Bab 2

263 2 0
                                    

Zana buntu. Dia tak tahu nak kemana lagi. Sudah hampir sepuluh kedai dia pergi, tapi semuanya tidak memerlukan pekerja buat masa ni.

Sedang dia berjalan, telefonnya berbunyi.

Segera dia keluarkan telefon dari beg silang. Skrin telefon dikerling. Nama Ayu yang keluar.

"Wei, apa cerita ni? Sorry, tadi aku tengah ada kerja nak buat. Barang baru sampai. Biasalah kena susun semua."

"Aku kena berhenti kerja." Beritahu Zana dengan nada sedikit sedih.

"Hah? Berhenti? Kenapa?" Sedikit terperanjat Ayu mendengarnya. Selalunya kalau diberhentikan ni mesti sebab hal besar.

"Aku dituduh ambil duit restoran." Zana tak berselindung langsung. Memang itu yang terjadi. Tapi memang dia tak buat semua itu. Fitnah semata-mata.

"Kau tak ambil kan?" Ayu tahu siapa Zana. Dia tak percaya langsung yang Zana akan buat semua ni. Selama dia kenal dengan Zana., tidak pernah sekali pun dia menipu hal duit. Tak pernah panjang tangan.

"Demi Allah, aku tak ambil duit tu. Kau kenal aku kan?"

"Ya, aku percaya kat kau. Entah siapalah yang sanggup buat macam ni kat kau."

"Entahlah Ayu. Aku tak suka nak tuduh orang tanpa bukti." Zana sedih bila teringat pasal ni.

Zana masih terus berjalan sambil berbual dengan Ayu di telefon. Dia tiada arah tujuan sebenarnya. Sekadar mengikut sahaja langkah kaki.

"Allah!"

Zana terlanggar seorang makcik. Terjatuh terus dia di lantai. Beg plastik yang dipegangnya tadi turut sama jatuh. Bersepah di lantai.

"Ayu, aku call kau balik nanti." Zana terus putuskan panggilan sebelum sempat Ayu menjawab. Telefon segera dimasukkan semula ke dalam beg galas.

Fikirannya kini tertumpu sepenuhnya pada makcik yang baru sahaja dilanggar.

"Makcik, saya minta maaf. Saya tak perasan tadi." Zana bantu makcik tadi mengutip tin-tin dan beberapa plastik berisi barang kering yang bersepah di lantai. Semuanya dimasukkan semula ke dalam beg plastik besar.

"Eh, takpalah. Makcik pun salah. Tak tengok kiri kanan dulu." Dia turut sama mengutip semua barang-barang tersebut.

"Makcik okey tak ni? Kaki tu macam sakit je." Zana perasan yang makcik tersebut agak sukar berdiri sendiri.

"Kaki makcik ni macam sakit sikit. Terseliuh agaknya." Dia masih berpaut pada Zana untuk berdiri.

"Kenapa ni Mak Tam?" Tiba-tiba seorang lelaki datang menghampiri mereka. Zana tak berani nak angkat wajah langsung. Takut kena marah pulak nanti.

"Mak Tam terjatuh. Kaki ni macam sakit pulak."

"Saya yang salah. Saya terlanggar dia tadi." Sedikit mengerling Zana pada lelaki tersebut. Dia rasa tak sedap hati selagi tak beritahu perkara sebenar. Memang dia begitu dari dulu lagi. Tak suka menipu semua.

"Iskh takdalah. Makcik pun salah." Zana sekadar lempar senyuman tawar. Dia tetap salahkan diri sendiri.

"Nama siapa ni?" Tanya makcik tersebut dengan lembut.

"Panggil Zana aje. Makcik?"

"Mak Tam. Yang ni Daud. Kami ni bekerja dengan Dato Farid. Mak Tam cuma pembantu rumah aje. Daud ni pulak pemandu peribadi Dato. Ni Mak Tam beli untuk letak rumah dia la ni." Jelas Mak Tam dengan panjang lebar. Biar Zana jelas semuanya.

Hati Ini Milik DiaWhere stories live. Discover now