Aku hantarkan." Laju sahaja Taufik tawar diri. Dah banyak kali juga sebenarnya Taufik cuba nasib nak hantar dan ambil Zana, tapi semuanya ditolak. Banyak betul alasan yang diberikan.

"Takpa, Zana boleh pergi sendiri."

"Kan lagi senang kalau aku hantarkan. Zana cakap aje nak pergi mana." Taufik masih tak putus asa. Dia masih mencuba.

"Takpa, tak payah." Zana tak tunggu lama. Dia terus sahaja tinggalkan Taufik dan masuk ke dalam bilik. Bersiap-siap hendak keluar semula.

"Nah, ambil duit ni." Taufik hulur dua keping duit lima puluh pada Zana.

"Apa ni abang?" Berkerut kening Zana memandang duit tersebut. Langsung tak terfikir nak ambilnya.

"Ambillah. Buat duit belanja." Baik pula hati Taufik kali ini. Selalunya dia yang tak berduit. Sibuk nak pinjam duit emaknya.

"Takpalah, duit Zana ada lagi. Abang simpan ajelah. Beli barang dapur." Zana betulkan tali beg silang yang digalas di atas bahu.

"Zana keluar dulu. Assalamualaikum." Segera Zana sarung kasutnya dan berlalu pergi.

Taufik masih setia memerhatikan Zana sehinggalah dia hilang dari pandangan matanya.

Kau tunggu Zana. Tak lama lagi kau akan jadi hak aku. Taufik ada pasang niat jahat pada Zana sebenarnya. Dari dulu lagi dia ingin merasai kehangatan tubuh badan Zana. Semakin hari semakin hilang sabarnya pada Zana. Tangannya semakin sukar dikawal dari menyentuh kulit halus Zana. Menyentuh wajah Zana yang semakin cantik di matanya.

Hati Ini Milik DiaWhere stories live. Discover now