Bab 3

241 5 0
                                    

Zana memang pantas buat kerja di dapur. Lagipun memang dia yang jadi pembantu tetap ibunya dulu. Dialah yang membantu arwah membuat kuih-muih untuk dijual setiap hari sebelum ke sekolah.

"Cepatnya Zana masak." Mak Tam puji kecekapan Zana. Bukan ramai anak muda yang cekap buat kerja di dapur sekarang ni lebih-lebih lagi bab memasak. Laju betul si Zana masak sampai Mak Tam tak sempat nak tolong apa-apa.

"Takdalah cepat Mak Tam. Mungkin dah biasa dari dulu lagi. Cuba Mak Tam rasa. Kot kurang masin ke?" Zana sua sudu berisi sup ayam pada Mak Tam.

"Cukup rasa. Sedap." Zana sudah tersenyum memandang Mak Tam. Sampai buat thumbs up lagi.

"Yang ni pulak." Kali ini sudu berisi ikan siakap tiga rasa disua ke mulut Mak Tam.

"Okey tak Mak Tam?" Zana masih menunggu pendapat Mak Tam. Yalah, mana dia tahu tahap kemasinan orang dalam rumah ni semua. Nanti dia kata masin, rupa-rupanya tidak.

"Sedap sangat. Pandai Zana masak." Senyum simpul si Zana dibuatnya. Jarang dia dapat pujian dari orang lain selain ayah dan ibunya sahaja. Kalau pujian yang keluar dari mulut Taufik, dia tak percaya sangat. Sebenarnya apa yang keluar dari mulut Taufik, dia kurang percaya. Macam ada sesuatu yang disembunyikan darinya. Kalau ibu tirinya lagilah tak pernah. Ada aje yang tak kena pada tekaknya.

"Betul ke ni Mak Tam?" Tanya Zana sekali lagi. Kurang percaya dengan apa yang baru dia dengar.

"Betullah. Buat apalah Mak Tam nak tipu. Takda faedahnya." Memang apa yang Mak Tam cakap adalah benar dan ikhlas dari hatinya. Memang sedap sangat dia masak. Ini kalau Dato dan Puan Sri rasa, mesti cakap sedap jugak.

"Nak letak dalam mana ni Mak Tam?" Zana pandang kiri dan kanan untuk melihat mangkuk yang boleh digunakan untuk isi sup dan ikan tadi.

"Zana letak dalam ni." Mangkuk kaca dihulurkan pada Zana. Biar Zana isi dalamnya.

Usai siap letak semua lauk di atas meja, Zana tak lupa nak kemas dan bersih setiap bahagian dapur yang digunakan tadi. Tak banyak pun yang bersepah. Lagi satu si Zana ni memang jenis pembersih. Rasa rimas kalau tengok benda-benda yang tak tersusun ni.

"Kalau Zana balik sekarang, Mak Tam okey ke?" Baru kini dia rasa khuatir kalau-kalau tuan rumah balik. Buatnya dia tak suka kalau orang asing masuk rumahnya, kena halau sia-sia sahaja nanti.

"Mak Tam okey. Zana janganlah risau. Kesian Zana kena tolong Mak Tam pulak. Buang masa kat sini aje." Ujar Mak Tam jujur.

"Eh takpalah Mak Tam. Zana pun takda buat apa-apa hari ni." balas Zana.

"Zana keja kat mana? Hari ni ambil cuti ke?" Tanya Mak Tam pula.

"Zana tengah cari kerja sekarang ni. Susah benar nak dapat kerja." Memang itu yang sebenarnya.

"Oh, sabarlah Zana. Ada tu nanti. Kena usaha lebih sikit." Mak Tam beri kata-kata semangat pada Zana. Biar dia tak putus asa.

"Oh, okeylah Mak Tam. Risau pulak saya lama-lama kat sini. Mana tahu kalau Dato balik awal hari ni, naya kita." Zana capai segera beg galas yang diletakkan di tepi kerusi.

"Mak Tam mintak Daud hantarkan ya." Perlahan-lahan Mak Tam bangun dan berjalan menghampiri pintu dapur.

"Takpalah Mak Tam. Zana boleh balik sendiri. Lagipun tadi Zana tengok ada bas lalu kat jalan besar tu. Kalau tak pun, pandailah Zana balik sendiri nanti." Lengan Mak Tam disentuh lembut. Membatalkan segera niat Mak Tam untuk memanggil Daud.

"Zana masukkan nombor Zana dalam telefon Mak Tam ni. Mak Tam bukannya pandai sangat." Segera dihulurkan telefon pada Zana.

Laju tangan Zana tekan nombornya sendiri diikuti dengan butang save. Telefon dipulangkan semula pada si pemilik.

"Assalamualaikum Mak Tam. Maaf sekali lagi sebab buat Mak Tam macam ni." Sambil bersalaman sempat Zana mohon maaf sekali lagi.

"Waalaikumussalam Zana. Hal kecik aje. Zana jaga diri ya. Mak Tam harap Zana cepat-cepat dapat kerja." Zana angguk dan lempar senyuman pada Mak Tam sebelum kaki melangkah pergi.

Zana pandang sekeliling mencari Daud. Bukan apa, sekadar nak ucap selamat tinggal. Entah bilanya nak berjumpa lagi dengan mereka semua.

Tiada.

Mungkin dia dah keluar tadi. Fikir Zana sendiri.

Kaki terus melangkah menuju ke perhentian bas di tepi jalan utama. Telefon dikeluarkan dari dalam beg.

Ada sepuluh missed call. Semuanya dari nombor yang sama.

Ayu.

Baru sahaja dia hendak menekan nombor Ayu, sebuah teksi berhenti di hadapannya.

Zana tak tunggu lama. Segera dia menghampiri teksi tersebut. Dia perlu sambung mencari kerja baru. Mana nak dapat duit kalau dia tak bekerja nanti. Siapa pula nak tanggung dia nanti. Jangan haraplah MakCik dan Taufik nak sara dia. Dari mula dia bekerja, mana pernah MakCik tak minta duit darinya. Setiap kali gaji, setiap kali jugalah MakCik minta duit bulanannya.

"Mak Tam, sedapnya bau sup ini. Mak Tam letak apa ya?" Tanya Dewi sebelum dia angkat dulang berisi nasi dan lauk untuk Puan Sri. Kalau anaknya tiada di rumah, memang jarang dia makan di meja makan. Selalunya dia akan makan di dalam biliknya sahaja. Terperap dalam bilik dan buat aktivitinya sendiri.

"Hari ni orang lain masak. Nanti Mak Tam cerita. Nah, sekarang kamu hantar makanan ni dulu pada Puan Sri." Sedikit dihalau Dewi dari situ. Nanti kalau dilayan cakap, mahu sejuk sup Puan Sri nanti.

"Saya tunggu." Dewi tetap nak tahu apa yang berlaku. Tergelak Mak Tam dengan riak wajah Dewi semasa angkat dulang. Muka tak puas hati sebab tak tahu cerita.

"Puan Sri, makanannya." Dulang yang berisi makanan tadi diletakkan di atas meja di suatu sudut dalam bilik.

Puan Sri segera tutup majalah yang sedang dibacanya dan diletakkan di atas meja kecil di sebelah sofa yang dia duduk.

"Terima kasih Dewi." Ujar Puan Sri sebaik sahaja Dewi mula menolak perlahan kerusi rodanya menghampiri meja yang diletakkan dulang tadi.

Bau sup benar-benar membuatkan Puan Sri rasa lapar. Padahal tadi dia tiada selera langsung nak makan.

"Tam yang masak ke ni?" Tanya Puan Sri pada Dewi. Tak pernah pula dia rasa sup begini sebelum ini.

"Ngak tahu Puan Sri." Dewi tak tahu nak jawab apa. Itulah jawapan yang paling selamat baginya. Mananya Mak Tam beritahu dia apa-apa tadi.

"Panggil Tam." Arahan dari Puan Sri terpaksa diakur. Segera Dewi keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur. Mak Tam jadi sasaran kini.

Hati Ini Milik DiaWhere stories live. Discover now