"Mummy." Farid perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik Puan Sri Mawar. Setiap hari usai balik dari pejabat, Farid tidak lupa menjenguk Puan Sri. Sayang Farid tidak pernah kurang walau sedikit pun terhadap mummynya. Itu sebab dia akan pastikan segala keperluan Puan Sri dijaga dengan baik.
"Ya Farid." Sahut Puan Sri. Dia yang sedang berbaring di atas katil sambil menonton televisyen terus mengalihkan pandangan pada anaknya itu. Senyuman segera dilemparkan buat anak kesayangannya.
"Mummy dah makan? Ubat semua dah makan?" Farid terus melabuhkan punggung di tepi katil di sebelah mummy. Dahi Puan Sri dikucup lembut. Rambut pendeknya diusap perlahan.
"Dah tadi. Farid dah makan tak ni? Lambat balik hari ni? Banyak kerja ke dekat pejabat tu?" Tanya Puan Sri pula sambil tangan mengusap lembut pipi Farid.
"Farid makan petang tadi. Kenyang lagi ni. Biasalah mummy, kerja tak pernah habis dekat pejabat tu. Ada aje benda nak kena buat." Mengeluh sedikit Farid pada mummy.
"Farid tu pun kena jaga kesihatan. Jangan kerja kuat sangat. Mummy risau tahu tak. Makan tak menentu semua. Rehat tak cukup." Mulalah Puan Sri membebel pada anaknya. Ibu mana yang tak risau akan kesihatan anak mereka. Kalau boleh biar mereka yang sakit, tapi bukan anak yang mereka sayang.
"Mummy jangan risaulah pasal Farid. Farid dah besarlah."
"Sebab dah besarlah lagi mummy risau. Kalau kecik-kecik dulu boleh je piat telinga kalau degil. Sekarang ni nak piat macam mana. Baru angkat tangan aje, dia dah lari jauh-jauh." Ketawa si Farid mendengar bebelan Puan Sri terhadapnya. Ada-ada aje mummy ni.
"Okey, Farid jaga kesihatan Farid, Mummy pun kena jaga kesihatan mummy tau. Kita sama-sama jaga." Kata-kata Farid buat Puan Sri ukir senyuman di bibir. Ditepuk perlahan lengan anaknya.
Hampir setengah jam juga Farid menemani Puan Sri di dalam biliknya. Berbual kosong seperti biasa. Kesibukan Farid membataskan masanya untuk diluangkan bersama Puan Sri. Tapi sedikit pun Puan Sri tidak terasa hati. Dia tahu sikap anak tunggalnya itu. Sebijik ikut perangai arwah suaminya. Kalau bab kerja, memang begitulah mereka. Fokus. Amat teliti.
Sebaik sahaja pintu bilik Puan Sri ditutup rapat dari luar, Farid mengorak langkah menuju ke biliknya sendiri. Badannya terasa sedikit letih. Hari ni dia sangat sibuk dengan mesyuarat dan perbincangan antara ketua jabatan. Setiap kali hujung tahun, bertambah sibuk dibuatnya.
Telefon Farid berbunyi dengan nada dering yang sudah disetkan untuk seseorang.
"Yes Nadia." Pembantu peribadinya yang telefon. Selalunya kalau dia telefon waktu malam begini, adalah benda penting yang dia nak beritahu.
"Dato, esok meeting dengan Mr. Ong kena postponed. He's not feeling well. He will not coming to KL. His secretary just called me."
"Okay then. Nanti set balik tarikh lain." Dengan sebelah tangan masih memegang telefon, sebelah tangannya pula membuka pintu bilik.
"Okey Dato." Balas Nadia sebelum Farid putuskan panggilan tersebut.
Itulah rutin harian Farid semenjak dia mengambil alih syarikat keluarganya. Ditambah pula dengan ketiadaan daddy tiga tahun lepas. Semenjak itu dialah yang memegang syer terbesar dalam syarikat tersebut.
Tiga hari berturut-turut si Zana mencari kerja namun semuanya sia-sia. Setiap kedai yang dia pergi, semuanya masih tidak memerlukan pekerja buat masa ni. Yalah, hujung tahun begini selalunya mereka tak berhenti kerja. Bonus akhir tahun yang mereka tunggu.
"Risaulah aku." Zana luahkan perasaannya pada Ayu. Sudah tiga hari dia jadi penganggur. Dua hari itu jugalah, emak tirinya sibuk tanya setiap kali dia balik rumah.
"Sabarlah. Ada tu nanti. Kau jangan risau sangat. Doa banyak-banyak ya." Pujuk kawannya itu. Dia pun sebenarnya risau. Manalah tahu kalau sampai seminggu masih tak dapat kerja baru, kasihan si Zana tu nanti. Sudahlah duit berkurangan, kena dengan leteran si ibu tiri pulak.
"Okeylah, aku usaha lagi hari ni. Harap-harap adalah kerja kosong untuk aku." Zana cuba beri kata-kata semangat pada dirinya sendiri.
Putus sahaja panggilan tersebut, Zana sambung cari kerja di setiap kedai. Jangan putus asa. Itu yang selalu ditekankan oleh arwah ibunya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kata-kata tersebut sentiasa dalam ingatannya.
"Saya kena balik Indonesia Dato. Emak saya tenat di sana." Beritahu Dewi dengan suara yang agak perlahan. Perasaannya kini dihimpit rasa gelisah. Boleh tak boleh, memang dia sudah pasang niat untuk balik segera.
"Mana kamu tahu?" Tanya Farid sambil letak briefcase di atas meja. Dia baru sahaja balik dari berjumpa dengan salah seorang klien besar syarikatnya.
"Abang saya telefon tadi. Boleh ya Dato?" Tadi baru dia dapat berita tersebut dari abangnya yang tinggal di Surabaya, Indonesia.
"Mak Tam dah tahu?"
"Sudah Dato. Sebentar, saya panggilkan dia." Dewi segera berlari anak mendapatkan Mak Tam yang berada di dapur. Sibuk menyediakan hidangan makan malam untuk Farid.
Tak lama selepas tu, Dewi dan Mak Tam datang berjumpa dengan Farid.
"Ni Mak Tam, Dewi kata dia kena balik Indonesia. Emak tak sihat." Pandangan Farid jatuh ke wajah wanita berumur di hadapannya kini. Sudah dianggap Mak Tam seperti ibu angkatnya sebenar. Itu sebab Farid ambil dua orang pembantu rumah lagi untuk membantu Mak Tam. Ringankan sedikit kerja-kerjanya.
"Mak Tam tahu. Dia dah beritahu Mak Tam tadi. Farid jangan risaulah. Mak Tam boleh buat kerja Dewi sementara waktu ni." Mak Tam tahu apa yang merunsingkan fikiran Farid. Bila Dewi tiada, makanya Mak Tamlah yang kena buat semua kerja rumah,. Sudahlah seorang lagi pembantu rumah, Kartini masih bercuti. Balik kampungnya di Indonesia juga. Tapi itu memang Farid yang benarkan dia balik ke sana. Sudah lama dia tak balik jenguk keluarganya. Cuti tanpa gaji selama sebulan.
"Farid carikan nanti orang lain untuk ganti Dewi sementara waktu. Tini pun tak balik lagi ni." Kalau boleh dia tak mahu Mak Tam buat semua kerja rumah. Penat tu nak kemas rumah besar ni. Setiap sudut rumah perlu dibersihkan. Lagipun Farid ni memang jenis pembersih dan kemas. Tak suka melihat barang bersepah atau berhabuk.
Mak Tam tak cakap apa. Cukup sekadar angguk kepala. Segala keputusan terletak di tangan Farid. Dia hanya mengikut arahan sahaja. Status orang gaji tidak pernah dia lupa walaupun Farid agak rapat dengannya.
Usai berlalu Dewi dari situ, Mak Tam mendekati Farid.
"Farid nak ambil orang untuk ganti Dewi ke?" Tanya Mak Tam seolah-olah berbisik.
"Farid taknak Mak Tam buat kerja rumah ni semua. Mak Tam bukannya muda lagi. Penat nanti. Kalau Tini ada takpalah jugak. Ini dia pun balik sana jugak." Kening Farid sedikit berkerut. Satu masalah yang perlu diselesaikan segera.
"Mak Tam ada kenal seorang budak perempuan ni. Dia tengah nak cari kerja hari tu. Tak tahulah dah dapat ke belum." Tiba-tiba Mak Tam teringatkan si Zana. Apa ceritalah budak seorang tu. Fikir Mak Tam.
"Mak Tam cuba tanya dia. Kalau dia nak kerja sementara kat sini, suruh dia datang jumpa Farid dulu. Farid nak kena tengok dia dulu macam mana." Ada ketegasan dalam suaranya. Itulah Farid. Nada suaranya perlahan tetapi tegas. Itu sebabnya tiada siapa yang berani melawan cakapnya.
"Nanti Mak Tam telefon dia dulu. Mak Tam masuk dapur dulu ya. Nak siapkan makan malam Farid. Puan Sri baru aje lepas makan." Mak Tam segera berlalu masuk ke dapur semula bilamana Farid angguk padanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hati Ini Milik Dia
Roman d'amourMengisahkan tentang Ruzana, gadis yang berusia 23 tahun yang kematian kedua ibu bapanya terpaksa tinggal bersama ibu dan abang tirinya. Disebabkan Zana hampir diperkosa oleh abang tirinya, dia melarikan diri dan minta untuk menetap di rumah Dato Fa...