"Selamat pagi Dato." Nadia ucap selamat pada Farid semasa dia melintasi mejanya.
"Selamat pagi." Farid segak berjalan masuk ke dalam pejabat. Briefcase yang ada ditangan dibawa bersama.
Seperti biasa, setiap pagi Nadia akan bawa secawan kopi untuk bosnya.
"Hari ni Dato ada meeting dengan Mr. Harith Singh untuk bincang pasal projek baru tu." Pandangan Nadia masih fokus pada skrin Ipadnya. Dia nak pastikan tiada lagi mesyuarat atau temujanji Dato hari ini. Takut terlepas pandang pula.
"Itu sahaja?" Tanya Farid sambil meneguk perlahan air kopi tadi.
"Itu sahaja untuk hari ni Dato. Esok baru ada dua appointment. Satu pagi, satu petang." Nadia angkat wajah memandang tepat pada Farid.
"Okay." Jawab Farid ringkas.
Nadia tak tunggu lama. Segera dia minta diri untuk keluar dari pejabat Farid. Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan.
Usai tutup sahaja pintu bilik dari luar, Farid segera buka komputer. Semua email yang masuk dibuka satu persatu.
"Kak Dewi tu dah balik sana ke?" Dari tadi Zana nak tanya, tapi asyik terhalang segala percakapannya.
"Pagi-pagi tadi dah hantar dia dekat airport." Jawab Mak Tam. Daud yang hantar dia tadi.
"Oh." Zana tak tanya lagi. Dia segera berjalan ke sinki untuk membasuh sayur sawi yang dipotongnya tadi.
"Kemas rumah tu semua Zana boleh mula esok aje. Bukannya berhabuk sangat pun." Hari pertama bekerja. Biarlah dia biasakan diri untuk sehari. Itu pendapat Mak Tam.
"Baiklah. Mak Tam, sayur ni nak masak biasa aje ke?" tanya Zana sambil pegang bekas berisi sayur yang dibasuh tadi.
"Ada ke masak luar biasa?" Sengaja Mak Tam mengusik Zana. Dah lama juga dia tidak bergurau senda dengan sesiapa. Kalau dengan Dewi dan Kartini, mereka lebih suka berbual sesama mereka dalam bahasa Indonesia. Manalah Mak Tam tu faham sangat. Daud pula, jarang dia ada di rumah. Selalu kena hantar dan ikut Farid ke mana sahaja dia pergi. Ala driver cum bodyguard!
"Ada!. Tapi kalau saya masak luar biasa nanti, mahu semua orang berlumba-lumba pergi bilik air. Nak tutttttttt." Seloroh Zana selamba. Bantai ketawa Mak Tam mendengarnya. Makin bertambah sukalah Mak Tam dengan si Zana ni. Usik mengusik bersama sepanjang mereka berada di dapur.
"Jom. Mak Tam bawa Zana jumpa dengan Puan Sri." Dulang yang berisi makanan serta minuman untuk Puan Sri diangkat perlahan-lahan. Takut tertumpah nanti.
Zana membontoti Mak Tam masuk ke dalam lif untuk ke tingkat atas. Dulang dibawa dengan berhati-hati.
"Puan Sri." Perlahan sahaja suara Mak Tam memanggil bilamana pintu diketuk dan dikuak sedikit.
"Masuk Tam." Sebaik sahaja Puan Sri menyahut, barulah Mak Tam buka lebar pintu bilik. Zana masih setia mengekori Mak Tam masuk. Sempat dia kerling keadaan bilik Puan Sri. Besar! Lebih kurang bilik Dato Farid tadi.
"Letak situ Zana." Mak Tam tunjuk jarinya pada meja yang terletak di tepi salah satu sudut bilik.
Zana akur. Dia segera melangkah ke sana.
Puan Sri yang sedang membaca majalah, mengangkat wajahnya bila sahaja nama tersebut keluar dari mulut Mak Tam. Zana?
"Puan Sri, ini Zana. Dia gantikan tempat Dewi buat sementara waktu ni." Beritahu Mak Tam bila dilihatnya Puan Sri memandang Zana dengan penuh tanda tanya. Dia pernah dengar nama itu.
"Zana. Orang sini kan? Eh, kawan Daud ni ke?" Puan Sri terus tanya pada Zana.
"Orang sini Puan Sri." Zana lempar senyuman pada Puan Sri. Yang menjadi persoalannya, kenapa pula dia dikaitkan dengan Daud dan bukan Mak Tam?
"Senanglah kita nak berbual. Sebab kalau Dewi, kadang tu saya tak faham dia cakap apa. Pekat sangat cakap dia tu." Sedikit mengadu Puan Sri pada Zana. Zana pula hanya mampu tersenyum. Jangan banyak sangat cakap. Itu pesanan dari kawan baiknya pagi tadi.
"Makanlah Puan Sri. Kalau ada apa-apa panggil saya atau Zana ya." Mak Tam minta diri dahulu. Kalau dulu Dewi akan tunggu dalam bilik sampai Puan Sri habis makan, tapi tidak kali ini. Zana kena galas dua tugas serentak. Tugas Dewi dan juga Kartini. Manalah sempat kalau dia banyak habiskan masa dengan Puan Sri sahaja. Habis tertangguh kerja rumah yang lain nanti.
Tutup sahaja pintu bilik, Zana segera pegang lengan Mak Tam.
"Muka Dato Farid macam muka Puan Sri kan?"
"Dato Farid banyak ikut muka Puan Sri. Kalau arwah Tan Sri, tak nampak sangat." Mak Tam menuruni tangga ke bawah.
"Puan Sri cantik, patutlah Dato Farid pun hensem." Tanpa sedar Zana memuji tuan barunya itu.
"Dah terpikat ke?" Mak Tam mengusik Zana sekali lagi.
"Apalah Mak Tam ni. Zana cakap aje la." Bagi jelingan terus si Zana. Ada-ada ajelah Mak Tam ni.
Ketawa kecil Mak Tam bila berjaya usik si Zana.
"Lagi satu ni Mak Tam. Kenapa Puan Sri cakap saya kawan abang Daud? Dia dah tahu pasal kes hari tu ke?"
"Yela kot. Jomlah Zana. Nanti lambat pulak kita nak kemas rumah ni." Mak Tam tak mahu panjangkan lagi perkara tersebut. Dia tahu, dia yang salah cakap hari tu. Boleh pulak tu Puan Sri anggap Zana ala kawan istimewa Daud.
"Puan Sri nak pergi luar ke? Saya boleh bawakkan." Zana tak tahu yang Puan Sri sudah lama tidak keluar dari biliknya. Bilik dah ala sebuah rumah. Nak keluar buat apa. Siap boleh tengok pemandangan luar lagi. Ada balkoni dengan taman kecil menghiasi sudut tepi.
"Boleh juga. Dah lama saya tak keluar dari bilik." Puan Sri tak fikir panjang. Hatinya sudah tertarik dengan si Zana saat pertama kali bertemu dengan dia tadi. Nampak keikhlasan Zana padanya.
"Jom." Zana letak tepi dahulu dulang makanan Puan Sri tadi. Dia mula menolak kerusi roda milik Puan Sri. Takut-takut juga Zana nak menolak pada mulanya. Takut terlanggar benda ke apa. Mahu mengamuk pula Puan Sri nanti.
Zana bawa Puan Sri ke ruang tamu di tingkat yang sama dengan tingkat biliknya. Lebih kepada ruang menonton TV. Ada pintu besar untuk keluar ke taman di luar rumah. Begitulah kalau bina rumah di tepi bukit. Tingkat bawah ada taman, tingkat atas pun ada taman sendiri. Siap dengan kolam renang besar lagi.
"Zana tolak saya ke luar sana boleh?" Tiba-tiba pula Puan Sri rasa seperti hendak menghirup udara segar di waktu petang.
"Boleh aje Puan Sri." Zana lempar senyuman seraya angguk kepalanya.
Lama juga Zana temankan Puan Sri di luar. Macam-macam yang mereka bualkan. Mak Tam pula sekadar melihat dari dalam rumah. Bukan senang sebenarnya untuk Puan Sri rapat dengan orang luar. Itu yang buat Mak Tam sedikit hairan bilamana Puan Sri langsung tak rasa kekok bila berbual dengan Zana. Ala macam dah lama kenal pun ada. Padahal baru hari ni mereka bersua muka. Tanpa Mak Tam sedari, diri sendiri pun begitu juga. Mudah sungguh nak terima si Zana dalam hidupnya.

YOU ARE READING
Hati Ini Milik Dia
RomanceMengisahkan tentang Ruzana, gadis yang berusia 23 tahun yang kematian kedua ibu bapanya terpaksa tinggal bersama ibu dan abang tirinya. Disebabkan Zana hampir diperkosa oleh abang tirinya, dia melarikan diri dan minta untuk menetap di rumah Dato Fa...